Thursday, December 30, 2010

Pagi Ahad yang Indah 26 Disember 2010

Keadaan dalam kamar tidurku masih gelap... Kerna tiada sinaran mentari yang menyuluh... Dari situ aku tahu masih belum cerah lagi di luar... Dan masih awal pagi pada tafsiranku...


Antara sedar dan tidak, ku rasa hidungku dicuit...  pipiku dibelai lembut...

Adakah aku bermimpi... Atau ada nyamuk...

Zaman remajaku, aku memang cukup pantang tidurku diganggu... Tidak kisahlah kerna sengaja atau ada kepentingan... Aku akan melenting dan hari-hari yang kulalui pasti akan ada yang tak kena...

So siapa yang dengan segaja yang menganggu itu, 'watch out'...

Hehe...

Tapi sekarang tidak lagi kerna aku tahu tidak lain dan tidak bukan, hanya Mr. Hubby yang ada di sisiku...


Aku masih belajar... Untuk berkongsi katil... 

U, bangunlah... nanti lewat... I nak gerak awal pagi...

 Nape nak gerak pagi, kataku.

Ish beratnya mata ini untuk dibuka...

Aku hanya memerhati dalam kelam... Sejuk mataku memandang wajahnya... Memang sengaja aku buat-buat masih tidur... Cuba memancing reaksinya untuk mengejutkanku...



U bangunlah... Solat... Da nak habis waktu...


Hmmm... Jawabku...

Sayang, bangunlah... Kita kan nak pergi bercuti...


Nakal... Itu memang watakku...

Selesai solat, dia duduk di birai katil...

Senyap... 


Jam masih menunjukkan pukul 6.20 pagi...


Aku masih bermalas-malasan di atas katil... Aku tidak risau untuk bangun kerna pakaian telah siap dikemas malam tadi...


Mungkin ada sebab Mr. Hubby ingin gerak awal...


Lantas, aku bangun dan mengenyeh-genyeh mata yang tidak gatal... 

Aku turun dari katil dan berlari mencapai tuala di rak yang ada. Terus masuk ke bilik mandi...


Selang beberapa minit aku keluar dari bilik mandi dan bersiap untuk solat Subuh...


Ah... segarnya...



Sememangnya waktu solat tinggal secebis waktu... 



Kepada Yang Maha Esa, aku bermunajat.


Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, suamiku, diriku dan saudara-saudaraku. Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus buatku dan suamiku mengharungi alam rumahtangga dengan aman dan harmoni. Murahkan rezeki kami. Jauhilah kami dari fitnah manusia, pertengkaran dan bala bencana. Lindungilah kami, Ya Allah...


Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah, sempurna akal dan baik budi pekerti.


Ku akhiri doaku dengan membaca Doa Selamat yang terdapat dalam Surah Al-Baqarah ayat 201.



"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar"
 
("Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".)

Terdapat 7 kelebihan membaca doa ini;
1. Sentiasa bersyukur atas nikmat dan kurnia yang Allah SWT berikan
2. Istiqamah menunaikan ibadah samada yang wajib atau sunnah
3. Dikurniakan keluarga yang Sakinah Mawaddah Wa Rohmah (isteri yang solehah, putera dan puteri yang soleh dan solehah serta keluarga yang bahagia.
4. Berada dalam golongan masyarakat yang soleh
5. Dikurniakan rezeki yang halal dan barakah
6. Bersemangat mencari ilmu-ilmu agama untuk meningkatkan ibadah kepada Allah SWT.
7. Mempunyai rasa sabar dalam menjalani kehidupan
     - sabar menjalankan perintah-NYA dan menjauhi larangan-NYA
     - sabar dalam mencari kurniaannya
     - sabar dalam menjalani ujiannya
     - sabar jika mengalami musibah

Wallahu a'lam...

Selesai solat, aku menyediakan pakaian untuk dipakai oleh Si Dia. Untuk percutian ini aku memiliih tema warna hijau lumut pada hari pertama. 
Aku memilih T-shirt Giordano berwarna hijau lumut dan seluar Nike paras lutut berwarna coklat untuknya...

Untukku aku memakai dress labuh berbunga, bertudung hijau lumut dan memakai inner berwarna hitam...

Jam 8.15 pagi kami bergerak dari bandar P ke perkampungan Janda Baik, Bentong, Pahang.

Kami singgah makan di kawasan Taman Melati, Setapak untuk makan pagi di Restoran Leha Kelfood.


