Wednesday, January 19, 2011

SIMPTOM YANG WAJAR DIAMBIL PERHATIAN

Sakit kepala yang teruk?
Mengantuk ketika matahari naik?
Gelap mata?
Lemah badan?
Suhu badan naik mendadak?
 Sakit di bahagian tengah abdomen?
Sakit bahagian bawah abdomen? 
Merasa sakit di buah dada dan puting?
Kerap buang air kecil?


TAHNIAH!!!

Jika anda mengalami simptom-simptom atau gejala seperti di atas, berkemungkinan anda HAMIL biarpun haid anda pada bulan itu belum terlewat.

Kadangkila kita tidak perasaan atau mengetahui sekirannya kita hamil mungkin kerana ini pengalaman kali pertama anda menjadi ibu atau kita tidak merasa perubahan hormon yang berlaku dalam badan.

Tidak semua wanita yang hamil akan mengalami 'morning sickness' yang teruk seperti muntah-muntah, sakit semasa kencing, mudah merasa dahaga dan sebagainya.

Bagi mereka yang tidak mengalami gejala-gejala seperti di atas, anda juga harus menjaga kesihatan dan lebih prihatin. Bukan bermaksud anda merasa sihat, anda boleh menjalani aktiviti lasak seperti biasa. 

PITAM ATAU PENGSAN

Ketika anda bangun dari tidur, sebaiknya anda mengiring terlebih dahulu sebelum bangun atau berdiri untuk mengelakkan anda pitam. Duduk di tepi katil selama 5 minit. Ini kerana ketika hamil, tekanan darah akan menjadi rendah berbanding sebelum hamil. Ia berpunca daripada sistem peredaran darah ibu hamil. ibu hamil juga akan mengidap sakit kepala yang kerap.

MUDAH DAHAGA

Anda dinasihatkan untuk meminum lebih air masak untuk mengelakkan penyahhidratan atau kencing manis ketika hamil. Gejala seperti ini akan menyebabkan risiko bagi anda dan bayi anda.

AKTIVITI LASAK

Anda dilarang menjalani aktiviti lasak kerana pergerakan yang agresif akan menyebabkan peranakan anda jatuh dan mengepit pundi kencing. Dan ia akan menyebabkan anda merasa sakit ketika membuang air kecil. Mengikuti perjalanan jauh juga boleh mengakibatkan peranakan anda jatuh. Anda dinasihatkan untuk tidak mengikuti perjalanan jauh ketika awal kehamilan. Ia boleh menyebabkan anda keguguran dan mengalami komplikasi.

video
 Proses Kehamilan hingga kelahiran

Saat terindah selepas sebulan lebih diijabqabulkan sebagai sepasang suami isteri yang sah, aku disahkan HAMIL 5 minggu.

Alhamdulillah...

Ku panjatkan kesyukuran Pada-MU. 

Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan yang Kau berikan untuk Kami.

Penghargaan yang tidak terhingga. Doaku termakbul.

Aku bahagia, Ya Allah.

Akan ku jaga sebaiknya amanah-MU ini. 

"Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang saleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur"
(Al-A'raf : 189)

Tuesday, January 11, 2011

BERITA BAIK

Semalam 10/01/2011
Cukup sebulan perkahwinan Kami...

Alhamdulillah...
Semalam juga kami dapat berita baik...
 Pulang sahaja Mr. Hubby ke rumah...
Kertas putih A4...
Dihulurkan padaku...

Tercatat di atasnya
KENAIKAN GAJI

Syukur
Berkat dan rezeki perkahwinan...
Seperti kata orang tua-tua...

Bila pula rezeki kerjaku akan sampai...
Kerja Oh Kerja...
Merata tempat telah ku cari...
Tapi x kunjung tiba...

Moga tahun baru ini membuka pintu rezeki...
untukku dan dirinya...

Wahai hati...
Tabahlah... Bersemangatlah...
Pasti ada rezeki untukku...

Semoga Mr. Hubby menjadi pekerja contoh yang berdedikasi...
Menyumbangkan keringat dan idea...
Dengan penuh tanggungjawab...
Amin...

Dari Selangor ke Cyberjaya ke Putrajaya...
Telah ku cari...
Usaha Tangga Kejayaan...
Jangan Putus asa...
Berjuanglah hingga ke titik akhir...

Friday, January 7, 2011

THE TOURIST...

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, hari ini gelaplah 4 minggu perkahwinan kami. Langsung tidak terasa sudah sebulan kami hidup bersama.

