Friday, February 4, 2011

Butter Prawn

Nyummy... Walaupun aku x boleh makan udang atau seafood.
Tapi... aku tengok juga cara-cara nak masak menu kesukaan mr.Hubby.

So today, dia ajar macam mana nak buat butter prawn...

Buat masa ini, udang sangat mahal harganya. 1kg / RM40. Kalau nak dekat raya cina nanti pasti makin naik harganya.

Pagi tadi berpeluang pergi Pasar Borong Selangor bersama mr.Hubby dan mak ayah.


Dari rumah mengambil masa 30 minit melalui Lebuhraya Kajang SILK. Pelbagai jenis barang-barang keperluan terdapat di sini. Memandangkan menu hari ini adalah Udang. So, kami beli udang dan keperluan makanan untuk seminggu.




Geram melihat makanan laut segar yang terdapat di sini dengan harga yang berpatutan.


Sesampai di rumah... 


Ada misi yang perlu diselesaikan...


Menyediakan menu yang telah dirancang.


RESEPI BUTTER PRAWN

Bahan-bahan:
Udang 1/2kg
Susu segar Ducth Lady
Butter
Daun Kari
Kuning Telur (5-8 biji)
Garam



PERTAMA
perap udang yang telah dibersihkan (buang ekor dan kepala) dengan susu segar selama 15 minit.

 
KEDUA

Goreng udang tetapi jangan terlampau garing dan toskan.

KETIGA
Gaulkan 5 biji kuning telur bersama butter hingga sebati bersama sedikit garam



KEEMPAT 
Masukkan adunan yang sebati ke dalam minyak panas bersama daun kari sehingga berbau wangi dan menghasilkan serdak


KELIMA
 Hasil serdak gaulkan bersama udang yang telah ditoskan. 


Menarik kan...
 Selamat Mencuba...  

No comments:

Post a Comment