Monday, November 29, 2010

Baik-baik Sayang...

Alhamdulillah… Hanya itu mampu ku luahkan...

Setelah di-Xray, dia dilepaskan untuk balik…

Tetapi tidaklah semudah yang difikirkan, aku diamanahkan untuk membawanya ke balai polis trafik untuk membuat laporan mengenai kejadian tersebut…

Ya Allah, apakah ada lagi dugaan yang mendatang untuk menguji aku dan dia? Memandangkan hari pertunangan kami kian hampir…

Akan berlangsungkah majlisku? Aku tidak sampai hati untuk membukakan perihal itu. Kerna aku tidak mahu dia semakin kusut memikirkan apa yang sedang berlaku. Ku diamkan perkara ini... Ini bukan masa yang sesuai untuk jadi orang yang mementingkan diri sendiri.

Ku memandu dengan tenang...

Aku hanya menunggu di luar bangunan kerajaan dengan sabar sementara menunggu keputusan darinya. Dalam sabar menanti sekali lagi aku teruji bila dia ditahan selama sehari semalam oleh pihak polis.

Sayu… Itu yang ku rasa...

Biarpun dia tidak bersalah tetapi dia tetap ditahan kerana pihak lain yang terlibat dalam kemalangan itu terbunuh semasa operasi pembedahan. Itu undang-undang Malaysia yang harus dipatuhi. Aku merasa sungguh tidak adil kerana aku percaya dia tidak bersalah.

Aku harus meninggalkannya di situ memandangkan waktu hampir malam. Tetapi aku tidak terus pulang ke rumah. Dalam nekad, aku beranikan diri ke Bilik Mayat Hospital Besar  untuk mengesahkan memang benar pihak X telah meninggal dunia. Dalam tidak berpuas hati, aku bersimpati kerana mayat itu tiada waris dan tiada pengenalan diri.

Siapakah dia? Hanya Tuhan yang tahu kerna pihak hospital menyatakan mayat tersebut ditag atas nama ‘TIDAK DIKENALI’.

Semoga rohnya tenang di alam sana…

Aku tiba di rumah, tetapi hatiku ada di sana… bersamanya… Aku amat merisaukan dirinya…

Apakah hidangannya  malam ini? Bagaimana keadaannya di dalam sana? Dia tidak menjamah sebarang makanan sejak kejadian itu. Kerana rencana kami untuk 'lunch' bersama tidak kesampaian. Teringatkah dia pada diriku?
Sepertimana diriku ini... 


Akan tercapaikah hajat kami untuk menjalinkan hubungan mengikut adat Melayu? Oh Tuhanku... 

Tidur malamku tidak lena… Mimpiku dihiasi kisah-kisah ngeri. Aku amat berharap dia dalam keadaan baik di sana… Aku tidak mahu kehilangannya.

Di tempat kerja aku bagaikan kucing kehilangan anak… ke sana sini tidak menentu… Otakku kosong. Aku tidak bisa menjalankan sebarang kerja. Fikiranku melayang kepadanya…

Telefon bimbit ku capai. Ku tinggalkan pesanan ringkas kepada teman baiknya.

Aku: Encik K, boleh saya tengok Encik JA? Saya nak hantarkan pakaian dan makanan.

Encik K: Tak dapat jumpa, kena minta kebenaran dulu. Kalau pegawai bagi, baru boleh. I rasa U jumpa dia bila dia keluar nanti, di sana serba kekurangan. I sendiri tak sanggup tengok. Tapi jangan takut, apa-apa I ‘update’ nanti.

Sungguh panjang penerangannya.

Dan airmata tidak dapat ku bendung lagi… Menitis perlahan jatuh ke pipi… Sayu hatiku…

Apakah perasaan ini? Tidak dapat untukku tafsirkan… Halus…

Aku: Baiklah, Encik. Saya risaukan dia. Jika ada sebarang info, beritahu saya secepat mungkin.

Encik K: Ok, kita cuba apa yang termampu.

Sedang asyik melayan perasaan, frekuensi radio yang ku buka mendendangkan lagu popular dari kumpulan Indonesia ‘Baik-baik sayang’. Bagai memahami isi hatiku…

“Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku”


Jiwa wanitaku tidak kuat mengharungi… Tetapi ku harus tabah…

Air mataku semakin deras… Terus melayani lagu itu dan tenggelam dalam tangisan… Bagaikan nyanyian dari hatinya buatku…

Ya Allah, bantulah aku… Permudahkanlah Jalan Hidupku… Itulah doa yang sering ku pinta pada Penciptaku… Tidak banyak yang ku pinta, semoga jodoh kami dipanjangkan... Amin...

No comments:

Post a Comment