Sunday, February 6, 2011

Cinta Jauh Usia


Semanis Kurma...

Topik pada malam ini menarik iaitu 'Cinta Jauh Usia'. Macam ada persamaan je dengan hubungan yang tercipta antara kami. 

Pengacara dan pasangan suami isteri yang romantis iaitu Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami, Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Hamid mengelola rancangan. 

Program bual bicara menarik yang menampilkan isu-isu pemasalahan keluarga terutamanya rumahtangga ini disiarkan setiap hari Khamis jam 10.00 malam. Program yang banyak memberi pandangan dan dorongan kepada pasangan bermasalah atau mempunyai sebarang kemusykilan tentang hidup berumahtangga.

Pada minggu ini pasangan yang dipanggil untuk bersama adalah Elyana dan suami, Khairul Anuar. Jarak usia hubungan mereka adalah 12 tahun. Tak cukup setahun daripada aku dan mr.Hubby.

Banyak tips-tips rumahtangga  yang diberi dan terdapat 2 potongan ayat dari Surah al-Quran yang boleh dijadikan panduan bagi aku yang masih baru melayari bahtera rumahtangga.

Banyak topik yang dibincangkan...

Adakah sukar untuk berkomunikasi sekiranya jauh usia?



TIPS 5'T 
untuk keharmonian rumahtangga bagi pasangan Cinta Jauh Usia

1. Terima perbezaan usia
    Bagi pasangan yang mempunyai perbezaan usia yang ketara, pasangan dan keluarga   kedua-dua belah pihak harus menerima jarak usia. Keluarga di sebelah perempuan harus lebih prihatin dengan perasaan anak mereka. Jodoh dan pertemuan ini ditentukan oleh Yang Maha Esa. Jadi kita sebagai hambanya harus menerima setiap pemberiannya yang terbaik untuk kita.
     
2. Tabah menghadapi kritik masyarakat
    Pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga dan keluarga pasangan harus tabah menghadapi kritikan masyarakat setempat yang mudah memandang serong jika salah seorang pasangan mempunyai umur yang lebih berusia. Kita lebih mengenali pasangan kita. Kerana cinta yang telah wujud, kita harus kuat menghadapi sebarang cemuhan dan kritikan dari jiran tetangga dan masyarakat.

3. Tahajud 
    Di samping itu, kita haruslah bertahajud meminta restu dari Allah SWT supaya hubungan yang terjalin dirahmatinya. Bangun pada sepertiga malam bermunajat kepadaNya.

4.Tolak ansur
   Tolak ansur amat penting supaya jalinan hubungan yang terbina senantiasa harmoni. Tidak boleh berkira dan harus bekerjasama. Tidak hanya mengharapkan sebelah pihak yang  menjaga keutuhan rumahtangga. Pasangan haruslah melakukan kerja-kerja rumah bersama supaya rumahtangga lebih utuh dan bahagia.

5. Tambat hati
    Setiap pasangan harus mencuba tambat hati pasangan, mertua, jiran tetangga supaya mereka menerima kita dan pasangan. Jalinkan ikatan silaturrahim yang baik.

Sedap sungguh makan ABC, bila dah kawin tu cuba-cubalah serasi

Friday, February 4, 2011

Butter Prawn

Nyummy... Walaupun aku x boleh makan udang atau seafood.
Tapi... aku tengok juga cara-cara nak masak menu kesukaan mr.Hubby.

So today, dia ajar macam mana nak buat butter prawn...

Buat masa ini, udang sangat mahal harganya. 1kg / RM40. Kalau nak dekat raya cina nanti pasti makin naik harganya.

Pagi tadi berpeluang pergi Pasar Borong Selangor bersama mr.Hubby dan mak ayah.


Dari rumah mengambil masa 30 minit melalui Lebuhraya Kajang SILK. Pelbagai jenis barang-barang keperluan terdapat di sini. Memandangkan menu hari ini adalah Udang. So, kami beli udang dan keperluan makanan untuk seminggu.




Geram melihat makanan laut segar yang terdapat di sini dengan harga yang berpatutan.


Sesampai di rumah... 


Ada misi yang perlu diselesaikan...


Menyediakan menu yang telah dirancang.


RESEPI BUTTER PRAWN

Bahan-bahan:
Udang 1/2kg
Susu segar Ducth Lady
Butter
Daun Kari
Kuning Telur (5-8 biji)
Garam



PERTAMA
perap udang yang telah dibersihkan (buang ekor dan kepala) dengan susu segar selama 15 minit.

 
KEDUA

Goreng udang tetapi jangan terlampau garing dan toskan.