Alhamdulillah aku bersyukur setakat ini kami tidak diduga dengan pertengkaran dan sebagainya. Setiap hari yang dilalui terasa indah. 

Insan yang aku kenali tidak begitu lama mampu membahagiakan kehidupanku kini.
Apa yang ingin aku buat hari ini ye untuk menggembirakan Mr. Hubby?

Masak makanan kegemaran? 

Oh ya, idea hebat juga.

Mindaku berputar laju memilih menu khas untuknya.

Ikan masak asam pedas Muar dengan bendi...


Akhirnya jadi juga asam pedas aku ini. Memang sedap dimakan dengan nasi panas.
Memang hingga menjilat jari la.

Alhamdulillah berjaya juga aku masak. 

Lepas makan kami bersiap untuk keluar.
Yeay... dating lagi...

Dah siap pakai cun-cun kena tukar pakaian la pula.

Katanya pakaian ku tidak kena dengan tema.

Naik atas kembali menyarung jeans dan t-shirt lengan panjang sahaja.

Cadang nak tengok wayang tapi tak sure citer apa.

So sampai IOI Mall Puchong baru decide.


Akhirnya aku decide tengok citer The Tourist lakonan Angelina Jolie dan Johnny Deep.


Aku memang minat dengan bakat lakonan aktor dan aktres yang berlakon dalam filem ini. Mulanya ingat love story rupanya mengenai agen perisikan yang jatuh cinta dengan pencuri.

Tapi bukan pencuri biasa tetapi pencuri duit gengster. Pencuri ini, Alexander Pearce menyamar menjadi cikgu Matematik. Dia pun tak tahu yang awek dia agen perisikan. Miss Elise ni pencinta sejati kepada Si Alexander tapi dalam masa sama dia jatuh cinta dengan guru Matematik, Mr. Frank Tupelo.

Pertemuan itu sebenarnya telah dirancang. Si Kekasih Miss Elise ini telah buat pembedahan plastik ke atas muka, peti suara dan ketinggiannya dan menyamar.

Jalan cerita yang menarik. Tapi mungkin bagi aku la yang meminati kisah cinta. 
Sepanjang menonton, ada juga aku jeling Mr. Hubby kat sebelah, cam boring je muka except masa sedang scene kejar-mengejar.

 

Dalam filem, aku minatlah sangat dengan baju yang dipakai oleh Si Angelina ini masa berdansa. Menawan... 


Dengan dandanan rambut yang disanggul.

Kepada sesiapa yang belum berkesempatan untuk lihat filem ini, tidak rugi menonton.


Filem ini dibuat di bandar romantika Venice, Itali. 

Sempat juga berangan, Bestnya jika dapat bulan madu di sana. Menaiki bot di terusan sambil mendengar nyanyian lagu Perancis oleh Si Pengemudi. 



Lewat malam kami sampai di rumah. Indahnya malam ini.


OoOo... BALIK KAMPUNG...

Setelah hampir tiga minggu aku bertapa di hutan batu ini, aku kembali ke kampung halaman...

Seronoknya... Jumpa bonda yang telah ku tinggalkan...

Rindunya...

Malam sebelum tidur aku mengemaskan pakaian yang perlu dibawa. Sampai tidak sedar diperhatikan oleh Mr. Hubby.

Macam budak-budak yang tidak sabar untuk pulang ke kampung bertemu atuk dan nenek. Hanya perkataan bonda dan ayahanda yang terluah di bibir.

Sesekali aku bernyanyi riang.

Pukul 8.00 pagi aku dan Mr. Hubby bergerak dari bandar P menuju ke Selatan. Sepanjang perjalanan aku langsung tidak melelapkan mata. Terasa tidak sabar untuk mendakap tubuh itu.


Di samping bertemu bonda dan ayahanda, aku ada misi yang perlu diselesaikan iaitu 'Outdoor photoshoot' yang tidak sempat dihabiskan.


Semasa dalam perjalanan Bonda menelefonku seolah-olah tahu akan kembara perjalanan kami ini.

Bunyi bising. Kat mana ni, kata Bondaku.

Dalam kereta nak pergi jalan-jalan. Cari senduk kayu.

Tidak terniat di hati ingin menipu. Sekadar ingin membuat kejutan. Pasti tambah seronok jika Bonda melihat aku di depan matanya nanti.

Memang mencari senduk kayu merupakan salah satu agenda kami pulang ke sana. Bukan tidak ada di kawasan petempatan kami. Cukuplah ia boleh dijadikan barang kenangan yang boleh mengingatkan kami suatu masa nanti.

