Tuesday, November 23, 2010

Oh My Cake...

Kadangkala kita x sedar pe yang telah  berlaku dalam diri dan hidup kita. Ia terlalu pantas hingga kita rasa kita tertinggal segalanya.

Hati aku… bagaimanakah keadaan. Fizikalku stabil tapi jiwa aku… aku kalah… kalah dalam segala percaturan kehidupan. Impian yang ku harapkan hancur di tengah jalan. Wahai hati, tidak bisakah kau sembuh… luka itu terlalu dalam.

Hidup perlu ku teruskan… biar ranjau dan duri datang menghalang… Ya Allah, permudahkan jalanku…

Sinar hidupku kembali menyinar. Tanpa harapan yang menggunung ku teruskan hidup dengan iltizam yang baru. Dengan harapan kehidupanku dipermudahkan. Ku jalani kehidupan setenang yang mungkin. Rutin kehidupan yang tidak pernah lekang untuk memenuhi tuntutan hidup.

Kek Hari Lahir ku tebus… Ya Allah… Besar sungguh… Sudah la Tuan Si Pemberinya bagi tanpa sebarang kata. Entah dari mana dapat tarikh lahirku… Atau aku telah beri kepadanya tanpa sengaja… Huhu…

Blueberry Cakes

Ya Allah, terima kasih atas nikmat dan rezeki yang Kau beri…

Sambutan Hari Lahirku, ku sambut dalam keadaan penuh kesederhanaan… Tanda bersyukur pada-Mu…

Kepada Si Dia, terima kasih ye, encik. Saya x pernah dapat kek sebesar ini... Kataku di dalam hati...

Adakah telah berakhir episod dalam hidupku… yang penuh dengan kegembiraan…


No comments:

Post a Comment