Monday, December 20, 2010

OMG, I'm Mrs, ok...

AHB... atau nama panjangnya Amanah Hartanah Berhad...

17 Disember 2010

Pagi itu aku bersiap awal... untuk mengikutnya ke Maybank Pandan Indah, Cheras. Tujuannya adalah untuk membuka akaun dalam Amanah Hartanah Berhad... Akaunku ditaja oleh suamiku. 


Alhamdulillah... Betapa ikhlasnya hati suamiku ini, Ya Allah...

Borang AHB
Apa yang terbaik untuknya, pasti dia tidak pernah melupakan diriku... Dia tidak pernah berkira denganku... Hartanya adalah hartaku...

Jadi aku perlu menjaganya sebaiknya... Kerna diriku juga merupakan hartanya...


Aku tidak pernah meminta dari-MU sebanyak ini... Tetapi Kau telah memberikanku anugerah yang tidak terhingga. Sebutir permata yang berharga... 


Terbibit rasa cinta untuknya... Dari benih ia bertunas menjadi pokok yang akan tumbuh subur... Ku harap begitu jua cintaku ini, Ya Allah... 


Semasa nak buka akaun ini, ada perkara lucu yang berlaku... 

Tubuhku yang kecil dan mungkin dari cara pemakaianku... Pegawai bank itu melihat aku seperti remaja...


OMG, I'm Mrs, ok...


Aku memandang pegawai bank tersebut dengan muka yang pelik...  kerna dia menghulurkan borang untuk membuka akaun kanak-kanak dan remaja... Ku pandang suamiku di sisi...


Si dia hanya tersenyum sumbing...


Geramnya....


Aku bertanya kepada pegawai itu, Encik, ini borang untuk akaun kanak-kanak dan remaja...?

Pegawai itu terdiam kemudian bersuara... Mungkin dia terlihat inai di jariku...


Pegawai Bank: Borang untuk akaun dewasa telah habis, Puan. Puan boleh gunakan borang untuk remaja. 

Mungkin dia nak 'cover' kesalahan yang dilakukan...



Aku: Hmm... so cara isi pun sama ke?

Pegawai Bank: ye sama... cuma puan perlu isi di petak pendaftar...

Aku: Terima kasih, Encik...

Kedua borang ku isi sama. Si Dia mengeluarkan not kertas seribu ringgit...

Terfikir di benakku, apakah tujuannya membuka akaun ini untukku sekali? 


Mungkin hadiah perkahwinan darinya buatku sebagai tanda aku adalah hartanya... Untuk kesenanganku di masa hadapan...


Info: AHB merupakan unit amanah saham berlandaskan Syariah yang akan membuat pelaburan terutamanya di dalam pemilikan benefisial hartanah-hartanah komersil yang terletak di pelbagai lokasi utama di Malaysia. AHB mempunyai saiz dana permulaan sebanyak 1 billion unit dan unit sedia ada ini adalah untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur Bumiputera dengan harga RM1.00 melalui mana-mana cawangan Maybank. 

AHB ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelabur-pelabur Bumiputera agar dapat turut serta mengambil bahagian di dalam memiliki hartanah-hartanah komersil perdana.

Maklumat lanjut sila pergi ke Maybank berhampiran.

No comments:

Post a Comment