Tuesday, November 23, 2010

Selamat Hari Lahir...

Encik JA: Ni… Ambil resit…

Aku: Resit???

Kenapa dia bagi aku resit?Aku rasa aku takde beli apa2 pun… Ku amati resit tersebut yang tertulis, “Selamat Hari Lahir Meza”.

Baru ku sedar…. Segala percakapan dan perbuatan yang kita anggap sekadar bergurau dan main-main itu, dianggap serius oleh pihak lain…

Ku capai resit tersebut dan ku ucapkan terima kasih… Ku berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang…


Apa yang aku rasa, Ya Allah, malunya… huhu… kenapa perlu dia sebaik ini… Apa yang tersirat dan apa yang cuba Tuhan rancangkan???

Sesampai di rumah, aku tilik kembali resit pemberiannya yang perlu ku tebus pada Hari lahirku ke-23… pada 1 April ini… Wajar ke aku terima semua kebaikkannya?Aku perlu mendapatkan khidmat dari bondaku yang selalu jadi pusat rujukanku... Dan seperti biasa nasihat bondaku, Jagalah diri baik-baik… Jangan termakan budi…

Terselit kata-kata itu dibenakku… Memang ada benarnya. Aku harus berhati-hati. Walau sebaik mana orang itu…

No comments:

Post a Comment