Tuesday, November 30, 2010

Detik-detik terakhir kerjayaku...

30 November 2010

Aku menamatkan kerjayaku di tempat yang mengenalkan aku padanya… Sedihnya untuk meninggalkan…

Kerna di sini aku mendapat teman seperjuangan dari seluruh Malaysia dan mengajarku untuk kerja berdikari dan hidup bersama komuniti.

Jurang digital telahku rapatkan…  Komuniti lebih terbuka dan berkembang seiring dengan kemajuan teknologi. Budak yang kecil berumur 6 tahun bijak mengendalikan aplikasi elektronik… Tanpa perlu kita mengajarnya satu persatu…

Jika dibandingkan dengan aku pada masa dahulu… Sungguh jauh berbeda…

Sungguh tidak ku sangka…

Sejak 2 hari terakhir ini, aku dikunjungi tetamu cilik yang comel dan mencuit hati…

Tawanya… Perilakunya… Buat aku terhibur… Aku tidak pernah segembira ini melihat karenahnya… Teringat pula diriku di zaman kecilku...

Sungguh indah senyumannya… Tawanya sungguh ikhlas dari dalam dirinya…

Akhir detik kerjayaku,  masa aku duduk bersendirian tanpa ada tetamu yang hadir, sekali lagi aku didatangi tetamu cilikku…

Dari jauh ku lihat keletahnya… Ku tersenyum sendiri…

Banyak songeh... 

Suaranya yang lantang… gayanya yang bersahaja… Menyanyi-nyanyi riang...

Ku terpesona…

Mulalah aku hanyut dalam alam khayalan… Tetapi suaranya mengejutkanku…

Ku bertanya kepadanya;

Aku: Kenapa datang petang-petang. Dah nak tutup ini?

Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 5.20 petang...

Cute girl: Bosan la  duduk rumah. 

‘buka Barbie games la ,katanya kepada kawan baiknya.

Sungguh cerdik…

Siapakah gerangan tuan empunya diri?

Inilah tetamu cilikku yang mencuit hati… 

Cute Little Girl
Najua dan Balqis
Buat teman seperjuanganku, Terima Kasih atas ikatan persahabatan yang terbina antara kita. Aku sungguh gembira berada di bawah satu bumbung yang sama. Aku doakan kamu selamat maju jaya...

Tidak lupa juga kepada warga kerja yang terlibat dalam projek ini...  Encik R, Encik F dan teman-teman dari site-site PJK seluruh Malaysia.

Kenangan indah bersama kalian akan ku kenang hingga ke akhirnya, teman.




Tak kan dapat kugambarkan
Takkan dapat kulukiskan
Takkan dapat kulupakan
Hanya dapat kukenangkan

Lagu buat Teman Seperjuangan yang diingati

BERTEMU DAN BERPISAH

Bertemu dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita gar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa

Terima Kasih Semua...

Tempoh Yang Terindah

Ikatan  pertunangan merupakan perjanjian untuk berkahwin daripada pihak lelaki dengan menyatakan keinginannya untuk berkahwinan dengan perempuan tertentu dengan pengetahuan perempuan tersebut dan juga walinya.

Secara ringkasnya, aku merasakan aku boleh bahagia dengannya. Tanpa berfikir panjang, aku terus menerima apabila dia menyatakan untuk menghantar rombongan peminangan.

Kenalkah aku padanya? Tidak sepenuhnya.

Aku masih belum bisa menerimanya sebagai kekasih tapi kini aku telah menjadi tunangannya. Biarlah cinta itu datang sendiri tanpa dipaksa. Mungkin dia juga sepertiku. Masa akan menentukan segalanya.

