Tuesday, November 23, 2010

Resit... Transit perhubungan???

Hanya di telefon…

Selepas peristiwa di pejabatku, tanpa ku sedari dia bertambah mesra denganku… Tapi layananku padanya hanya sekadar rakan sejawat yang terlibat dalam projek yang sama.

Saban malam dia menelefonku… dan hubungan kami hanya dalam talian.


Resit....

Ku gapai telefon bimbitku, ku dail nombor yang kian lama lekat dalam mindaku. Bukan niat untuk mengapai hatinya. Kehadirannya ku anggap seperti biasa... seperti majikan dan pekerja. Tiada tercalit walau sebesar hama dalam hati.

Aku: Assalammualaikum… Encik, maaf ganggu.

Kataku tegas tanpa memberi kesempatan untuk menjawap salamku.

Encik JA:Waalaikummusalam.

Aku: Encik ada simpan foto-foto permulaan kerja-kerja penyelenggaraan di site pejabat saya hingga terkini?

Encik JA: Ada. 

Aku: Boleh saya minta copy x. Sebab saya ada buat laporan praktikal. So perlukan foto-foto tersebut sebagai bahan laporan saya. Bila boleh saya ambil dari encik ye?

Diam seketika…

Encik JA: Petang sikit. Sebab saya ada kerja.

Aku: Oklah, nanti saya call lagi. Bye…

Petang itu, aku berkunjung ke rumah abangku yang sulung. Sedang melayan kerenah anak-anak saudaraku, aku mendapat panggilan telefon darinya.

Encik JA: Saya ada di warung depan pejabat awak ni. Nak gambar datang jumpa saya di sini.

Aku: Baiklah Encik. Saya datang berdua dengan mak saya.

Sekadar ingin berbasa- basi dengannya…

Encik JA: Ok…

Sesampai di warung…

Aku: Assalammualaikum... Encik... Mana 'pic' ofis saya...

Encik JA hanya mendiamkan diri dan menyerahkan laptop serta harddisk nya kepadaku...

Aku: Simpan kat folder mana yer encik?

Terasa cam cakap sorang2 pulak... Mak hanya memerhati tanpa berkata sepatah pun...

Encik JA: tak banyak site ofis awak yang diambil.

Aku: Oklah encik… saya ambil mana yang ada sahaja…

Sebelum aku dan mak ingin beredar, Dia memanggilku…

No comments:

Post a Comment