Aku memilih kuew teaw goreng manakala Si Dia hanya mengambil mee goreng untuk mengisi perutnya...

Sungguh menyelerakan...

Biarpun masih awal pagi, tetapi makanan tengah hari telah siap disediakan. Restoran ini sememangnya ramai pengunjungnya kerana kebersihan dan pilihan makanan yang banyak.

Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke destinasi bulan madu iaitu di Suria Hill Country House...

Perancangan... Yang Harus Dilaksanakan...

Arghh... penatnya seharian membersihkan rumah dari semalam... 

Dari kawasan luar sehinggalah ke bahagian dalam rumah... Setiap sudut harus dibersihkan kerana habuk dan sawang yang telah bermaharajalela. Aku mengambil bahagian membersihkan kawasan dapur... 

Hitamnya tapak kakiku... 

Menandakan lantai perlu dilap untuk kesekian kalinya...

Bila la agaknya nak siap ye... Perut da terasa lapar...
Mr. Sayang ditugaskan untuk membersih dan mengelap seluruh kawasan rumah... Dari tingkat atas hinggalah kawasan taman di dalam rumah di bahagian bawah...

Kerja-kerja pembersihan

Thanks Mr. Sayang kerna tidak mengeluh... Dan mampu menghadiahkan ku senyuman apabila berselisih denganku...

Sudut taman yang kecil cukup indah dan mampu menenangkan jiwa dijanjikan untukku... 

Mr. Sayang memang punya kepakaran dalam pengubahsuaian taman dan hiasan dalaman rumah. Aku hanya menjadi pemerhati setia yang menemaninya. Tidak kunafikan kerna sebelum ini aku pernah ke sebuah rumah kenalannya. Aku lihat kolam yang menempatkan ikan kap yang cantik. Dan mampu menghidupkan suasana tenang...

Setelah siap kerja-kerja pembersihan, kami berehat di ruangan TV bersebelahan dengan kolam ikan...

Tanpa sedar kami tertidur kepenatan...

Esok kami ada percutian indah... 

Aku yang mengaturkan segala penempahan bilik di kawasan kampung jauh dari kota. Tempat ini baru dibuka selama 3 bulan. Segala maklumat tempat percutian ini aku dapati dari surat khabar harian Metro. 

Mengikut perancangan, kami ingin bercuti ke kawasan Tanah Tinggi di Cameron Highlands tetapi tidak kesampaian kerna lewat seminggu sebelum ini, aku ada dengar di TV dan radio mengenai kemalangan ngeri di jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands.  

Kemalangan itu mengorbankan 27 orang penumpang bas daripada negara Thailand yang ingin bercuti di kawasan tanah tinggi itu. 

Sungguh tragik...

Perancangan ku ubah biarpun aku sempat menelefon ke salah satu hotel yang terdapat di Cameron Highlands yang menawarkan pakej bulan madu yang menarik serendah harga RM660 untuk 3 hari 2 malam. 

Mungkin tiada rezeki kami untuk kali ini, pujukku di dalam hati.

Malam itu kami tidur awal kerna esok kami akan berangkat ke kawasan kaki bukit yang tenang dan mendamaikan...
Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah kami dari sebarang malapetaka dan perkara-perkara yang buruk. Amin.

Perjalanan Kehidupan... Aku Ingin Jadi Dewasa...

Untuk Majlis Perkahwinan yang telah  berlangsung, banyak duit yang telah dilaburkan. Setelah mengikutnya ke Kuala Lumpur, aku hanya duduk di rumah. Rezeki pekerjaanku belum tiba. Aku sememangnya tidak banyak karenah meminta itu dan ini kerna aku punya rasa malu. Jika dulu aku mampu menjana pendapatan sendiri dan membeli apa yang menjadi kemahuan tetapi kini aku perlu mengurangkan perbelanjaanku.


Diriku kini di bawah tanggungannya. Dia tetap memberiku nafkah zahir untuk perbelanjaanku seharian. 



Untuk meminta sememangnya mustahil. Tapi Dia bagai memahami. Biarpun dia tahu aku tidak membelanjakan pemberiannya itu. Kerna makanku, barangan keperluanku dan segala barangan rumah telah dia sediakan secukupnya.


Thanks, U..


Semoga rezeki kita bertambah, Insya-Allah. Amin, Ucapku di dalam hati. 

