Monday, November 29, 2010

Terselit kisah duka 2...

Sepanjang perjalanan ke tempat kejadian, aku bermunajat pada-Nya, Aku memohon semoga dia tidak parah. Ku cuba untuk menenangkan diriku sendiri…

Aku belum puas mengenalinya… Adakah benar kata orang tua-tua mengenai ‘Darah Manis’?

Sendirian ku berfikir…

Dalam ketidaktentuan jiwa ini, ku muhasabah diri. Ku sempat terfikir apakah yang akan orang lain perbuat jika berada di tempatku…

Telah cuba ku kawal hati dan diri ini untuk bertahan tetapi aku akhirnya tewas…

setibanya aku di tempat kejadian… Aku memarkir kereta di pinggir jalan…

kakiku lemah longlai…  Menggigil… Kuatkan Aku, Ya Allah…

Jiwaku rapuh dan air mata membanjiri kolam mataku… ku tahan daripada tumpah… Aku tidak mahu dia melihatku lemah… Aku harus kuat supaya dia boleh bersandar hidup padaku…

Ketika itu orang ramai telah mengerumuni kawasan X…

Ku lihat kereta yang dipandunya berada di tengah jalan… remuk... cecair hitam di atas jalan… tapi tidak ku kesan cecair merah berada di dalam kereta mahupun di jalan raya. Bagaimanakah keadaannya… Dalam keriuhan orang ramai, ku tilik wajah satu persatu… tiada yang ku kenali…

kesan kemalangan


Di manakah dia?

Tidak terlihat di mataku…

Takut… Itulah perasaan pada detik itu… Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini…

Ku gapai telefon bimbitku… Cuba ingin memanggilnya…

Aku: U, I dah sampai sini… U kat mana?

Encik JA: Jap

Aku memandang kosong ke seluruh kawasan… namun, tidak dapat mengesan di mana dia…

Encik JA: U…

Dalam keadaan aku termanggu di pinggiran jalan… ku terlihat dia... Keluar dari kawasan ladang kelapa sawit…

Alhamdulillah… Kecederaannya hanya sedikit di tangan…

Kalau dilihat pada keadaan kereta yang teruk memang tidak menyangka bahawa kecederaan yang dialami hanya luka kecil…

Aku: U OK ke?

Risau juga… Sayangkah aku padanya?

Dia hanya mendiamkan diri. Tanpa membuang masa,  Aku memaut lengannya dan membawanya ke kereta. Aku masih merasa pelik kerana tiada seorang pun di tempat kejadian membawanya ke klinik berhampiran…

Tiada perasaan simpati atau perikemanusiaankah mereka?

Aku membawanya ke hospital besar sejauh 20km. Sesampai di sana ku lihat ibu bapaku telah menunggu di kawasan pendaftaran kecemasan…

Adakah telah berakhir sebuah dugaan? Kuatkah aku sekiranya dugaan menjengah kembali?

No comments:

Post a Comment