Mr. Hubby bercuti selama tiga hati, jadi dapatlah aku melangsaikan hutang rindu kepada Bonda, Ayahanda dan adikku.


Setelah hampir 4 jam perjalanan, kami sampai ke destinasi yang ditujui. Enjin kereta terus dimatikan setelah tiba di perkarangan rumah supaya tiada siapa yang sedar akan kehadiran kami.


Assalammualaikum...


Salamku disambut dari dalam rumah.


Waalaikummusalam, sahut Bondaku.

Lantas aku diraih ke dalam pelukkannya. Inilah saat yang ku nantikan berada dalam dakapannya. Pelukkan hangat ini yang amat ku rindukan.

Pipi tua itu kukucup lembut. 

Rindunya, kataku.

Ku lihat tinta jernih berada di kolam matanya. 

Mr. Hubby hanya melihat keadaan itu dan senyum padaku. Bagai memberiku masa menikmati saat-saat indah itu.

Lama kami berpelukkan sebelum Bonda menyambut tangan Mr. Hubby dan dikucup pipi suamiku.





Terleraikan rasa rindu yang ku tanggung selama ini. Seandainya ada masa pasti aku akan pulang ke pangkuanmu, Bonda. Aku amat menyayangimu. Kasih sayangmu tiada nilainya.

MASAKAN PERTAMA... KEDUA... KETIGA DAN SETERUSNYA...

Pada malam ini aku berpeluang mempelajari memasak salah satu makanan kesukaanku dan Si Dia.

Sememangnya dari dulu aku amat menyukai makanan Barat seperti 'spagetti, grilled chicken chop dan mixed grilled'. Di samping itu, aku menyukai sup daging dan ayam.

Daging ayam dan daging dimasak separuh mentah menepati dengan campuran salad dan 'french fries'...

Jika dulu sebelum berumahtangga, jika aku, dia mahupun keluargaku punya masa pastinya kami akan makan di Restoran F1 yang terletak bersebelahan McDota di Segamat untuk menjamu selera. 


Menu yang ditawarkan cukup menarik dengan harga yang murah. Sebelum ini aku tidak berkesempatan untuk memasakkannya apa-apa hidangan.


Malam itu, dia selaku sifu mengajarku masak Sup ayam spesel Kedah. Rasa masam menambah kesedapan pada sup itu. Seronok rasanya dapat makan dari hasil air tangan sendiri buat Mr.Hubby.

Keesokannya, aku belajar memasak spagetti bolognese.

Segala barang keperluan telah ku sediakan.  Kami hanya menggunakan Sos prego kerana berasa was-was untuk menggunakan produk jenama lain. Kerna sebelum ini aku pernah terbaca info yang menyatakan terdapat salah satu jenis sos yang digunakan untuk membuat spagetti ada campuran daging 'babi' cincang.

Kata Mr. Hubby, jika kita rajin ke dapur pasti kita akan pandai masak. Insya Allah, moga aku pandai masak dan lebih cekap di dapur.

Subuh itu, seperti biasa aku bangun awal sekitar 6.30 pagi dan setelah usai solat aku turun ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan pagi yang ringkas tetapi tetap mengikut citarasa Mr. Hubby...

Aku menumis kacang panggang bersama bawang besar kuning, telur masak hancur (scrambled egg), roti bakar, madu dan air kopi kaw.
Itu sahaja sudah cukup untuk memuaskan kehendak pemakanannya.

Seperti yang dijanjikan

Sepulangnya dari Bulan madu yang indah, pada petang itu, Mr. JA mengotakan janjinya. Taman kecil yang indah telah siap untukku. Ianya terletak di kawasan dalam rumah. Hanya ikan sahaja yang perlu untuk menghidupkan taman itu.

Aku yang keseorangan bila ketiadaannya ketika kerja, kadangkala sunyi. Jadi semoga dengan adanya kolam bersama ikan-ikan kecil akan menghiburkanku.

Pada petang itu, kami pergi ke kedai akuarium berhampiran untuk membeli ikan dan peralatan yang perlu digunakan untuk penyelenggaraan kolam itu.

Inilah teman baru aku di rumah bila sunyi... Ada tiga ekor semuanya, Miki, Mini dan Mimi.


Mimi adalah ikan kepunyaan aku yang teramat hiperaktif dan boleh dikatakan gedikss... Berwarna merah putih. Suka ke sana dan ke mari. Tidak boleh duduk diam. 