Perhubunganku dengannya masih di tahap suai kenal. Banyak yang perlu aku pelajari. Dan di aras permulaan perhubungan ini aku perlu menjaga sebaiknya. Tempoh 3 bulan pertama ini merupakan tempoh untuk kita membina kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan. Di sinilah kita akan dinilai.. 

Bagaimana perlakuan dan perbuatan sebelum ini harus kita titikberatkan. Biarpun dia telah menjadi suami yang sah. 
Jangan kita  mudah alpa walaupun kita masih muda remaja tetapi status kita yang telah berganti memerlukan kita menjadi lebih matang. Aku perlu banyak merubah. Dari tingkah laku, sikap dan sifat semula jadi. Jika dulu aku hanya menyediakan keperluan untuk diriku sendiri tetapi kini segala keperluannya juga perlu ku jaga.

Aku ingin jadi dewasa... 

Kewajipan isteri selain perlu patuh kepada suami, kita perlulah menjaga segala kebajikannya. Bukan hanya menyediakan makanan dan membasuh pakaiannya, tetapi penampilannya juga perlu kita ambil peduli. Aku akan cuba menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan sebaiknya.

Bimbingilah Aku...

Aku ingin jadi wanita sempurna di matanya...

For the Rest of My Life

video

 By: Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album:
Thank You Allah

Wednesday, December 29, 2010

Bunga Duit

Bunga duit biasanya terdapat di kawasan kampung apabila adanya majlis perkahwinan bagi masyarakat Melayu. Ia seolah-olah barang wajib yang perlu ada untuk kita sumbangkan buat jiran-jiran yang membantu sewaktu Majlis Persandingan diadakan. 

Aku dan pihak keluarga ada menyediakan bunga duit yang dihias cantik dengan duit RM1 sebanyak 2 keping, bunga riben yang siap dihias dan dawai halus untuk mengikat duit yang telah siap dilipat.

Untuk tema perkahwinan aku kelmarin, aku memilih warna pink dan putih. 

Terdapat beberapa langkah untuk membuat bunga duit ini;
1. Melipat duit RM1 bermula dari tengah. Bahagian bucu yang panjang dilipat kecil
2. Membengkokkan lipatan
3. Mengikat dawai halus pada duit yang telah dilipat dan dikembangkan lipatan itu.
4. Gam duit yang diikat dengan riben bunga

Bunga duit
Sumbangan ikhlas ini semoga dapat menggembirakan para jiran yang membantu dalam majlis kami.

Taman TAR... Destinasi Rekriasi Anda...

Suatu petang selepas kerja, Si Dia mengajakku keluar... Ke mana destinasinya... 

Aku sememangnya tidak tahu... Aku hanya duduk di sebelahnya. Memerhati setiap bangunan supaya aku lebih mengingati tempat yang kami ingin tuju.

Ake lebih mudah untuk mengingati sesuatu tempat dengan hanya mengingati bangunan di sekitarnya. 

Taman TAR (juga dikenali Taman Tun Abdul Razak) adalah tempat tinggal golongan Elit di Kuala Lumpur. Kawasan rumah-rumah besar dan cantik yang ku susuri. 

Terdetik di hatiku, apakah pekerjaan si empunya rumah? 

Di Taman TAR ini mempunyai kawasan rekriasi untuk sekeluarga berjoging dan menjalankan aktiviti bersama keluarga... 

Aku dan dia sempat berhenti di suatu kawasan rehat yang dikelilingi pokok-pokok besar yang rendang dan menghijau...

Redup dan tenang...

Penghuni Taman TAR, Ampang
Di sini juga terdapat haiwan seperti monyet yang tidak takut dengan manusia. Pengunjung di taman ini juga memberikan makanan untuk monyet-monyet yang terdapat di sini.

Aku hanya membuka sedikit tingkap kereta. Aku takut sekiranya monyet-monyet itu melompat masuk secara tiba-tiba.

2 ekor monyet yang bersaiz besar cuba mendekati keretaku... Berderau darah aku bila dia menunjukkan aksi yang tidak senonoh di hadapan aku dan Si Dia.

Opss...


Ingin bersantai-santai dengan suamiku terlihat pula adegan yang tidak patut ditunjukkan... 

Agaknya monyet ni nak tunjuk 'action' pada kami...

Mungkin juga ini musim mengawan bagi haiwan seperti monyet, beruk dan sebagainya.

 
Monyet yang sedang bersantai...

Taman TAR (Tun Abdul Razak)
Jalan Kerja Air Lama,
Ampang, 68000, Selangor.

Friday, December 24, 2010

Berjumpa Pakar...