Bulan Pertama

Aku jalani kehidupan sebagai tunangan orang. Pada hari pertama, ku rasa cukup indah…  bersemangat… Kalau dulu aku hanya mendoakan kesejahteraan ibu bapa, saudaraku dan diriku sendiri tetapi kini ada terselit namanya di dalam sujudku…

Semoga ia berkekalan ke akhirnya perasaan ini… Ku jeling cincin di jari manisku… Cantik…

Terdetik di hatiku, aku telah menjadi miliknya…

Celik sahaja mata, ku gapai telefon bimbitku yang menjadi peneman setiaku kini…

aku dapat pesanan ringkas darinya…

‘Selamat pagi, tunangku'

Ku tersenyum sendiri… Belum sempat untukku balas pesanannya, aku menerima panggilan darinya…

Ah indahnya…

Bulan Kedua

Aku semakin menerima kehadirannya di dalam hidupku. Jarak yang memisahkan kami, tidak langsung ku rasai… Kerana aku tidak pernah sunyi…

Merinduinya?

Mungkin belum lahir di jiwaku… kerna aku masih menganggapnya hanya sebatas teman biarpun aku telah dimilikinya…


Dia sering dihantar ke negeri bumi kenyalang untuk memeriksa dan menyelia projek di sana. Aku memahami kerja-kerjanya dan yang paling aku seronok setiap kali pulang dari kerja luarnya pasti dia tidak pernah lupa membelikan buah tangan untuk aku…

Bulan ini aku dapat sepasang kain berwarna hijau lumut… untuk dipakai masa raya nanti…

Thanks Encik JA… bisikku…

Aku belum bisa memanggilnya dengan nama timangan seperti pasangan bercinta yang lain seperti abang, sayang atau lain-lain… hehe…

Aku biasa memanggilnya dengan panggilan Encik J atau U sahaja sebagai ganti namanya… Perkataan Abang bagaikan kaku bila aku sebut… Tiada perasaan…

Pelik tapi benar… Itulah hubungan kami…

Saban hari aku masih menerima panggilan telefon darinya. Suaranya ku dengar setiap pagi setelah bangun dari tidurku dan malam sebelum aku melelapkan mataku… Begitulah selalunya…


Bulan Ketiga

Aku masih menjalani tanggungjawabku padanya untuk memastikan diri ini terus setia dan jujur. Setiap kali ingin keluar rumah, pasti aku tidak lupa menghantar pesanan ringkas…

Dia tidak pernah menyekat kebebasan ku… Aku rasa selesa dan bisa menjadi diri sendiri.

Sekali lagi dia dihantar ke Sarawak… Sebelum dia berangkat dia akan berjumpa denganku…

Bulan Ramadhan tahun ini berlainan dari tahun-tahun yang lepas  kerana statusku sebagai tunangan orang. Dapat bersahur dan berbuka puasa bersamanya dan keluarga di rumah… Syahdunya…

Pulangnya dia ke KL, keesokan harinya dia berangkat ke Sarawak hinggalah akhir Ramadhan…

Bulan keempat

Raya pada tahun ini ku sambut bersamanya… Pagi raya kami berbaju warna sedondon… aku menyediakan makanan untuknya sebelum dia ke masjid bersolat aidilfitri…

Hari raya kedua, aku bertolak ke Utara tanah air… Berkunjung ke rumah keluarga tunangku…

Sepanjang perjalanan, aku menemaninya berbual… Cuba untuk lebih mengenalinya dan keluarganya…

Siapa tidak gementar mengikut orang lain balik ke kampungnya biarpun dia telah menjadi tunangku… Mungkin cara hidup yang berbeza… Banyak yang perlu ku belajar. Kerana aku dilahirkan di selatan manakala dia di Utara… Loghat dan mungkin makanan yang berbeza… Ini membuatku lebih bersemangat untuk mengenalinya…

Perjalanan yang jauh membuatkan seluruh badanku kepenatan… sampai sahaja di sana, suasana telah gelap… hampir habis waktu solat maghrib…

Letihnya… Malam itu aku tidur awal…

Awal aku bangun pagi itu, dalam pukul 6.30 pagi… Sambil menunggu waktu siang, aku bersihkan diri…

Pukul 7 pagi, aku keluar ke petak sawah di belakang rumahnya… Tercapai impianku… Merasai lumpur di petak sawah... Ku hirup udara yang amat segar...

