Thursday, December 30, 2010

Perjalanan Kehidupan... Aku Ingin Jadi Dewasa...

Untuk Majlis Perkahwinan yang telah  berlangsung, banyak duit yang telah dilaburkan. Setelah mengikutnya ke Kuala Lumpur, aku hanya duduk di rumah. Rezeki pekerjaanku belum tiba. Aku sememangnya tidak banyak karenah meminta itu dan ini kerna aku punya rasa malu. Jika dulu aku mampu menjana pendapatan sendiri dan membeli apa yang menjadi kemahuan tetapi kini aku perlu mengurangkan perbelanjaanku.


Diriku kini di bawah tanggungannya. Dia tetap memberiku nafkah zahir untuk perbelanjaanku seharian. 



Untuk meminta sememangnya mustahil. Tapi Dia bagai memahami. Biarpun dia tahu aku tidak membelanjakan pemberiannya itu. Kerna makanku, barangan keperluanku dan segala barangan rumah telah dia sediakan secukupnya.


Thanks, U..


Semoga rezeki kita bertambah, Insya-Allah. Amin, Ucapku di dalam hati. 

Perhubunganku dengannya masih di tahap suai kenal. Banyak yang perlu aku pelajari. Dan di aras permulaan perhubungan ini aku perlu menjaga sebaiknya. Tempoh 3 bulan pertama ini merupakan tempoh untuk kita membina kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan. Di sinilah kita akan dinilai.. 

Bagaimana perlakuan dan perbuatan sebelum ini harus kita titikberatkan. Biarpun dia telah menjadi suami yang sah. 
Jangan kita  mudah alpa walaupun kita masih muda remaja tetapi status kita yang telah berganti memerlukan kita menjadi lebih matang. Aku perlu banyak merubah. Dari tingkah laku, sikap dan sifat semula jadi. Jika dulu aku hanya menyediakan keperluan untuk diriku sendiri tetapi kini segala keperluannya juga perlu ku jaga.

Aku ingin jadi dewasa... 

Kewajipan isteri selain perlu patuh kepada suami, kita perlulah menjaga segala kebajikannya. Bukan hanya menyediakan makanan dan membasuh pakaiannya, tetapi penampilannya juga perlu kita ambil peduli. Aku akan cuba menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan sebaiknya.

Bimbingilah Aku...

Aku ingin jadi wanita sempurna di matanya...

No comments:

Post a Comment