Hampir 9 bulan Dia ada denganku... Salah satu pemberian dari Si Dia yang amat berharga dan amat aku sayangi... Aku menjaganya seperti mana aku menjaga diriku sendiri.

Si dia

Aku belikan mandian untuknya, aku lindungi mukanya dari terik matahari...

Jika aku ada masa pasti aku membelainya hingga berkilat badannya... Tapi jika Aku sibuk dengan tugas biasanya aku akan hantar ke Spa yang berdekatan rumah untuk mengambil alih tugasku membersihkannya.


Pendek kata aku sanggup berhabis untuknya...

Suatu hari aku ke Bandar Penggaram untuk membeli kerepek. Bandar Penggaram memang terkenal dengan pemborong-pemborong kerepek. Kebanyakan pengusaha membuat perniagaan ini hanya di bengkel berdekatan rumah. 

Tiba di kawasan kampung berdekatan rumah pakcik ku, bahagian badan Si dia jejak di jalan tar...


Malam itu, bila sampai kembali di rumah, ku lihat peti suaranya telah berlubang...


Huwaaaaaaaaaaaaaaaa... Isk... Isk...


Sedihnya...


Aku telah menjaganya sebaik-baik mungkin tapi terluka juga...


2 hari lepas,21 Disember 2010, Mr Hubby menghantar Dia ke pakar... Kerna keadaannya yang semakin parah...


Buat sementara, Mr Hubby menggantikan peti suaranya yang telah digunapakai. 


Semasa aku masih bekerja sememangnya aku yang menjaga kebajikannya. Mr Hubby hanya membayar ansuran bulannya. 


Keadaan ekzos berlubang di bahagian bawah

Sudah berkarat

Mengikut kata pakar ekzos, dalam pelbagai jenis kenderaan yang pernah diservis, kereta wira aeroback sememangnya mempunyai masalah di bahagian ekzos. 


Aku dapat satu pelajaran yang baru hari ini...


Ekzos yang telah diganti.
Kos untuk penukaran ekzos dalam lingkungan RM100 - RM250...

Alhamdulillah, akhirnya Si Dia mendapat peti suara yang baru... 



Pakar Ekzos Lian Hup
55M, Jalan Bunga Tanjung 6A,
Taman Muda, 
56100 Cheras, KL.

Penghijrahan di Bulan Muharam...

Ngantuknya, aku rasa tak larat nak buka mata... Malam tadi sebelum tidur, alarm telah diset pada pukul 4.30 pagi...

Perancangan yang telah dibuat harus dilaksanakan...
Aku harus lawan rasa ngantuk ini demi sebuah penghijrahan bersamanya...

Lewat pukul 5.00 pagi kami bergerak ke Daerah P yang bakal menjadi tempat kami melabuh bahtera kehidupan...
Sebelum ini aku seakan pelik apabila Si Dia mengajakku pindah sebelum azan Subuh...

Apakah kelebihan berpindah sebelum waktu Subuh?

Seorang Ibu yang aku hormati ada memberi sedikit ilmu kepadaku pada malam itu. Mengikut penerangannya, Malaikat akan turun ke Bumi sebelum Subuh menabur rezeki di hadapan rumah kepada Makhluk Allah di seluruh pelusuk dunia. Justeru itu, sekiranya kita berada di rumah yang bakal kita duduki, insya Allah, kita akan mendapat rezeki yang ditaburkan oleh-NYA.

Alhamdulillah kami sempat sampai pada pukul 5.40 pagi di hadapan pintu rumah...

Selesai mengangkat barang-barang kami ke dalam rumah, aku sempat menjerang air untuk membuat air teh untuknya sambil membasuh pakaian yang dibawa.

Dalam keadaan yang masih ngantuk, aku pastikan dapat menjalankan kewajipan kepada Yang Maha Esa tanda kesyukuran ke atas-NYA yang telah memberikan aku segala kegembiraan.

Lepas solat, aku terlelap sebentar...

Suamiku mengejutkan aku...

U, inilah rumah kita... 

Aku tersenyum... Terima kasih kerna menyediakan aku teratak tempat aku berlindung...

Ya Allah, letihnya badanku ini. Selesai bersiap aku mengikuti ke Cheras kembali...

Dia melayaniku makan di warung berhampiran pejabatnya... 

Aku hanya meminta nasi lemak telur dan air teh tarik pada Makcik itu. Hubungan suamiku dengan Makcik itu rapat. Macam da lama kenal. Sebelum pulang, aku berjabat tangan dan Makcik itu menyelitkan not kertas merah di tanganku.