Aku pernah mengimpikan untuk mendapat pasangan dari negeri Jelapang padi… Di waktu remajaku, aku banyak menghabiskan masa dengan membaca novel-novel cinta.

Sibuk membaca, sibuklah berangan… hehe... Itulah perangaiku yang tidak dapat diubah hingga kini... 

Tidak ku sangka ia menjadi kenyataan... Terima Kasih Allah dengan jodoh yang telah Kau rencanakan untukku... Alhamdulillah...

Bulan Kelima

Aku mulai sibuk menyediakan persiapan untuk majlis bermakna yang akan berlangsung dalam hidupku.

Segalanya ku lakukan sendiri. Dari perihal hantaran , baju perkahwinan, tempahan mak andam, jurukamera, doorgift untuk tetamu, bunga telur, bunga duit dan kad kahwin. Kerana aku tidak mahu ibu dan ayahku susah… Niatku hanya ingin memudahkan kerja mereka…

Aku amat berharap mereka faham akan niat baikku…

Ibu dan ayahku hanya menguruskan hal makanan yang amat penting dalam sesebuah majlis…

Sesekali aku meminta pendapat dari tunangku kerana dia merupakan tempat rujukan terbaik supaya aku dapat menyempurnakan majlis ini dengan baik.

Bulan Keenam

Aku mulai sibuk… dengan tuntutan kerja yang berakhir pada bulan ini dan menyelesaikan persiapan majlis yang semakin hampir.

Insya-Allah, semuanya telah diselesaikan. Aku amat berharap majlis berjalan lancar dan dijauhkan dari segala keburukan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami…
Kami memohon restuMu, Berkatilah majlis kami…
Limpahkanlah barakah dan rahmat ke atas kami…
Jadikanlah rumanhtangga yang kami bina aman dan damai…
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah…
Serta berikanlah kami ketenangan di dunia dan akhirat…
Sempurnakanlah agama kami dengan ikatan ini…

Amin Ya Rabbal Alamin…

Hanya Padamu Ya Allah, Tempat Kami memohon…

Monday, November 29, 2010

Baik-baik Sayang...

Alhamdulillah… Hanya itu mampu ku luahkan...

Setelah di-Xray, dia dilepaskan untuk balik…

Tetapi tidaklah semudah yang difikirkan, aku diamanahkan untuk membawanya ke balai polis trafik untuk membuat laporan mengenai kejadian tersebut…

Ya Allah, apakah ada lagi dugaan yang mendatang untuk menguji aku dan dia? Memandangkan hari pertunangan kami kian hampir…

Akan berlangsungkah majlisku? Aku tidak sampai hati untuk membukakan perihal itu. Kerna aku tidak mahu dia semakin kusut memikirkan apa yang sedang berlaku. Ku diamkan perkara ini... Ini bukan masa yang sesuai untuk jadi orang yang mementingkan diri sendiri.

Ku memandu dengan tenang...

Aku hanya menunggu di luar bangunan kerajaan dengan sabar sementara menunggu keputusan darinya. Dalam sabar menanti sekali lagi aku teruji bila dia ditahan selama sehari semalam oleh pihak polis.

Sayu… Itu yang ku rasa...

Biarpun dia tidak bersalah tetapi dia tetap ditahan kerana pihak lain yang terlibat dalam kemalangan itu terbunuh semasa operasi pembedahan. Itu undang-undang Malaysia yang harus dipatuhi. Aku merasa sungguh tidak adil kerana aku percaya dia tidak bersalah.

Aku harus meninggalkannya di situ memandangkan waktu hampir malam. Tetapi aku tidak terus pulang ke rumah. Dalam nekad, aku beranikan diri ke Bilik Mayat Hospital Besar  untuk mengesahkan memang benar pihak X telah meninggal dunia. Dalam tidak berpuas hati, aku bersimpati kerana mayat itu tiada waris dan tiada pengenalan diri.

