Sunday, November 28, 2010

Terselit kisah duka...

Dalam kegembiraan, pasti akan ada dugaan yang mendatang untuk menguji kekuatan kita menempuh segala ranjau kehidupan…

Aku jua punya kisah sedih di sebalik kegembiraan yang ada. Aku bersyukur kerana Tuhan masih menyayangiku dengan memberi segala kebahagiaan dan tidak lupa dugaan yang menguji.

Siapa sangka itu malam terakhir kami jumpa, dan ketika itu dia masih dalam keadaan yang baik. Peristiwa ini berlaku seminggu sebelum majlis pertunangan kami akan berlangsung. Aku tidak mahu mengingat kembali peristiwa ini, sekadar untuk berkongsi cerita. Kerna bukan setiap hari kita akan jalani hidup dengan gembira. Pasti ada sedihnya..

Hari itu aku bertugas seperti biasa. Manakala Encik JA ditugaskan menjalankan kerja-kerja selenggaraan di salah satu site di daerah Segamat pada 23 Mei 2010… Hari yang ku lalui tenang dan bersemangat kerana kami akan makan tengah hari bersama untuk pertama kalinya.

12.30 tengah hari, Dia menelefonku dan menyatakan dia dalam perjalanan ke Bandar Segamat untuk menjemputku di pejabat.

Hatiku berbunga-bunga. Indahnya hariku…

Adakah ianya akan menjadi seperti yang dirancangkan?

Ku sangka panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari… 10 minit dia menutup talian,aku kembali mendapat panggilan telefon darinya.

Aku: Hai U… 

Encik JA: U, I accident.

Hanya perkataan itu yang ku dengar di hujung talian… Sayup…

Aku terdiam seketika… Nafasku bagai terhenti…. Antara percaya dengan tidak.

Ya Allah, benarkah apa yang ku dengar? Baru sebentar tadi ku dengar suara dia yang ceria… Kenapa tiba-tiba jadi begini? Tabahkanlah hatiku mengharungi hari-hari ini.

Aku: U ok ke?

Senyap…

Aku: U… Cakap dengan I. U jangan pengsan ya. U da minum air?

Aku semakin cemas… Mungkin Dia sudah tidak larat untuk  berkata-kata.  

Ya Allah, selamatkanlah dia. Doaku di sudut hati...

Aku: U kat mana ni? Beritahu I. Jangan senyap macam ini. I takut…


Dia bersuara kembali…

Encik JA: I ada di Kawasan X.

Kawasan X... Kat mana pula tempat ini? Aku tidak pernah menjejakkan kaki ke daerah asing itu.

Aku: Ok U. I datang sana sekarang. U sabar k.

Tanpa berfikir panjang, aku memaklumkan kepada pengurusku untuk mengambil cuti setengah hari kerana dia terlibat dalam kemalangan. Tidak lupa juga aku memaklumkan kepada ibuku akan kepergianku. Adikku menemaniku ke tempat kejadian… Aku memandu dengan tenang tanpa rasa panik kerana aku percaya dia dalam keadaan baik. Dan aku tidak mahu terjadi sesuatu yang buruk berlaku kepadaku.

Adakah aku kuat untuk menghadapi semua ini bila berada di tempat kejadian?

No comments:

Post a Comment