Terima kasih, Makcik.

Dia mengucapkan, Selamat Pengantin Baru untukku...

Hari ini, aku hanya duduk di rumah dan mengemaskan barang-barang yang masih ada tertinggal. 

Petang nanti kami akan kembali semula ke bandar P. Semoga semuanya selamat, Ya Allah...

Tips sebelum menduduki rumah yang lama ditinggalkan...

Bacalah ayatul Kursi sebanyak 7 kali di setiap 4 penjuru di dalam rumah. Bertujuan menghalau makhluk-makhluk Allah yang menumpang di rumah itu.

Tuesday, December 21, 2010

Bukit Permai... Destinasi Ketenangan...

Melihat kekeruhan di wajahku, Si Dia mengajakku keluar pada malam itu... 
Berdating katanya... Aku tertawa...

Inilah kali pertama aku dan Si dia 'berdating' di Bukit Permai... Yang hanya berhampiran dari rumah yang kami duduki.

Mungkin Dia ingin menyelami hati wanitaku...

Sebelum ke Bukit Permai, kami singgah di Gerai burger bersebelahan 7 eleven untuk membeli makanan untuk dibawa berpiknik di kawasan lereng bukit yang cukup indah. 

Sambil makan kami menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang dilimpahi cahaya lampu neon yang bergemerlapan...

Suasana Malam di Bukit Permai
Cantik...

Sungguh bijaksana Si Dia mengambil hatiku... Mungkin ini akalnya untuk menenangkan jiwaku...

Ya Allah, permudahkan hidupku... Limpahi ketenangan untukku... Jauhilah aku dari sebarang fitnah Manusia... Amin...

Itu yang sering ku ucapkan bila aku bersujud kepada-NYA.

Selesai makan, kami menghabiskan masa di lereng bukit dan melihat keindahan alam kurniaan Tuhan...

Aku hanya mendiamkan diri dan bermuhasabah diri...Mencari di mana silapnya... 

Si Dia mungkin memberikanku masa yang secukupnya sebelum kami berbicara dari hati ke hati... 

Begitulah caranya membuat hatiku tertambat. pandai memilih cara dan tempat yang sesuai untuk meluang masa bersama...

Dalam kesunyian, dia  mula berbicara...

Perjalanan kita masih jauh, U. Banyak yang perlu kita tempuh... Baru sikit ujian yang Tuhan uji... Jangan mudah melatah ye, sayang...


Sifatku yang boleh aku puji, aku hanya akan mendiamkan diri dan mendengar setiap patah yang diucapkannya. Kerna aku pendengar yang setia. Aku tidak akan bersuara sekiranya Si Dia belum menghabiskan kata-katanya.


Aku menyenangi tegurannya. Cara yang digunakannya cukup lembut dan aku tidak bisa untuk melawan... Setiap perkataan yang terluah ada kebenarannya... Aku patuh...


Berduaan dengannya aku bagai melupakan segalanya. 


Aku mengharapkan yang terbaik untuk diriku dan dirinya. Semoga diperkenankan oleh-NYA...

Terkilan...

Jiwaku berperang sendiri... Hatiku tidak setenang hari-hari kelmarin... Ada sesuatu yang buat aku terkilan... 



Tampak wajahku tenang, tetapi di dalam hatiku bergelora...

Kadangkala apa yang kita buat secara sengaja atau tidak tanpa kita duga mendapat perhatian dari orang lain dan dari situ orang akan membuat kesimpulan sama ada yang baik atau buruk. Hari ini aku meluangkan masa melayari ruangan sosial peribadiku...


Bila ku buka ruangan 'chatting' aku disapa teman baikku...

Kesimpulan dari segala perbualan maya kami, dia menyatakan ketidakpuasan hati bila dia menyatakan dia adalah orang yang terakhir yang tahu mengenai majlis perkahwinanku dan aku tidak menjemputnya hadir...

Ya Allah, apa yang aku telah buat ini...? Terukkah aku?

Kad dan sampul yang dicetak atas namanya memang tidak sempat untukku pos dan masih selamat dalam simpananku. Seingat aku, aku pernah menelefonnya dan menjemputnya ke majlis bahagiaku... Aku amat mengharapkan kehadirannya. Tapi apakan daya, dia menyatakan dia ada kursus yang dianjurkan oleh syarikatnya... Aku menerima segala alasan kerna aku tahu setiap orang punya tanggungjawab untuk meneruskan kehidupan... Dan dia juga ada menyatakan jika dia punya masa dia akan pulang untuk menghadiri majlisku.