Siapakah dia? Hanya Tuhan yang tahu kerna pihak hospital menyatakan mayat tersebut ditag atas nama ‘TIDAK DIKENALI’.

Semoga rohnya tenang di alam sana…

Aku tiba di rumah, tetapi hatiku ada di sana… bersamanya… Aku amat merisaukan dirinya…

Apakah hidangannya  malam ini? Bagaimana keadaannya di dalam sana? Dia tidak menjamah sebarang makanan sejak kejadian itu. Kerana rencana kami untuk 'lunch' bersama tidak kesampaian. Teringatkah dia pada diriku?
Sepertimana diriku ini... 


Akan tercapaikah hajat kami untuk menjalinkan hubungan mengikut adat Melayu? Oh Tuhanku... 

Tidur malamku tidak lena… Mimpiku dihiasi kisah-kisah ngeri. Aku amat berharap dia dalam keadaan baik di sana… Aku tidak mahu kehilangannya.

Di tempat kerja aku bagaikan kucing kehilangan anak… ke sana sini tidak menentu… Otakku kosong. Aku tidak bisa menjalankan sebarang kerja. Fikiranku melayang kepadanya…

Telefon bimbit ku capai. Ku tinggalkan pesanan ringkas kepada teman baiknya.

Aku: Encik K, boleh saya tengok Encik JA? Saya nak hantarkan pakaian dan makanan.

Encik K: Tak dapat jumpa, kena minta kebenaran dulu. Kalau pegawai bagi, baru boleh. I rasa U jumpa dia bila dia keluar nanti, di sana serba kekurangan. I sendiri tak sanggup tengok. Tapi jangan takut, apa-apa I ‘update’ nanti.

Sungguh panjang penerangannya.

Dan airmata tidak dapat ku bendung lagi… Menitis perlahan jatuh ke pipi… Sayu hatiku…

Apakah perasaan ini? Tidak dapat untukku tafsirkan… Halus…

Aku: Baiklah, Encik. Saya risaukan dia. Jika ada sebarang info, beritahu saya secepat mungkin.

Encik K: Ok, kita cuba apa yang termampu.

Sedang asyik melayan perasaan, frekuensi radio yang ku buka mendendangkan lagu popular dari kumpulan Indonesia ‘Baik-baik sayang’. Bagai memahami isi hatiku…

“Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku”


Jiwa wanitaku tidak kuat mengharungi… Tetapi ku harus tabah…

Air mataku semakin deras… Terus melayani lagu itu dan tenggelam dalam tangisan… Bagaikan nyanyian dari hatinya buatku…

Ya Allah, bantulah aku… Permudahkanlah Jalan Hidupku… Itulah doa yang sering ku pinta pada Penciptaku… Tidak banyak yang ku pinta, semoga jodoh kami dipanjangkan... Amin...

Terselit kisah duka 2...

Sepanjang perjalanan ke tempat kejadian, aku bermunajat pada-Nya, Aku memohon semoga dia tidak parah. Ku cuba untuk menenangkan diriku sendiri…

Aku belum puas mengenalinya… Adakah benar kata orang tua-tua mengenai ‘Darah Manis’?

Sendirian ku berfikir…

Dalam ketidaktentuan jiwa ini, ku muhasabah diri. Ku sempat terfikir apakah yang akan orang lain perbuat jika berada di tempatku…

Telah cuba ku kawal hati dan diri ini untuk bertahan tetapi aku akhirnya tewas…

setibanya aku di tempat kejadian… Aku memarkir kereta di pinggir jalan…

kakiku lemah longlai…  Menggigil… Kuatkan Aku, Ya Allah…

Jiwaku rapuh dan air mata membanjiri kolam mataku… ku tahan daripada tumpah… Aku tidak mahu dia melihatku lemah… Aku harus kuat supaya dia boleh bersandar hidup padaku…

Ketika itu orang ramai telah mengerumuni kawasan X…

Ku lihat kereta yang dipandunya berada di tengah jalan… remuk... cecair hitam di atas jalan… tapi tidak ku kesan cecair merah berada di dalam kereta mahupun di jalan raya. Bagaimanakah keadaannya… Dalam keriuhan orang ramai, ku tilik wajah satu persatu… tiada yang ku kenali…

kesan kemalangan


Di manakah dia?

