Friday, November 26, 2010

Adakah aku terburu-buru?

Aku rasa tiada sebab untuk aku menolak kehadirannya. Ku bukakan fikiranku seluas alam ini. Niatku di dalam hati untuk teruskan hidup bersamanya.

Lumrah kehidupan, ajal maut jodoh pertemuan telah ditentukan. Selama ini aku tidak pernah menetapkan siapa jodohku…

Kerna barangsiapa yang ikhlas ingin menyuntingku dan yang pertama meminangku, itulah orang yang pertama akan ku terima menjadi raja dalam hidupku…

Selesai sesi risik-merisik, tiba pula majlis yang dinanti sebelum ke langkah selanjutnya… bagai mendaki dari satu tangga ke satu tangga…

Ekspres… begitulah yang terjadi antara aku dengannya… Perjanjian bagai dilupakan… 2 minggu sebelum majlis aku sibuk mengatur segala persiapan. Dari pakaian, makanan, doorgift, kanopi, barang hantaran dan segalanya, ku uruskan sendiri… tanpa bantuan dari ayah jua bonda…

Tersemat juga di hatiku, adakah aku terburu-buru? Aku bukan wanita yang ‘desperate’. Benarkah keputusan yang aku buat ini untuk menentukan hala tuju hidupku di masa akan datang… Silap langkah ke jurang jawapnya.

Namun, aku percaya hanya pada Allah dan jodoh yang telah Dia tetapkan. Itu sahaja yang menjadi tiang untukku berpaut. Dan aku jua akan kembali pada-Nya.

Ayah dan bonda pernah menyoalku adakah aku benar-benar mengenali siapa dia, dari manakah dia, siapa ibu bapanya? Jawapan itu semua tiada padaku.

Aku yakin dengan diriku, dirinya dan jodoh yang telah Tuhan ciptakan antara kami. Itu sahaja jawapan yang aku ada buat keluargaku.

No comments:

Post a Comment