Tuesday, December 21, 2010

Teratak baru...

Hujung minggu ini kami habiskan masa bersama di teratak yang bakal kami duduki pada tahun hadapan. Semoga penghijrahan ini membawa lembaran baru dalam kehidupanku.


Teratak yang disediakan untukku bagai istana untuk kami berdua melayari alam rumahtangga yang dilimpahi kasih sayang dan dilindungi Yang Maha Esa dari segala fitnah dan malapetaka. 


Terima kasih, Suamiku...


Pada tengah hari sabtu, selepas Mr Hubby habis kerja, kami bergerak ke Bandar P. 

Daerah yang cukup asing untukku...


Perjalanan kami dari Cheras mengambil masa hampir 45 minit. Banyak yang kami bualkan sepanjang perjalanan...


Dengan cara ini kami akan lebih memahami karakter masing-masing.


Bermulalah tugas kami untuk membersihkan teratak kami yang sederhana besar. Aku hanya melakukan tugas yang ringan berbanding Si Dia. 

Sekadar hiasan
Kerja-kerja mengelap lantai dan mengangkat barang ku serahkan padanya. Aku hanya membersihkan bahagian dapur yang dipenuhi sawang dan membasuh pinggan yang berhabuk di rak. 


Selepas selesai tugasku, aku menyambung membasuh pakaian yang selama seminggu terkumpul. Ini merupakan kali kedua aku menjalankan kewajipanku membasuh pakaianku sendiri dan suami. 


Sejak remaja, aku lebih suka berdikari membasuh pakaian sendiri berbanding menyuruh ibuku... Kerna dengan cara ini, aku lebih berpuas hati dengan hasil kerjaku. Bukan tidak menghargai dan memperlekehkan cara orang lain membasuh pakaianku, tetapi aku lebih menitikberatkan cara aku menyelesaikan sesuatu tugasan. Agar aku tidak kekok dengan kewajipan yang aku bakal lakukan jika aku menjadi seorang surirumah...


Hasilnya, memang terbaik. Aku menjadi seorang yang lebih prihatin dan bertanggungjawab...


Siap kerja pembersihan pada hari itu, aku dan Si Dia ke Giant Seri kembangan untuk membeli peralatan rumah yang tidak cukup...


Seronok membeli belah, pekerja dari syarikat perabot menelefon untuk menghantar tilam yang kami tempah seminggu lalu...


Malam itu, hidangan makan malam kami hanyalah maggi goreng dan air teh O. Hidangan yang ringkas tetapi katanya cukup menyelerakan... Buat masa ini, hanya itu yang mampu ku sediakan untuk suamiku...


Aku tersenyum sendiri...

Terima kasih, sayang, ucapnya... 

Setahu aku, Si Dia punya selera makan yang tinggi. Aku masih pelik kerana Si Dia mengatakan makananku sedap. 

Selesai makan, kami hanya menghabiskan masa menonton televisyen bersama sambil aku melayari Internet untuk mengemaskini akaun 'Facebook'ku dan blog yang telah lama aku tinggalkan sejak bergelar isteri...

Ku toleh di sebelah, suamiku telah terlelap... Ku renung wajahnya dan ku usap lembut rambutnya...

Dalam hatiku terdetik rasa sayang yang tidak berbelah bahagi... 

Malam itu kami tidur nyenyak akibat kepenatan kerna esok kami harus menyambung tugas yang harus diselesaikan sebelum pulang semula ke Cheras... 

No comments:

Post a Comment