Tidak terlihat di mataku…

Takut… Itulah perasaan pada detik itu… Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini…

Ku gapai telefon bimbitku… Cuba ingin memanggilnya…

Aku: U, I dah sampai sini… U kat mana?

Encik JA: Jap

Aku memandang kosong ke seluruh kawasan… namun, tidak dapat mengesan di mana dia…

Encik JA: U…

Dalam keadaan aku termanggu di pinggiran jalan… ku terlihat dia... Keluar dari kawasan ladang kelapa sawit…

Alhamdulillah… Kecederaannya hanya sedikit di tangan…

Kalau dilihat pada keadaan kereta yang teruk memang tidak menyangka bahawa kecederaan yang dialami hanya luka kecil…

Aku: U OK ke?

Risau juga… Sayangkah aku padanya?

Dia hanya mendiamkan diri. Tanpa membuang masa,  Aku memaut lengannya dan membawanya ke kereta. Aku masih merasa pelik kerana tiada seorang pun di tempat kejadian membawanya ke klinik berhampiran…

Tiada perasaan simpati atau perikemanusiaankah mereka?

Aku membawanya ke hospital besar sejauh 20km. Sesampai di sana ku lihat ibu bapaku telah menunggu di kawasan pendaftaran kecemasan…

Adakah telah berakhir sebuah dugaan? Kuatkah aku sekiranya dugaan menjengah kembali?

Sunday, November 28, 2010

Terselit kisah duka...

Dalam kegembiraan, pasti akan ada dugaan yang mendatang untuk menguji kekuatan kita menempuh segala ranjau kehidupan…

Aku jua punya kisah sedih di sebalik kegembiraan yang ada. Aku bersyukur kerana Tuhan masih menyayangiku dengan memberi segala kebahagiaan dan tidak lupa dugaan yang menguji.

Siapa sangka itu malam terakhir kami jumpa, dan ketika itu dia masih dalam keadaan yang baik. Peristiwa ini berlaku seminggu sebelum majlis pertunangan kami akan berlangsung. Aku tidak mahu mengingat kembali peristiwa ini, sekadar untuk berkongsi cerita. Kerna bukan setiap hari kita akan jalani hidup dengan gembira. Pasti ada sedihnya..

Hari itu aku bertugas seperti biasa. Manakala Encik JA ditugaskan menjalankan kerja-kerja selenggaraan di salah satu site di daerah Segamat pada 23 Mei 2010… Hari yang ku lalui tenang dan bersemangat kerana kami akan makan tengah hari bersama untuk pertama kalinya.

12.30 tengah hari, Dia menelefonku dan menyatakan dia dalam perjalanan ke Bandar Segamat untuk menjemputku di pejabat.

Hatiku berbunga-bunga. Indahnya hariku…

Adakah ianya akan menjadi seperti yang dirancangkan?

Ku sangka panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari… 10 minit dia menutup talian,aku kembali mendapat panggilan telefon darinya.

Aku: Hai U… 

Encik JA: U, I accident.

Hanya perkataan itu yang ku dengar di hujung talian… Sayup…

Aku terdiam seketika… Nafasku bagai terhenti…. Antara percaya dengan tidak.

Ya Allah, benarkah apa yang ku dengar? Baru sebentar tadi ku dengar suara dia yang ceria… Kenapa tiba-tiba jadi begini? Tabahkanlah hatiku mengharungi hari-hari ini.

Aku: U ok ke?

Senyap…

Aku: U… Cakap dengan I. U jangan pengsan ya. U da minum air?

Aku semakin cemas… Mungkin Dia sudah tidak larat untuk  berkata-kata.  

Ya Allah, selamatkanlah dia. Doaku di sudut hati...

