Friday, January 7, 2011

OoOo... BALIK KAMPUNG...

Setelah hampir tiga minggu aku bertapa di hutan batu ini, aku kembali ke kampung halaman...

Seronoknya... Jumpa bonda yang telah ku tinggalkan...

Rindunya...

Malam sebelum tidur aku mengemaskan pakaian yang perlu dibawa. Sampai tidak sedar diperhatikan oleh Mr. Hubby.

Macam budak-budak yang tidak sabar untuk pulang ke kampung bertemu atuk dan nenek. Hanya perkataan bonda dan ayahanda yang terluah di bibir.

Sesekali aku bernyanyi riang.

Pukul 8.00 pagi aku dan Mr. Hubby bergerak dari bandar P menuju ke Selatan. Sepanjang perjalanan aku langsung tidak melelapkan mata. Terasa tidak sabar untuk mendakap tubuh itu.


Di samping bertemu bonda dan ayahanda, aku ada misi yang perlu diselesaikan iaitu 'Outdoor photoshoot' yang tidak sempat dihabiskan.


Semasa dalam perjalanan Bonda menelefonku seolah-olah tahu akan kembara perjalanan kami ini.

Bunyi bising. Kat mana ni, kata Bondaku.

Dalam kereta nak pergi jalan-jalan. Cari senduk kayu.

Tidak terniat di hati ingin menipu. Sekadar ingin membuat kejutan. Pasti tambah seronok jika Bonda melihat aku di depan matanya nanti.

Memang mencari senduk kayu merupakan salah satu agenda kami pulang ke sana. Bukan tidak ada di kawasan petempatan kami. Cukuplah ia boleh dijadikan barang kenangan yang boleh mengingatkan kami suatu masa nanti.

Mr. Hubby bercuti selama tiga hati, jadi dapatlah aku melangsaikan hutang rindu kepada Bonda, Ayahanda dan adikku.


Setelah hampir 4 jam perjalanan, kami sampai ke destinasi yang ditujui. Enjin kereta terus dimatikan setelah tiba di perkarangan rumah supaya tiada siapa yang sedar akan kehadiran kami.


Assalammualaikum...


Salamku disambut dari dalam rumah.


Waalaikummusalam, sahut Bondaku.

Lantas aku diraih ke dalam pelukkannya. Inilah saat yang ku nantikan berada dalam dakapannya. Pelukkan hangat ini yang amat ku rindukan.

Pipi tua itu kukucup lembut. 

Rindunya, kataku.

Ku lihat tinta jernih berada di kolam matanya. 

Mr. Hubby hanya melihat keadaan itu dan senyum padaku. Bagai memberiku masa menikmati saat-saat indah itu.

Lama kami berpelukkan sebelum Bonda menyambut tangan Mr. Hubby dan dikucup pipi suamiku.





Terleraikan rasa rindu yang ku tanggung selama ini. Seandainya ada masa pasti aku akan pulang ke pangkuanmu, Bonda. Aku amat menyayangimu. Kasih sayangmu tiada nilainya.

No comments:

Post a Comment