Thursday, January 6, 2011

Dinginnya Pagi Di Suria Hill...

Jika dulu tika duduk di kampung pasti terdengar suara ayam jago yang berkokok nyaring... 

Sejak di duduk di bandar, aku seakan-akan merindui bunyi itu...

Pagi ini ketika aku mencelikkan mata, aku terdengar sayup-sayup si jago berbunyi dari perkampungan berhampiran...

Seakan-akan berada di kampung halaman...
Kedinginan pagi dengan air pancuran di bilik mandi membuatkan aku menggigil kesejukkan.



Tanpa penghawa dingin atau kipas, suasana pagi di sini cukup untuk membuat aku seperti mayat. 
Sejuknya terasa hingga ke tulang hitam.

Selepas solat Subuh, niat di hati ingin tidur kembali. Tetapi bila difikir, percutian ini akan menjadi tidak bermakna jika aku tidak mencipta kenangan. Ku gagahi diri mencapai 'sweater' dari dalam almari.


Berpimpinan dengannya di awal pagi menghirup udara yang segar di kawasan dusun. Sudah cukup buat aku bahagia.


Kabus masih menyelubungi kawasan lembah ini...


Ku susuri jalan tar itu menuju ke sungai. Melihat keindahan alam ciptaan Allah.


Terima kasih Ya Allah yang telah mengurniakan aku mata untuk melihat alam ini yang indah, memberikanku telingan untuk mendengar siulan makhluk ciptaan-Mu yang terbang bebas di awan biru, dan memberiku sekeping hati untuk menyayangi dan rasa di sayangi.

Sungguh cantik alam ini. Manusia diberi tugas menjaga setiap ciptaan-Mu.










Setelah meninjau kawasan sekitar, kami singgah di Bunga Padi Cafe untuk menikmati sarapan pagi. Biarpun hanya terdapat 6 orang pengunjung, tetapi pihak Suria Hill tetap menyediakan juadah yang pelbagai jenis seperti bihun goreng bersama telur, murtabak daging, roti dengan pilihan jem strawberi dan blueberry.


Sungguh menyelerakan dan membangkitkan rasa lapar.



Sedang enak menjamah hidungan, tekakku mula terasa semacam.


Tanpa berkata apa-apa kepada Si Dia aku meninggalkannya di meja makan dan mencari sesuatu tempat yang bisa buatku lega.


Pintu tandas ku buka. Lega sungguh setelah mengeluarkan segala isi perutku.


Sayangnya...

Aku tidak berselera untuk menyambung makan kembali. 

Ku rasa mahu baring sahaja di bilik. Tetapi Si Dia menyuruhku makan untuk menggelakkan perutku masuk angin. 


Aku hanya minum segelas susu bersama conflakes yang disediakan.


Mungkin perutku masuk angin kerna aku hanya menjamah sedikit sahaja spagetti malam tadi. 


Kembali ke bilik, aku mengemas segala pakaian kerna pada tengah hari ini kami akan kembali ke bandar P kembali.


Percutian ini amat indah buataku dan dia. Semoga kebahagiaan yang kami kecapi ini akan kekal hingga ke akhir hayat kami. 

Sebelum kami pulang, aku sempat bergambar bersama petugas yang memberikan layanan terbaik buat aku dan aku juga ada memberinya buah tangan berupa cenderahati ketika majlis perkahwinan aku. 


Terima Kasih semua yang berada di Suria Hill Country House dan penduduk kampung Janda Baik yang sempat dikenali.

Suria Hill Country House 
Janda Baik, Pahang,
Lot 8567, Kampung Janda Baik, 
28700 Mukim Bentong,
Bentong, Pahang.
T +609 233 0003 F +609 233 0506 
E: sales@suriaresorts.com
W:http://www.suriaresorts.com/jandabaik/index.php

No comments:

Post a Comment