Aku: U kat mana ni? Beritahu I. Jangan senyap macam ini. I takut…


Dia bersuara kembali…

Encik JA: I ada di Kawasan X.

Kawasan X... Kat mana pula tempat ini? Aku tidak pernah menjejakkan kaki ke daerah asing itu.

Aku: Ok U. I datang sana sekarang. U sabar k.

Tanpa berfikir panjang, aku memaklumkan kepada pengurusku untuk mengambil cuti setengah hari kerana dia terlibat dalam kemalangan. Tidak lupa juga aku memaklumkan kepada ibuku akan kepergianku. Adikku menemaniku ke tempat kejadian… Aku memandu dengan tenang tanpa rasa panik kerana aku percaya dia dalam keadaan baik. Dan aku tidak mahu terjadi sesuatu yang buruk berlaku kepadaku.

Adakah aku kuat untuk menghadapi semua ini bila berada di tempat kejadian?

Saturday, November 27, 2010

Dia... Tercipta Untukku...

Ikatan pertunangan yang terjalin memberi aku dan dia peluang untuk mengenali hati budi masing-masing. Kerna kami tidak berpeluang untuk berkawan dan jatuh cinta. Ibarat orang dulu-dulu kala. Hanya mengenali pasangan di alam perkahwinan.

Dia yang ku kenali dulu dan kini sangat berbeza. Dia lelaki yang baik, mengambil berat, memahami, penyayang, dan matang. Biarpun dia memberi segala kebebasan tapi aku tidak pernah mengambil kesempatan untuk menyelewengkan kepercayaan itu. Kerna aku berpegang kepada prinsip dalam perhubungan supaya hubungan kami dapat bertahan lama dan harmoni. Iaitu keikhlasan, kepercayaan, dan kejujuran.

Ikatan pertunangan kami hanya 6 bulan sebelum disatukan. Dan dalam tempoh itu juga, aku belajar untuk memahami dirinya sebaik mungkin. Apa yang dia suka dan tidak, makan kegemarannya, rutin hidupnya dan segalanya. Dia lelaki yang senang untuk difahami dan didampingi. Sifat ku yang manja kadangkala memerlukan perhatian yang lebih darinya.

Kami hanya berhubung di telefon. Jarang sekali dapat berjumpa seperti anak muda zaman kini. Dan hanya di talian sahaja dia memberikan nasihat yang berguna untuk aku menjadi perempuan yang sempurna. Caranya yang lemah lembut menegurku membuatkan aku terpikat.


Sukarkah untuk bahagia? Bagiku tidak lagi. Aku amat memerlukannya... Dia ibarat oksigen untuk aku terus bernafas.

Ya Allah, aku amat bersyukur kerana keputusan yang aku buat ini benar untuk aku menjalani hidup di masa hadapan. Dia lelaki yang sempurna untukku.

Alhamdulillah. 

Friday, November 26, 2010

Saat Itu... Di Majlis Pertunangan...

Tiba hari yang dinanti… 30 Mei 2010…

Segalanya berjalan lancar. Kanopi dipasang pada hari sebelumnya, makanan katering dari Encik Md Shah tepat seperti yang dinantikan. Juadah tiba pada pukul 11 pagi.

Pada pukul 10, mak andam tiba untuk menghiaskan aku… Tema yang ku pilih pada hari itu adalah biru putih. Biarpun kalau diikutkan tidak cukup masa untuk menyiapkan segalanya tapi aku cuba sedaya mungkin.

Solekan yang dikenakan ke atas muka ku amat ringkas kerana aku bukanlah perempuan yang suka bersolek. I’m simple person. Ada la perubahan ke atas mukaku yang selalu pucat. Kerna bila aku ke pejabat, hanya bedak asas dan ‘lip ice’ je yang aku calitkan di bibirku.

