Tuesday, November 30, 2010

Tempoh Yang Terindah

Ikatan  pertunangan merupakan perjanjian untuk berkahwin daripada pihak lelaki dengan menyatakan keinginannya untuk berkahwinan dengan perempuan tertentu dengan pengetahuan perempuan tersebut dan juga walinya.

Secara ringkasnya, aku merasakan aku boleh bahagia dengannya. Tanpa berfikir panjang, aku terus menerima apabila dia menyatakan untuk menghantar rombongan peminangan.

Kenalkah aku padanya? Tidak sepenuhnya.

Aku masih belum bisa menerimanya sebagai kekasih tapi kini aku telah menjadi tunangannya. Biarlah cinta itu datang sendiri tanpa dipaksa. Mungkin dia juga sepertiku. Masa akan menentukan segalanya.

Bulan Pertama

Aku jalani kehidupan sebagai tunangan orang. Pada hari pertama, ku rasa cukup indah…  bersemangat… Kalau dulu aku hanya mendoakan kesejahteraan ibu bapa, saudaraku dan diriku sendiri tetapi kini ada terselit namanya di dalam sujudku…

Semoga ia berkekalan ke akhirnya perasaan ini… Ku jeling cincin di jari manisku… Cantik…

Terdetik di hatiku, aku telah menjadi miliknya…

Celik sahaja mata, ku gapai telefon bimbitku yang menjadi peneman setiaku kini…

aku dapat pesanan ringkas darinya…

‘Selamat pagi, tunangku'

Ku tersenyum sendiri… Belum sempat untukku balas pesanannya, aku menerima panggilan darinya…

Ah indahnya…

Bulan Kedua

Aku semakin menerima kehadirannya di dalam hidupku. Jarak yang memisahkan kami, tidak langsung ku rasai… Kerana aku tidak pernah sunyi…

Merinduinya?

Mungkin belum lahir di jiwaku… kerna aku masih menganggapnya hanya sebatas teman biarpun aku telah dimilikinya…


Dia sering dihantar ke negeri bumi kenyalang untuk memeriksa dan menyelia projek di sana. Aku memahami kerja-kerjanya dan yang paling aku seronok setiap kali pulang dari kerja luarnya pasti dia tidak pernah lupa membelikan buah tangan untuk aku…

Bulan ini aku dapat sepasang kain berwarna hijau lumut… untuk dipakai masa raya nanti…

Thanks Encik JA… bisikku…

Aku belum bisa memanggilnya dengan nama timangan seperti pasangan bercinta yang lain seperti abang, sayang atau lain-lain… hehe…

Aku biasa memanggilnya dengan panggilan Encik J atau U sahaja sebagai ganti namanya… Perkataan Abang bagaikan kaku bila aku sebut… Tiada perasaan…

Pelik tapi benar… Itulah hubungan kami…

Saban hari aku masih menerima panggilan telefon darinya. Suaranya ku dengar setiap pagi setelah bangun dari tidurku dan malam sebelum aku melelapkan mataku… Begitulah selalunya…


Bulan Ketiga

Aku masih menjalani tanggungjawabku padanya untuk memastikan diri ini terus setia dan jujur. Setiap kali ingin keluar rumah, pasti aku tidak lupa menghantar pesanan ringkas…

Dia tidak pernah menyekat kebebasan ku… Aku rasa selesa dan bisa menjadi diri sendiri.

Sekali lagi dia dihantar ke Sarawak… Sebelum dia berangkat dia akan berjumpa denganku…

Bulan Ramadhan tahun ini berlainan dari tahun-tahun yang lepas  kerana statusku sebagai tunangan orang. Dapat bersahur dan berbuka puasa bersamanya dan keluarga di rumah… Syahdunya…

Pulangnya dia ke KL, keesokan harinya dia berangkat ke Sarawak hinggalah akhir Ramadhan…

Bulan keempat

Raya pada tahun ini ku sambut bersamanya… Pagi raya kami berbaju warna sedondon… aku menyediakan makanan untuknya sebelum dia ke masjid bersolat aidilfitri…

Hari raya kedua, aku bertolak ke Utara tanah air… Berkunjung ke rumah keluarga tunangku…

Sepanjang perjalanan, aku menemaninya berbual… Cuba untuk lebih mengenalinya dan keluarganya…

Siapa tidak gementar mengikut orang lain balik ke kampungnya biarpun dia telah menjadi tunangku… Mungkin cara hidup yang berbeza… Banyak yang perlu ku belajar. Kerana aku dilahirkan di selatan manakala dia di Utara… Loghat dan mungkin makanan yang berbeza… Ini membuatku lebih bersemangat untuk mengenalinya…

Perjalanan yang jauh membuatkan seluruh badanku kepenatan… sampai sahaja di sana, suasana telah gelap… hampir habis waktu solat maghrib…

Letihnya… Malam itu aku tidur awal…

Awal aku bangun pagi itu, dalam pukul 6.30 pagi… Sambil menunggu waktu siang, aku bersihkan diri…

Pukul 7 pagi, aku keluar ke petak sawah di belakang rumahnya… Tercapai impianku… Merasai lumpur di petak sawah... Ku hirup udara yang amat segar...

Aku pernah mengimpikan untuk mendapat pasangan dari negeri Jelapang padi… Di waktu remajaku, aku banyak menghabiskan masa dengan membaca novel-novel cinta.

Sibuk membaca, sibuklah berangan… hehe... Itulah perangaiku yang tidak dapat diubah hingga kini... 

Tidak ku sangka ia menjadi kenyataan... Terima Kasih Allah dengan jodoh yang telah Kau rencanakan untukku... Alhamdulillah...

Bulan Kelima

Aku mulai sibuk menyediakan persiapan untuk majlis bermakna yang akan berlangsung dalam hidupku.

Segalanya ku lakukan sendiri. Dari perihal hantaran , baju perkahwinan, tempahan mak andam, jurukamera, doorgift untuk tetamu, bunga telur, bunga duit dan kad kahwin. Kerana aku tidak mahu ibu dan ayahku susah… Niatku hanya ingin memudahkan kerja mereka…

Aku amat berharap mereka faham akan niat baikku…

Ibu dan ayahku hanya menguruskan hal makanan yang amat penting dalam sesebuah majlis…

Sesekali aku meminta pendapat dari tunangku kerana dia merupakan tempat rujukan terbaik supaya aku dapat menyempurnakan majlis ini dengan baik.

Bulan Keenam

Aku mulai sibuk… dengan tuntutan kerja yang berakhir pada bulan ini dan menyelesaikan persiapan majlis yang semakin hampir.

Insya-Allah, semuanya telah diselesaikan. Aku amat berharap majlis berjalan lancar dan dijauhkan dari segala keburukan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami…
Kami memohon restuMu, Berkatilah majlis kami…
Limpahkanlah barakah dan rahmat ke atas kami…
Jadikanlah rumanhtangga yang kami bina aman dan damai…
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah…
Serta berikanlah kami ketenangan di dunia dan akhirat…
Sempurnakanlah agama kami dengan ikatan ini…

Amin Ya Rabbal Alamin…

Hanya Padamu Ya Allah, Tempat Kami memohon…

No comments:

Post a Comment