Friday, January 7, 2011

Seperti yang dijanjikan

Sepulangnya dari Bulan madu yang indah, pada petang itu, Mr. JA mengotakan janjinya. Taman kecil yang indah telah siap untukku. Ianya terletak di kawasan dalam rumah. Hanya ikan sahaja yang perlu untuk menghidupkan taman itu.

Aku yang keseorangan bila ketiadaannya ketika kerja, kadangkala sunyi. Jadi semoga dengan adanya kolam bersama ikan-ikan kecil akan menghiburkanku.

Pada petang itu, kami pergi ke kedai akuarium berhampiran untuk membeli ikan dan peralatan yang perlu digunakan untuk penyelenggaraan kolam itu.

Inilah teman baru aku di rumah bila sunyi... Ada tiga ekor semuanya, Miki, Mini dan Mimi.


Mimi adalah ikan kepunyaan aku yang teramat hiperaktif dan boleh dikatakan gedikss... Berwarna merah putih. Suka ke sana dan ke mari. Tidak boleh duduk diam. 


Lucu tengok bila si Mimi menjadi ketua dan berenang tidak tentu hala manakala si Miki dan Mini hanya mengikut dari belakang.

Rasa bosan bisa hilang bila melihat keletahnya.

Aku tertawa sendiri...



 


No comments:

Post a Comment