Lucu tengok bila si Mimi menjadi ketua dan berenang tidak tentu hala manakala si Miki dan Mini hanya mengikut dari belakang.

Rasa bosan bisa hilang bila melihat keletahnya.

Aku tertawa sendiri...



 


Thursday, January 6, 2011

Dinginnya Pagi Di Suria Hill...

Jika dulu tika duduk di kampung pasti terdengar suara ayam jago yang berkokok nyaring... 

Sejak di duduk di bandar, aku seakan-akan merindui bunyi itu...

Pagi ini ketika aku mencelikkan mata, aku terdengar sayup-sayup si jago berbunyi dari perkampungan berhampiran...

Seakan-akan berada di kampung halaman...
Kedinginan pagi dengan air pancuran di bilik mandi membuatkan aku menggigil kesejukkan.



Tanpa penghawa dingin atau kipas, suasana pagi di sini cukup untuk membuat aku seperti mayat. 
Sejuknya terasa hingga ke tulang hitam.

Selepas solat Subuh, niat di hati ingin tidur kembali. Tetapi bila difikir, percutian ini akan menjadi tidak bermakna jika aku tidak mencipta kenangan. Ku gagahi diri mencapai 'sweater' dari dalam almari.


Berpimpinan dengannya di awal pagi menghirup udara yang segar di kawasan dusun. Sudah cukup buat aku bahagia.


Kabus masih menyelubungi kawasan lembah ini...


Ku susuri jalan tar itu menuju ke sungai. Melihat keindahan alam ciptaan Allah.


Terima kasih Ya Allah yang telah mengurniakan aku mata untuk melihat alam ini yang indah, memberikanku telingan untuk mendengar siulan makhluk ciptaan-Mu yang terbang bebas di awan biru, dan memberiku sekeping hati untuk menyayangi dan rasa di sayangi.

Sungguh cantik alam ini. Manusia diberi tugas menjaga setiap ciptaan-Mu.










Setelah meninjau kawasan sekitar, kami singgah di Bunga Padi Cafe untuk menikmati sarapan pagi. Biarpun hanya terdapat 6 orang pengunjung, tetapi pihak Suria Hill tetap menyediakan juadah yang pelbagai jenis seperti bihun goreng bersama telur, murtabak daging, roti dengan pilihan jem strawberi dan blueberry.


Sungguh menyelerakan dan membangkitkan rasa lapar.



Sedang enak menjamah hidungan, tekakku mula terasa semacam.


Tanpa berkata apa-apa kepada Si Dia aku meninggalkannya di meja makan dan mencari sesuatu tempat yang bisa buatku lega.


Pintu tandas ku buka. Lega sungguh setelah mengeluarkan segala isi perutku.


Sayangnya...

Aku tidak berselera untuk menyambung makan kembali. 

Ku rasa mahu baring sahaja di bilik. Tetapi Si Dia menyuruhku makan untuk menggelakkan perutku masuk angin. 


Aku hanya minum segelas susu bersama conflakes yang disediakan.


Mungkin perutku masuk angin kerna aku hanya menjamah sedikit sahaja spagetti malam tadi. 


Kembali ke bilik, aku mengemas segala pakaian kerna pada tengah hari ini kami akan kembali ke bandar P kembali.


Percutian ini amat indah buataku dan dia. Semoga kebahagiaan yang kami kecapi ini akan kekal hingga ke akhir hayat kami. 

Sebelum kami pulang, aku sempat bergambar bersama petugas yang memberikan layanan terbaik buat aku dan aku juga ada memberinya buah tangan berupa cenderahati ketika majlis perkahwinan aku. 


Terima Kasih semua yang berada di Suria Hill Country House dan penduduk kampung Janda Baik yang sempat dikenali.

Suria Hill Country House 
Janda Baik, Pahang,
Lot 8567, Kampung Janda Baik, 
28700 Mukim Bentong,
Bentong, Pahang.
T +609 233 0003 F +609 233 0506 
E: sales@suriaresorts.com
W:http://www.suriaresorts.com/jandabaik/index.php

Wednesday, January 5, 2011

Malam Bulan Madu

Jam tujuh malam, aku telah siap untuk menunaikan solat... Hanya menunggu azan yang berkumandang di televisyen.

Busana untukku pakai pada malam ini telah ku gantung di sudut kamar siap bergosok. Pakaian Mr. Hubby juga telah ku sediakan di atas ranjang...

Tema yang ku pilih untuk malam ini adalah warna kuning...

