Wednesday, December 15, 2010

Kalau Berpacaran

Sohaimi Mior Hassan ft Ana Raffali - Kalau Berpacaran


Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang



Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang


Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang


Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman


Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga


Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa


Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Note: Lagu kesukaanku... Maknanya sungguh tersurat dan memberi erti yang jelas untuk kita memahaminya... nasihat yang amat berguna yang pernah diambil dan digunakan olehku sebagai senjata agar maruahku tidak tercemar... Kepada Si Dia, Terima Kasih kerana menyunting diriku...

No comments:

Post a Comment