Thursday, December 30, 2010

Perancangan... Yang Harus Dilaksanakan...

Arghh... penatnya seharian membersihkan rumah dari semalam... 

Dari kawasan luar sehinggalah ke bahagian dalam rumah... Setiap sudut harus dibersihkan kerana habuk dan sawang yang telah bermaharajalela. Aku mengambil bahagian membersihkan kawasan dapur... 

Hitamnya tapak kakiku... 

Menandakan lantai perlu dilap untuk kesekian kalinya...

Bila la agaknya nak siap ye... Perut da terasa lapar...
Mr. Sayang ditugaskan untuk membersih dan mengelap seluruh kawasan rumah... Dari tingkat atas hinggalah kawasan taman di dalam rumah di bahagian bawah...

Kerja-kerja pembersihan

Thanks Mr. Sayang kerna tidak mengeluh... Dan mampu menghadiahkan ku senyuman apabila berselisih denganku...

Sudut taman yang kecil cukup indah dan mampu menenangkan jiwa dijanjikan untukku... 

Mr. Sayang memang punya kepakaran dalam pengubahsuaian taman dan hiasan dalaman rumah. Aku hanya menjadi pemerhati setia yang menemaninya. Tidak kunafikan kerna sebelum ini aku pernah ke sebuah rumah kenalannya. Aku lihat kolam yang menempatkan ikan kap yang cantik. Dan mampu menghidupkan suasana tenang...

Setelah siap kerja-kerja pembersihan, kami berehat di ruangan TV bersebelahan dengan kolam ikan...

Tanpa sedar kami tertidur kepenatan...

Esok kami ada percutian indah... 

Aku yang mengaturkan segala penempahan bilik di kawasan kampung jauh dari kota. Tempat ini baru dibuka selama 3 bulan. Segala maklumat tempat percutian ini aku dapati dari surat khabar harian Metro. 

Mengikut perancangan, kami ingin bercuti ke kawasan Tanah Tinggi di Cameron Highlands tetapi tidak kesampaian kerna lewat seminggu sebelum ini, aku ada dengar di TV dan radio mengenai kemalangan ngeri di jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands.  

Kemalangan itu mengorbankan 27 orang penumpang bas daripada negara Thailand yang ingin bercuti di kawasan tanah tinggi itu. 

Sungguh tragik...

Perancangan ku ubah biarpun aku sempat menelefon ke salah satu hotel yang terdapat di Cameron Highlands yang menawarkan pakej bulan madu yang menarik serendah harga RM660 untuk 3 hari 2 malam. 

Mungkin tiada rezeki kami untuk kali ini, pujukku di dalam hati.

Malam itu kami tidur awal kerna esok kami akan berangkat ke kawasan kaki bukit yang tenang dan mendamaikan...
Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah kami dari sebarang malapetaka dan perkara-perkara yang buruk. Amin.

No comments:

Post a Comment