Friday, January 7, 2011

MASAKAN PERTAMA... KEDUA... KETIGA DAN SETERUSNYA...

Pada malam ini aku berpeluang mempelajari memasak salah satu makanan kesukaanku dan Si Dia.

Sememangnya dari dulu aku amat menyukai makanan Barat seperti 'spagetti, grilled chicken chop dan mixed grilled'. Di samping itu, aku menyukai sup daging dan ayam.

Daging ayam dan daging dimasak separuh mentah menepati dengan campuran salad dan 'french fries'...

Jika dulu sebelum berumahtangga, jika aku, dia mahupun keluargaku punya masa pastinya kami akan makan di Restoran F1 yang terletak bersebelahan McDota di Segamat untuk menjamu selera. 


Menu yang ditawarkan cukup menarik dengan harga yang murah. Sebelum ini aku tidak berkesempatan untuk memasakkannya apa-apa hidangan.


Malam itu, dia selaku sifu mengajarku masak Sup ayam spesel Kedah. Rasa masam menambah kesedapan pada sup itu. Seronok rasanya dapat makan dari hasil air tangan sendiri buat Mr.Hubby.

Keesokannya, aku belajar memasak spagetti bolognese.

Segala barang keperluan telah ku sediakan.  Kami hanya menggunakan Sos prego kerana berasa was-was untuk menggunakan produk jenama lain. Kerna sebelum ini aku pernah terbaca info yang menyatakan terdapat salah satu jenis sos yang digunakan untuk membuat spagetti ada campuran daging 'babi' cincang.

Kata Mr. Hubby, jika kita rajin ke dapur pasti kita akan pandai masak. Insya Allah, moga aku pandai masak dan lebih cekap di dapur.

Subuh itu, seperti biasa aku bangun awal sekitar 6.30 pagi dan setelah usai solat aku turun ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan pagi yang ringkas tetapi tetap mengikut citarasa Mr. Hubby...

Aku menumis kacang panggang bersama bawang besar kuning, telur masak hancur (scrambled egg), roti bakar, madu dan air kopi kaw.
Itu sahaja sudah cukup untuk memuaskan kehendak pemakanannya.

No comments:

Post a Comment