Wednesday, January 5, 2011

Malam Bulan Madu

Jam tujuh malam, aku telah siap untuk menunaikan solat... Hanya menunggu azan yang berkumandang di televisyen.

Busana untukku pakai pada malam ini telah ku gantung di sudut kamar siap bergosok. Pakaian Mr. Hubby juga telah ku sediakan di atas ranjang...

Tema yang ku pilih untuk malam ini adalah warna kuning...

Usai solat, aku sarungkan busana ke badanku. Masih nampak 'slim' seperti dulu. Tiada perubahan langsung ke atas diriku. 


Pernah ku cuba baju kebaya ketika umurku 12 tahun... Masih muat...

Seperti kata orang, lepas kahwin badan pasti akan naik. Tapi bagiku macam mustahil. Dan kata-kata itu tidak boleh digunapakai.

Baru-baru ini aku timbang berat badanku turun 1kg...

Selepas siap berdandan ringkas aku hanya menunggu di kamar.

Memandang resort ini masih baru dan tidak menyediakan pakej bulan madu yang khas seperti resort-resort mereka yang lain seperti di Cherating , Pahang jadi aku tidak terlalu mengharap makan malam bercahayakan lilin. 


Petugas resort juga menyatakan dia tidak dapat untuk menyediakan lilin.Tapi dia akan cuba buat sesuatu...


Tidak apalah mungkin bulan madu kami yang akan datang... Insya Allah, pujukku di dalam hati.


Tepat pukul 8 malam, telefon berdering...


Puan, makan telah siap. Puan boleh turun sekarang...

Terima kasih, jawapku lembut.

Biarlah makan malam ini ringkas, tapi aku tetap berpuas hati kerna Si Dia ada di sisi. 

Aku turun dari bilik bersama Si Dia berpegangan tangan. Kepala ku lentokkan ke bahunya...

Sampai di ruang makan yang disediakan, aku terkesima dengan kejutan yang diberikan...

Petugas yang setia, Fyda tersenyum dan menyapa kami...

Puan, boleh tak macam ini?

Boleh. Terima kasih Fyda.

Juadah telah tersidang di atas meja yang siap dihias dengan kuntuman mawar putih dan merah dan taburan bunga mawar merah jambu...


Cantik...

Lampu neon bercahaya suram menggantikan lilin... Masih mampu membangkitkan suasana romantis...

Si Dia menarik kerusi di hadapanku dan mempelawaku duduk...
Aku hanya memberikan sebuah senyuman untuknya dan duduk dengan cermat...

Si Dia membaca doa makan...

Dan kami menikmati hidangan itu dengan iringan muzik romantis...

Spagetti mushroom
Setelah menghabiskan hidangan, kami berbual-bual di kawasan taman. 

Apakah perasaanku ketika itu?

Aku rasa sungguh indah. berjalan berpimpinan tangan dengan seorang lelaki yang bernama suami.

Adakah ini cinta sejati yang terbit selepas kahwin...

Kepada Fyda, terima kasih atas makan malam yang indah ini...

No comments:

Post a Comment