Sebelum ini ada majlis kenalan rapatku juga,K... Kad K tidak diterima kerana dia bermastautin di negeri S. Dan kad bertinta emas itu ada dalam simpananku hingga kini. Aku hanya menyampaikan pesanan itu lewat panggilan telefon. Suatu hari aku berkesempatan untuk melihat foto-foto sekitar Majlis Perkahwinan K. Aku melihatnya di foto kenangan di Majlis Perkahwinan K. Dia hadir di majlis itu.


Bila ku tanya, kenapa dia boleh hadir sedangkan perkara sama juga berlaku...?

Tidak mendapat kad undangan...


Katanya K menelefonnya meminta dia hadir...


Adakah aku tidak bersungguh-sungguh menelefonnya setiap hari, minggu atau bulan sebelum majlisku...?

Mungkin kerana aku tidak berkesempatan membalas mesejnya di telefon bimbitku pada suatu petang...

"ko ada kat mana"?

Waktu itu aku bersama tunangku yang kini suamiku... Menyelesaikan urusan perkahwinan... Ke sana dan ke mari... Bertemu orang itu dan ini hingga aku terlupa...


Maafkan aku sahabat kerana mengabaikan mesejmu dan tidak prihatin padamu...


Aku telah berubah seperti katanya...


Berubahkah aku? Aku manusia yang sama... Yang merendah diri bila berteman... Aku tidak seperti yang lain yang suka membanding-bandingkan barangan yang dimiliki, jenama pakaian, kasut atau beg tangan dan sebagainya... 


Aku manusia yang bersederhana... Dan aku menghormati sahabat-sahabat yang aku miliki...


Semasa majlisku, aku pernah disapa oleh salah seorang kenalan, adakah aku tidak menjemput sahabatku ini hingga dia terasa hati dan merajuk hati denganku...?


Aku hanya mendiamkan diri...


Kerna tidak semestinya jika kita bersuara, masalah akan selesai... Jalan terbaik adalah tidak memberikan sebarang kenyataan... Perkara ini akan diselesaikan dengan cara yang terbaik... Fikirku...


Aku tidak mahu hubungan yang terbina selama hampir 20 tahun terputus hanya kerana perkara ini...


Pada malam selepas persandinganku sekali lagi aku ditanya oleh ibu mengenai perkara yang sama. Dan ibu menyatakan dia ada pulang tetapi dia menyatakan pada jiranku yang dia tidak dijemput ke majlisku?


Hatiku hancur... Kenapakah aku difitnah sedemikian rupa...?


Hari ini pula aku perlu menghadapi setiap kata-katanya... segala luahan hatinya...


Pedih hatiku bagai ditusuk belati tajam...

Dia menangis... Aku jua menangis dan memikirkan hal yang sama...


Sebelum aku mengakhiri perbualan dengannya, aku mohon maaf jika ada keterlanjuran yang telah aku lakukan secara sengaja atau tidak... Aku juga ada memberi sedikit pesanan untuknya kerna suatu masa nanti dia juga akan merasai situasi yang pernah aku lalui ini. Bila kita rasa tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan sesuatu biarpun kita punya niat untuk melakukannya... 


Aku doakan kebahagiaan untuknya... 


Maafkan daku kiranya jika suatu masa nanti aku juga tidak dapat hadir ke majlisnya kerna bukan aku berkecil hati atau ingin membalas... Cukuplah kiranya untuk dia tahu, aku amat menyayanginya, sahabat dari kecilku baru belajar melihat dunia...


Terkenang zaman kecilku dengannya... bermain masak-masak bersama... memanjat di pohon jambu hingga melepasi ketinggian bumbung rumah... 


Aku tersenyum dalam sendu...


Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada menzalimi orang lain atau dizalimi. Aku juga berlindung kepada-Mu drpd kesusahan, kesedihan, kelemahan, kemalasan, kebakhilan, belenggu hutang dan kejahatan orang lain.

Terima kasih atas segalanya... Mungkin aku pernah terlupa, ingatkahlah aku... Aku manusia biasa...

Ku Ada Kamu - Adira AF8

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
 
Bila dengar lagu ini di corong-corong radio aku jadi lebih bersemangat untuk meniti hari-hari yang mendatang bersamamu, Mr Hubby...