Saturday, November 27, 2010

Dia... Tercipta Untukku...

Ikatan pertunangan yang terjalin memberi aku dan dia peluang untuk mengenali hati budi masing-masing. Kerna kami tidak berpeluang untuk berkawan dan jatuh cinta. Ibarat orang dulu-dulu kala. Hanya mengenali pasangan di alam perkahwinan.

Dia yang ku kenali dulu dan kini sangat berbeza. Dia lelaki yang baik, mengambil berat, memahami, penyayang, dan matang. Biarpun dia memberi segala kebebasan tapi aku tidak pernah mengambil kesempatan untuk menyelewengkan kepercayaan itu. Kerna aku berpegang kepada prinsip dalam perhubungan supaya hubungan kami dapat bertahan lama dan harmoni. Iaitu keikhlasan, kepercayaan, dan kejujuran.

Ikatan pertunangan kami hanya 6 bulan sebelum disatukan. Dan dalam tempoh itu juga, aku belajar untuk memahami dirinya sebaik mungkin. Apa yang dia suka dan tidak, makan kegemarannya, rutin hidupnya dan segalanya. Dia lelaki yang senang untuk difahami dan didampingi. Sifat ku yang manja kadangkala memerlukan perhatian yang lebih darinya.

Kami hanya berhubung di telefon. Jarang sekali dapat berjumpa seperti anak muda zaman kini. Dan hanya di talian sahaja dia memberikan nasihat yang berguna untuk aku menjadi perempuan yang sempurna. Caranya yang lemah lembut menegurku membuatkan aku terpikat.


Sukarkah untuk bahagia? Bagiku tidak lagi. Aku amat memerlukannya... Dia ibarat oksigen untuk aku terus bernafas.

Ya Allah, aku amat bersyukur kerana keputusan yang aku buat ini benar untuk aku menjalani hidup di masa hadapan. Dia lelaki yang sempurna untukku.

Alhamdulillah. 

1 comment: