Tuesday, November 23, 2010

Tepian bibir...

Setelah hampir 3 minggu berhubung hanya di talian, dia menyatakan hasratnya untuk jadikan aku teman istimewanya. Aku yang pada waktu itu masih dalam kecelaruan fikiran memberikannya 3 bulan masa untuk menunggu jawapan dariku. Pelbagai cara ku gunakan untuk menepis dari menjalinkan hubungan serius dengan lelaki.Dendamkah aku pada lelaki?

Dengan tenang dia menerima keputusanku… Agaknya pe tanggapan dia padaku yang selalu menepis segala cara yang digunakan untuk mendekati…

Sebagai wanita yang masih punya harga diri dan maruah, aku bertindak di atas tunjang yang kuat. Agar tidak nampak sebagai wanita yang mudah diperlekehkan… Egokah aku??? Aku adalah wanita yang keras hati… Mungkin di luaran aku nampak lembut… Umpama kayu bakau yang meliuk lentok di gigi air, tapi mampu menjadi penaung untuk rumah-rumah di tepian.

Aku hanya mesra di talian, bila berhadapan, aku bagaikan patung kayu yang tak bernyawa… Kaku… Diam seribu bahasa… Bagai tiada perasaan…

Suatu hari dia menanyakan sesuatu padaku…

Dan seperti selalu, Aku tidak mampu untuk menjawap pertanyaannya…

Encik JA: I nak kenalkan U pada family I di negeri Jelapang Padi. U nak ikut?

Aku: hmmm…

Encik JA: I tak nak U ragu-ragu dengan I… So I nak kenalkan U pada mereka.

Otakku ligat memikirkan cara untuk menjawapnya tanpa ada siapa yang rasa sakit…

Encik JA: U…

Aku: Haaa… ye…

Yes, telah ku dapat jawapan yang benar-benar logik… dan menjadi salah satu syarat… Langsung tidak terniat di hati untuk memberikan pelbagai cabaran kepadanya.

Aku: Mak I cakap kalau U nak bawa balik negeri Jelapang Padi, U kena masuk meminang… Then baru boleh bawa I pergi sana.

Sunyi seketika….

Encik JA: Ok…

Perasaanku celaru…

Benar ke pe yang aku telah katakan… Jika dia mengambil serius setiap kata-kataku… Bagaimana??? Bersediakah aku? Tersilap langkah buruk padahnya jika bermain dengan kata-kata.

No comments:

Post a Comment