Friday, November 26, 2010

Saat Itu... Di Majlis Pertunangan...

Tiba hari yang dinanti… 30 Mei 2010…

Segalanya berjalan lancar. Kanopi dipasang pada hari sebelumnya, makanan katering dari Encik Md Shah tepat seperti yang dinantikan. Juadah tiba pada pukul 11 pagi.

Pada pukul 10, mak andam tiba untuk menghiaskan aku… Tema yang ku pilih pada hari itu adalah biru putih. Biarpun kalau diikutkan tidak cukup masa untuk menyiapkan segalanya tapi aku cuba sedaya mungkin.

Solekan yang dikenakan ke atas muka ku amat ringkas kerana aku bukanlah perempuan yang suka bersolek. I’m simple person. Ada la perubahan ke atas mukaku yang selalu pucat. Kerna bila aku ke pejabat, hanya bedak asas dan ‘lip ice’ je yang aku calitkan di bibirku.

“Lawa juga aku ni ek… “(bermonolog sendiri sambil menjeling di cermin. Hehe…

Tepat jam 12.50 tengah hari, aku menerima pesanan ringkas di telefonku…

“U, I dah sampai di ofis U…

Opssssssss… terasa ingin copot jantungku…  dup…dap…dup…dap…Hehe… Cuak…

Sedang asyik berangan, tepat pukul 2 petang, anak abangku datang ke bilik, katanya, tetamu dari negeri Jelapang Padi telah sampai…

Perasaanku ketika itu benar-benar gementar… Ku cekalkan hati… dan berdoa di dalam hati semoga majlis ini berjalan seperti yang dirancang tanpa sebarang masalah…

Namaku dipanggil untuk ke hadapan menemui tetamu dari jauh. Inilah kali pertama ku tatap wajah bakal ibu mertuaku. Perasaanku? Mungkin sama seperti rakan-rakan yang pernah melalui detik-detik ini…

Ku sambut huluran tangan Ibu Encik JA dengan penuh hormat dan menciumnya penuh kesopanan. Dan duduk di hadapannya.

cincin tunang


Terfikir di benakku… Bagaimana la perilaku aku masa itu, aku jua tak tahu. Aku rasa macam aku bukan berada di situ… Bagaimana cara dudukku, air mukaku… Ya Allah… Hanya Tuhan yang Tahu…

Ibunya membuka cincin bertakhta berlian di bekas hantaran serba kebiruan itu… disambut jari  manisku dan disarung dengan lemah lembut…

Tenang sekali perasaanku ketika itu…

Kini, secara rasminya di hadapan keluarga, saudara-saudara dan jiran tetangga, aku telah menjadi miliknya.

Selesai sudah upacara menyarungkan cincin, wakil ketua dari pihak perempuan meminta Encik JA masuk ke rumah untuk sesi suai kenal dengan penduduk kampung…

Aku yang masih duduk di tengah-tengah orang ramai, kembali ke belakang… Dan melihat dia masuk ke tengah rumah… Dia yang kini menjadi tunanganku… Encik JA.

Ya Allah Ya Tuhanku... Berkatilah hubungan kami, jauhkanlah kami dari sebarang halangan dan dugaan. Hanya Padamu Ku Berserah...

No comments:

Post a Comment