“Lawa juga aku ni ek… “(bermonolog sendiri sambil menjeling di cermin. Hehe…

Tepat jam 12.50 tengah hari, aku menerima pesanan ringkas di telefonku…

“U, I dah sampai di ofis U…

Opssssssss… terasa ingin copot jantungku…  dup…dap…dup…dap…Hehe… Cuak…

Sedang asyik berangan, tepat pukul 2 petang, anak abangku datang ke bilik, katanya, tetamu dari negeri Jelapang Padi telah sampai…

Perasaanku ketika itu benar-benar gementar… Ku cekalkan hati… dan berdoa di dalam hati semoga majlis ini berjalan seperti yang dirancang tanpa sebarang masalah…

Namaku dipanggil untuk ke hadapan menemui tetamu dari jauh. Inilah kali pertama ku tatap wajah bakal ibu mertuaku. Perasaanku? Mungkin sama seperti rakan-rakan yang pernah melalui detik-detik ini…

Ku sambut huluran tangan Ibu Encik JA dengan penuh hormat dan menciumnya penuh kesopanan. Dan duduk di hadapannya.

cincin tunang


Terfikir di benakku… Bagaimana la perilaku aku masa itu, aku jua tak tahu. Aku rasa macam aku bukan berada di situ… Bagaimana cara dudukku, air mukaku… Ya Allah… Hanya Tuhan yang Tahu…

Ibunya membuka cincin bertakhta berlian di bekas hantaran serba kebiruan itu… disambut jari  manisku dan disarung dengan lemah lembut…

Tenang sekali perasaanku ketika itu…

Kini, secara rasminya di hadapan keluarga, saudara-saudara dan jiran tetangga, aku telah menjadi miliknya.

Selesai sudah upacara menyarungkan cincin, wakil ketua dari pihak perempuan meminta Encik JA masuk ke rumah untuk sesi suai kenal dengan penduduk kampung…

Aku yang masih duduk di tengah-tengah orang ramai, kembali ke belakang… Dan melihat dia masuk ke tengah rumah… Dia yang kini menjadi tunanganku… Encik JA.

Ya Allah Ya Tuhanku... Berkatilah hubungan kami, jauhkanlah kami dari sebarang halangan dan dugaan. Hanya Padamu Ku Berserah...

Adakah aku terburu-buru?

Aku rasa tiada sebab untuk aku menolak kehadirannya. Ku bukakan fikiranku seluas alam ini. Niatku di dalam hati untuk teruskan hidup bersamanya.

Lumrah kehidupan, ajal maut jodoh pertemuan telah ditentukan. Selama ini aku tidak pernah menetapkan siapa jodohku…

Kerna barangsiapa yang ikhlas ingin menyuntingku dan yang pertama meminangku, itulah orang yang pertama akan ku terima menjadi raja dalam hidupku…

Selesai sesi risik-merisik, tiba pula majlis yang dinanti sebelum ke langkah selanjutnya… bagai mendaki dari satu tangga ke satu tangga…

Ekspres… begitulah yang terjadi antara aku dengannya… Perjanjian bagai dilupakan… 2 minggu sebelum majlis aku sibuk mengatur segala persiapan. Dari pakaian, makanan, doorgift, kanopi, barang hantaran dan segalanya, ku uruskan sendiri… tanpa bantuan dari ayah jua bonda…

Tersemat juga di hatiku, adakah aku terburu-buru? Aku bukan wanita yang ‘desperate’. Benarkah keputusan yang aku buat ini untuk menentukan hala tuju hidupku di masa akan datang… Silap langkah ke jurang jawapnya.

Namun, aku percaya hanya pada Allah dan jodoh yang telah Dia tetapkan. Itu sahaja yang menjadi tiang untukku berpaut. Dan aku jua akan kembali pada-Nya.

Ayah dan bonda pernah menyoalku adakah aku benar-benar mengenali siapa dia, dari manakah dia, siapa ibu bapanya? Jawapan itu semua tiada padaku.

Aku yakin dengan diriku, dirinya dan jodoh yang telah Tuhan ciptakan antara kami. Itu sahaja jawapan yang aku ada buat keluargaku.