Usai solat, aku sarungkan busana ke badanku. Masih nampak 'slim' seperti dulu. Tiada perubahan langsung ke atas diriku. 


Pernah ku cuba baju kebaya ketika umurku 12 tahun... Masih muat...

Seperti kata orang, lepas kahwin badan pasti akan naik. Tapi bagiku macam mustahil. Dan kata-kata itu tidak boleh digunapakai.

Baru-baru ini aku timbang berat badanku turun 1kg...

Selepas siap berdandan ringkas aku hanya menunggu di kamar.

Memandang resort ini masih baru dan tidak menyediakan pakej bulan madu yang khas seperti resort-resort mereka yang lain seperti di Cherating , Pahang jadi aku tidak terlalu mengharap makan malam bercahayakan lilin. 


Petugas resort juga menyatakan dia tidak dapat untuk menyediakan lilin.Tapi dia akan cuba buat sesuatu...


Tidak apalah mungkin bulan madu kami yang akan datang... Insya Allah, pujukku di dalam hati.


Tepat pukul 8 malam, telefon berdering...


Puan, makan telah siap. Puan boleh turun sekarang...

Terima kasih, jawapku lembut.

Biarlah makan malam ini ringkas, tapi aku tetap berpuas hati kerna Si Dia ada di sisi. 

Aku turun dari bilik bersama Si Dia berpegangan tangan. Kepala ku lentokkan ke bahunya...

Sampai di ruang makan yang disediakan, aku terkesima dengan kejutan yang diberikan...

Petugas yang setia, Fyda tersenyum dan menyapa kami...

Puan, boleh tak macam ini?

Boleh. Terima kasih Fyda.

Juadah telah tersidang di atas meja yang siap dihias dengan kuntuman mawar putih dan merah dan taburan bunga mawar merah jambu...


Cantik...

Lampu neon bercahaya suram menggantikan lilin... Masih mampu membangkitkan suasana romantis...

Si Dia menarik kerusi di hadapanku dan mempelawaku duduk...
Aku hanya memberikan sebuah senyuman untuknya dan duduk dengan cermat...

Si Dia membaca doa makan...

Dan kami menikmati hidangan itu dengan iringan muzik romantis...

Spagetti mushroom
Setelah menghabiskan hidangan, kami berbual-bual di kawasan taman. 

Apakah perasaanku ketika itu?

Aku rasa sungguh indah. berjalan berpimpinan tangan dengan seorang lelaki yang bernama suami.

Adakah ini cinta sejati yang terbit selepas kahwin...

Kepada Fyda, terima kasih atas makan malam yang indah ini...

Tuesday, January 4, 2011

Destinasi Bulan Madu Impian... Kembali ke Dakapan Alam...

Hampir 12.30 tengah hari, kereta yang dipandu melewati kawasan yang ingin dituju...

Inilah destinasi bulan madu kami... Suria Hill Country House, Janda Baik, Pahang... Tempat yang telah ku riki sejak beberapa hari lepas...

Tersergam Indah
Sibuk menelefon sana sini untuk membuat penempahan...

Aku memilih kawasan lembah ini kerana ingin merasai suasana kampung yang masih menghijau dan jauh daripada hiruk-pikuk motor dan kereta dan hutan batu di kota.

Bayangkan anda berada di kawasan yang tenang, ada sumber air semulajadi yang mengalir dingin menampar lembut di  kaki anda, pasti teruja.

Inilah impianku...

Sejak dulu aku memang sukakan kawasan hutan... Jika dulu masa aku belajar di kolej swasta di Ibukota aku rajin menjengah di hutan simpan di kawasan Gombak untuk menenangkan jiwa setelah seminggu berulang alik ke kolej. 

Kedatangan kami disambut oleh gadis cantik bertudung dan melemparkan senyuman manis buat kami...


Dia sempat mengenalkan dirinya, Fyda...

Dia merupakan anak jati kampung itu. Mungkin berumur lebih kurang denganku... Namun dia tetap memanggilku Puan.

Kami sempat berlegar-legar di sekitar kawasan resort dan mengambil gambar untuk dojadikan kenangan...

Rekabentuk bangunan berkonsepkan tradisonal dan moden kontemporari menyambut kedatangan kami
Di hadapan 'entrance'
Suria Hill Country House
Dari tepi kolam


Bilik kami telah siap dirias... Adakah aku dapat bilik yang aku impikan seperti permintaaku...

