Wednesday, December 15, 2010

Tik... Tik... Tik...


Tik…tik…tik…
Waktu berdetik

Tak mungkin bisa ku hentikan
Maumu jadi mauku

Waktu berdetik… resah di hatiku kian tenang…

Segalanya berjalan terlalu pantas...  Dari bulan menjadi minggu dan kini aku menghitung hari... Lagi seminggu aku akan jadi permaisuri dalam hidupnya… Cukupkah aku persiapkan diri ini untuknya?

Hatiku berbisik, Ya… aku bersedia untuk menjadi ratu di hatinya…

Segala persiapan telah ku rapikan… Tanpa pertolongan sesiapa aku mampu lakukan yang terbaik… Supaya tiada cacat cela dalam majlisku… Apa sahaja yang terlintas di fikiranku, akan aku sediakan…

Duduk bersendirian di kamar yang telah dihias hasil kreatifku sendiri, aku termenung… mengenangkan kembali saat-saat perkenalan kami…

Indah… Itu yang mampu ku simpulkan… itulah jodoh ketentuan Ilahi...

Perkenalan kami mengambil masa yang singkat sebelum kami disatukan sebagai tunangan di majlis yang sederhana…

Dan masa yang diberi selama 6 bulan, sememangnya pendek untuk kami saling mengenali hati budi masing.

Hanya kepercayaan antara satu sama lain yang mengukuhkan hubungan kami…

Aku adalah insan biasa yang juga memerlukan perhatian… Dan Dia tidak pernah mengabaikan perasaanku… Dan menjaga hatiku sebaiknya…

4 hari sebelum majlis, aku dibantu oleh kakak iparku menyediakan doorgift untuk tetamu yang hadir. Dia bagaikan tangan kanan untukku… Segalanya dia lakukan dengan kudratnya…

Ikhlas... Itulah sinar yang terpancar di wajahnya... Aku rasa sungguh bertuah memilikinya sebagai kakak... Biarpun bukan dari darah dagingku...

Aku bagaikan pengarah yang merencanakan segala program yang akan berjalan… Aturcara majlis telah ku edarkan kepada mak andam, jurugambar dan dj yang terlibat. Aku tidak mahu majlisku menjadi kucar kacir dan berserabut… disebabkan tiada perancangan yang cukup teratur...

Bagaimana pula dengan si Dia? Adakah dia sudah cukup segala persiapan fizikal dan mental? Kerna Dia yang akan menjadi penaung dalam rumahtangga yang akan kami bina bersama? Menjadi nakhoda yang akan mengemudi  bahtera mengharungi onak dan ranjau kehidupan?

Ya Allah… Permudahkan urusan kehidupan kami… Ku panjatkan kesyukuran atas pertemuan yang direncanakan oleh-Mu, Ya Allah... Ku memohon hanya kepada-MU dan dengan izin-MU, Ya Allah... Agar majlis kami di bawah lembayung rahmat-MU...  Amin...

No comments:

Post a Comment