Bahagiakah aku?

Ya Allah, terima kasih kerana memberiku secebis waktu untuk merasai kebahagiaan… Ketulusan hatinya membuatkan jiwaku berkocak…

Ku ikhlas menyulam perhubungan ini di bawah lembayung rahmatmu, Ya Allah. Dan sesungguhnya Aku harus bersyukur di atas kurniaan-Mu.

12 Mei 2010, disaksikan oleh keluarga yang amat ku sayangi… Cincin risik tersarung indah di  jari manisku… Inilah pertama kali secara rasminya dia bertemu dengan keluargaku… Majlis ringkas di Restoran Azmi Pantai Timur, Segamat.

Cincin Risik
 Makan besar di Restoran Azmi Pantai Timur


Apakah maknanya Cincin ini? Adakah aku telah menjadi miliknya?

Tercorak warna-warna indah di kanvas hidupku… Tercoret kenangan indah dalam lipatan sejarah hidupku…

Bagaimanakah perjanjian 3 bulan itu? Mengikut perjanjian yang termeterai antara aku dengannya, aku hanya akan memberi jawapan pada bulan 7 sama ada aku setuju menerimanya sebagai teman istimewa atau tidak…

Namun,

Inilah yang dinamakan perancangan yang tidak menjadi. Sebagai manusia yang begitu kerdil terhadap pencipta-NYa, Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya…

Aku akur…

Bila ku duduk sendirian melewati batas-batas waktu, ku tersenyum sendiri… Terimbas kembali segalanya… Dan aku sesungguhnya masih tidak percaya apa yang telah berlaku antara aku dengannya…

Sangat pantas masa yang berlalu… Dan dia bijak menggunakan peluang yang ada…

Terima kasih, Encik JA… Atas segalanya…

Ya Allah Yang Maha Mengasihi dan Maha Penyayang, aku amat bahagia dalam pelukan rahmat-MU… Tidak ku menyangka aku mampu meraih sebuah kehidupan yang baru di titik permulaan…

Bagaimanakah kehidupanku seterusnya… Langkah pertama telah selesai…

Andai Itu Takdirnya...

Berpijaklah di bumi nyata. Inilah realiti kehidupan. Tetapi aku masih terkapai-kapai di tengah lautan. Masih ada yang harus ku cari…

Kehidupanku mula berwarna dengan warna-warna yang indah… pelbagai warna bagai terhampar di kanvas dan mencoret mengikut hala tujuannya… Yang masih kekal di landasan…

Sedang leka melayani karenah jiwa muda, fikiranku mula terawang-awang…

Tenang… Sungguh damai…

Telefon bimbitku nyaring berbunyi merampas ketenanganku di kala ini. Ku tahu siapa di hujung talian… Butang hijau ku tekan…

Aku: Assalammualaikum… boleh saya bantu?

Encik JA: Waalaikummussalam… U sedang buat apa? I nak tanya, saiz jari manis U berapa?

Aku: Gulppp… Ehem2… 

Tersedak air liur sendiri… Nafasku tersekat…

Inilah akibatnya jika bermain dengan kata-kata. Berbahang mukaku. Apa yang harus ku jawap. Fikiran nakalku ligat memikirkan seribu cara.

Aku: U kalau nak beli cincin kena beli 2, cincin risik dan cincin meminang.

Biasalah kan lelaki jika kita demand pasti dia akan berundur… Memang nakal…

Encik JA: yela… Saiz brape?

Aku: hmmm… Tak pasti la, Encik… Maybe 10.5 atau 11…

Encik JA: Ok. I ada di kedai emas ni.

Ya Allah, apa yang akan terjadi? Aku redha… Aku serahkan hanya pada-MU… Aku ikhlas andaikata Dia benar-benar ingin menyunting diriku ini…

Tempoh 3 bulan yang aku berikan padanya, adakah benar seperti apa yang telah dipateri bersama antara dia dan aku? Aku nantikan dengan penuh redha dan tawaduk…