Tuesday, December 21, 2010

Terkilan...

Jiwaku berperang sendiri... Hatiku tidak setenang hari-hari kelmarin... Ada sesuatu yang buat aku terkilan... 



Tampak wajahku tenang, tetapi di dalam hatiku bergelora...

Kadangkala apa yang kita buat secara sengaja atau tidak tanpa kita duga mendapat perhatian dari orang lain dan dari situ orang akan membuat kesimpulan sama ada yang baik atau buruk. Hari ini aku meluangkan masa melayari ruangan sosial peribadiku...


Bila ku buka ruangan 'chatting' aku disapa teman baikku...

Kesimpulan dari segala perbualan maya kami, dia menyatakan ketidakpuasan hati bila dia menyatakan dia adalah orang yang terakhir yang tahu mengenai majlis perkahwinanku dan aku tidak menjemputnya hadir...

Ya Allah, apa yang aku telah buat ini...? Terukkah aku?

Kad dan sampul yang dicetak atas namanya memang tidak sempat untukku pos dan masih selamat dalam simpananku. Seingat aku, aku pernah menelefonnya dan menjemputnya ke majlis bahagiaku... Aku amat mengharapkan kehadirannya. Tapi apakan daya, dia menyatakan dia ada kursus yang dianjurkan oleh syarikatnya... Aku menerima segala alasan kerna aku tahu setiap orang punya tanggungjawab untuk meneruskan kehidupan... Dan dia juga ada menyatakan jika dia punya masa dia akan pulang untuk menghadiri majlisku.


Sebelum ini ada majlis kenalan rapatku juga,K... Kad K tidak diterima kerana dia bermastautin di negeri S. Dan kad bertinta emas itu ada dalam simpananku hingga kini. Aku hanya menyampaikan pesanan itu lewat panggilan telefon. Suatu hari aku berkesempatan untuk melihat foto-foto sekitar Majlis Perkahwinan K. Aku melihatnya di foto kenangan di Majlis Perkahwinan K. Dia hadir di majlis itu.


Bila ku tanya, kenapa dia boleh hadir sedangkan perkara sama juga berlaku...?

Tidak mendapat kad undangan...


Katanya K menelefonnya meminta dia hadir...


Adakah aku tidak bersungguh-sungguh menelefonnya setiap hari, minggu atau bulan sebelum majlisku...?

Mungkin kerana aku tidak berkesempatan membalas mesejnya di telefon bimbitku pada suatu petang...

"ko ada kat mana"?

Waktu itu aku bersama tunangku yang kini suamiku... Menyelesaikan urusan perkahwinan... Ke sana dan ke mari... Bertemu orang itu dan ini hingga aku terlupa...


Maafkan aku sahabat kerana mengabaikan mesejmu dan tidak prihatin padamu...


Aku telah berubah seperti katanya...


Berubahkah aku? Aku manusia yang sama... Yang merendah diri bila berteman... Aku tidak seperti yang lain yang suka membanding-bandingkan barangan yang dimiliki, jenama pakaian, kasut atau beg tangan dan sebagainya... 


Aku manusia yang bersederhana... Dan aku menghormati sahabat-sahabat yang aku miliki...


Semasa majlisku, aku pernah disapa oleh salah seorang kenalan, adakah aku tidak menjemput sahabatku ini hingga dia terasa hati dan merajuk hati denganku...?


Aku hanya mendiamkan diri...


Kerna tidak semestinya jika kita bersuara, masalah akan selesai... Jalan terbaik adalah tidak memberikan sebarang kenyataan... Perkara ini akan diselesaikan dengan cara yang terbaik... Fikirku...


Aku tidak mahu hubungan yang terbina selama hampir 20 tahun terputus hanya kerana perkara ini...


Pada malam selepas persandinganku sekali lagi aku ditanya oleh ibu mengenai perkara yang sama. Dan ibu menyatakan dia ada pulang tetapi dia menyatakan pada jiranku yang dia tidak dijemput ke majlisku?


Hatiku hancur... Kenapakah aku difitnah sedemikian rupa...?


Hari ini pula aku perlu menghadapi setiap kata-katanya... segala luahan hatinya...


Pedih hatiku bagai ditusuk belati tajam...

Dia menangis... Aku jua menangis dan memikirkan hal yang sama...


Sebelum aku mengakhiri perbualan dengannya, aku mohon maaf jika ada keterlanjuran yang telah aku lakukan secara sengaja atau tidak... Aku juga ada memberi sedikit pesanan untuknya kerna suatu masa nanti dia juga akan merasai situasi yang pernah aku lalui ini. Bila kita rasa tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan sesuatu biarpun kita punya niat untuk melakukannya... 


Aku doakan kebahagiaan untuknya... 


Maafkan daku kiranya jika suatu masa nanti aku juga tidak dapat hadir ke majlisnya kerna bukan aku berkecil hati atau ingin membalas... Cukuplah kiranya untuk dia tahu, aku amat menyayanginya, sahabat dari kecilku baru belajar melihat dunia...


Terkenang zaman kecilku dengannya... bermain masak-masak bersama... memanjat di pohon jambu hingga melepasi ketinggian bumbung rumah... 


Aku tersenyum dalam sendu...


Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada menzalimi orang lain atau dizalimi. Aku juga berlindung kepada-Mu drpd kesusahan, kesedihan, kelemahan, kemalasan, kebakhilan, belenggu hutang dan kejahatan orang lain.

Terima kasih atas segalanya... Mungkin aku pernah terlupa, ingatkahlah aku... Aku manusia biasa...

No comments:

Post a Comment