Aku ni memang banyak songeh sikit orangnya. Inginkan itu dan ini supaya percutian ini sempurna dan terbaik... Segala aspek ku ambil kira. Bermula dari pakaian yang ingin dipakai, kamar tidur, tempat makan dan segalanya yang mungkin orang lain anggap ianya remeh...


Resort ini baru dibuka kepada umum baru 3 bulan. Tidak ramai yang tahu, di kawasan pedalaman kampung, terdapat resort yang berkonsepkan tradisional dan moden kontemporari ini... Aku sememangnya meminati senibina sesebuah bangunan


Aku telah jatuh cinta dengan tempat ini... 


Sesuai dengan cita rasaku...

Bilik yang bakal kami bermadu kasih bernama KASTURI...

Wow... Unik dan menarik...


Biarlah cinta kami seharum kasturi... bauan dari Syurga...

Tika pintu dibuka, ku lihat katil beradu yang tersergam indah...

Sangat menarik... Kawasan bilik yang kecil tapi mampu membangkitkan suasana romantik...


Ranjang

Dari balkoni bilik


Aku menghempaskan badan ke ranjang... 

Sungguh empuk tilam ini...

Perutku bernyanyi lantang... Minta diisi...


Tekakku terasa ingin makan makanan Barat... Grilled Chicken dengan air epal susu...


Pasti syiok...

Sebelum sampai ke resort, aku terlihat di kiri jalan terdapat warung makanan Barat di dalam kampung ini.

Aku mengajaknya ke gerai makanan itu… Jangan disangka perkampungan yang jauh dari Bandar tidak punya CafĂ© yang menawarkan makanan Barat.

Andaks Cafe
Dalam diam aku kagum…

Aku sempat melihat dekorasi dalamannya… Sangat menarik…  Bertiangkan buluh yang divarnis…

Kedatangan kami disapa oleh salah seorang pemilik gerai itu. Dia menyatakan gerai telah ditutup dan tidak menerima sebarang ‘order’…

Mungkin mereka ingin menyaksikan perlawanan bola sepak piala suzuki AFF yang melibatkan pasukan Malaysia menentang Indonesia pada malam ini secara langsung di Stadium Bukit Jalil. Malaysia masuk ke akhir setalh hampir 2 dekad kecundang dalam arena bola sepak Asia.

Sedihnya… Kempunan aku…

Memandangkan kami harus juga menjamah sedikit makanan kerna perutku harus diisi, ku teruskan jua melangkah ke warung berdekatan…

Aku mengambil juadah untuk santapan Mr Hubby dan diriku sendiri yang hanya tinggal sedikit.

Kami juga ada memesan burger di gerai berhampiran untuk dibawa piknik petang ini di tepian sungai Pulau Santap.

Usai makan kami kembali ke resort merehatkan diri sebentar dan menunaikan kewajipan pada Yang Maha Esa.

Jam 4.15 petang kami turun untuk bermandi-manda di sungai yang terletak di bahagian belakang resort. Kami berjalan hampir 5 minit dari bangunan utama resort.

Aku memberanikan diri mencecahkan kaki ke gigi air… Sejuknya meresap hingga ke tulang hitam…

Air sungai Pualu Santap...
Kejernihan air sungai
Pohon yang meredupkan kawasan mandi manda
Ya Allah, dingin sungguh air sungai ini…

Aku hanya duduk berteleku di atas batu besar memerhati dari pinggir tebing menemani Mr Hubby mandi tanpa berbaju…

Tak sejuk agaknya dia ini, kataku di dalam hati…

Sedang asyik menghayati irama rimba oleh sang unggas, khayalku diganggu…

Percikkan air sungai mengejutkan lenaku di siang hari…

U, sejuklah…, kataku…

Aku menyimbah air ke badannya…

Bagaikan anak remaja yang sedang asyik diulit cinta… Bagai hanya kami berdua di situ.

Siulan sang burung menyanyi-nyanyi riang menyapa gegendang telingaku… Aku tercari-cari…

Nun jauh di perdu pohon kayu yang rendang…

Lalang di tepian sungai meliuk lentuk disapa sang bayu…

Aku kembali hanyut dalam dunia khayalanku…

Kami menghabiskan masa petang itu bergurau senda dan berbicara dari hati ke hati.

Awana jingga di langit membuatkan kami tersedar malam kian menjelma. Tirai petang kian berlabuh. Kami berkemas untuk pulang ke resort kerna malam ini kami ada janji temu yang istimewa.

Hari ini cukup indah untuk dilupakan dan terselit indah dalam lipatan memori kehidupan kami.