KETIGA
Gaulkan 5 biji kuning telur bersama butter hingga sebati bersama sedikit garam



KEEMPAT 
Masukkan adunan yang sebati ke dalam minyak panas bersama daun kari sehingga berbau wangi dan menghasilkan serdak


KELIMA
 Hasil serdak gaulkan bersama udang yang telah ditoskan. 


Menarik kan...
 Selamat Mencuba...  

Thursday, February 3, 2011

Meronda di KL

Beberapa minggu lepas sempat membawa mak ayah pi ronda-ronda sekitar ibu kota Kuala Lumpur ketika diorang datang  menziarahi aku di sini.

Tertunai juga hajat di hati bawa diorang pi jalan2 naik LRT...

Tapi...

Sebelum tu, bawa diorang makan di restoran makcik di Kampung Pandan bernama Teratak Rezeki....

Bersebelahan Petronas...


Pada sebelah tengah hari pelbagai juadah ditawarkan dengan harga yang cukup berpatutan...

Antara yang menarik perhatianku adalah ikan bakar bungkus daun pisang...

Antara ikan bakar yang disediakan seperti ikan pari, ikan kembung, ikan caru dan lain-lain...

Setelah itu, aku dan kedua mak ayah bergerak ke stesen LRT berhampiran di Pandan Jaya untuk meneruskan rondaan kami pada hari itu...


Tren dari ampang sudah sampai...

Wah teruja...


Sabar ye jap lg kita naik tren...

Memandangkan hari ini hari bekerja jadi ramai pengguna yang menggunakan LRT...

Alhamdulillah kami tetap dapat duduk...

Kami turun di stesen masjid jamek...

Nama stesen ini diambil dari sempena masjid yang terletak bersebelahan dengan stesen ini.
Masjid Jamek, Kuala Lumpur
Simpan menyinggah di Bazar Masjid India


Cuci mata...


lihat mak di sebelah geram melihat handbag, tudung, kain ela yang pelbagai warna dengan harga yang murah



Dari Masjid India, kami berjalan kaki ke Sogo.


Terdapat banyak kedai yang menjual kain ela dan tudung di kiri dan kanan jalan yang dilalui...


Letih juga...

Singgah di Sogo, ada pula jualan murah...

Hari ini sangat-sangat happy sbb happykan mak ayah...

Wednesday, February 2, 2011

Pengembaraan untuk PM

Kisah ini berlaku beberapa minggu lepas, ketika aku mengikut mr.Hubby outstation ke daerah Selatan selama 2 hari

mr.Hubby terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Ikutkan hati dan keadaan diri yang tidak mengizinkan aku rasa macam nak duduk di rumah bersendirian

Tapi dari riak wajah mr.Hubby yang keruh
Aku faham

Pagi itu, 18 Januari 2011, Pusat Jalurlebar Felda Chemplak Barat, Labis, Segamat

Kami tiba di tempat kejadian pada pukul 8.30 pagi

Kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai

Jika dulu aku pernah seangkatan dengan mereka yang terlibat dalam projek ini. Tapi kini aku hanya pemerhati

Snap sana Snap sini


CBC Chemplak Barat
Empire Scope Team
Ini la orang yang bertanggungjawab dalam menjaga bahagian penyelenggaraan Pusat Jalur Lebar Komuniti di seluruh Malaysia (site2 di Johor, Negeri 9, Melaka, Terengganu, Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak)



Kerja-kerja 'last minute' sebelum ketibaan tetamu yang terhormat. ES Team masih komited dalam kerja-kerja yang perlu diselesaikan supaya semuanya nampak sempurna.



Ini pula bekas rakan-rakan seperjuanganku...
Masih seperti dulu menyapaku...
Dan yang paling penting masih sporting di hadapan lensaku..


Dalam kesibukan mereka masih sempat meluangkan masa untuk bergambar.
Kerna aku tahu diorang ni memang suke bergambar.

Ketibaan PERDANA MENTERI untuk PERASMIAN PJK CHEMPLAK BARAT






Sempat menjeling padaku...
Dalam masa 3 minit...

Y.B. DATUK SERI UTAMA DR. RAIS BIN YATIM

Y.B. DATO' SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN




Sebelum balik, posing dulu...


Actually, aku happy sgt ikut pengembaraan yang meletihkan ini kerana dapat banyak buah tangan dari PJK dan pihak SKMM.


Cenderahati terdiri drpd 5 botol bekas air minuman, pen, beg sekolah TM dan macam2 lagi...

Terima Kasih Semua...