Sunday, February 6, 2011

Cinta Jauh Usia


Semanis Kurma...

Topik pada malam ini menarik iaitu 'Cinta Jauh Usia'. Macam ada persamaan je dengan hubungan yang tercipta antara kami. 

Pengacara dan pasangan suami isteri yang romantis iaitu Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami, Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Hamid mengelola rancangan. 

Program bual bicara menarik yang menampilkan isu-isu pemasalahan keluarga terutamanya rumahtangga ini disiarkan setiap hari Khamis jam 10.00 malam. Program yang banyak memberi pandangan dan dorongan kepada pasangan bermasalah atau mempunyai sebarang kemusykilan tentang hidup berumahtangga.

Pada minggu ini pasangan yang dipanggil untuk bersama adalah Elyana dan suami, Khairul Anuar. Jarak usia hubungan mereka adalah 12 tahun. Tak cukup setahun daripada aku dan mr.Hubby.

Banyak tips-tips rumahtangga  yang diberi dan terdapat 2 potongan ayat dari Surah al-Quran yang boleh dijadikan panduan bagi aku yang masih baru melayari bahtera rumahtangga.

Banyak topik yang dibincangkan...

Adakah sukar untuk berkomunikasi sekiranya jauh usia?



TIPS 5'T 
untuk keharmonian rumahtangga bagi pasangan Cinta Jauh Usia

1. Terima perbezaan usia
    Bagi pasangan yang mempunyai perbezaan usia yang ketara, pasangan dan keluarga   kedua-dua belah pihak harus menerima jarak usia. Keluarga di sebelah perempuan harus lebih prihatin dengan perasaan anak mereka. Jodoh dan pertemuan ini ditentukan oleh Yang Maha Esa. Jadi kita sebagai hambanya harus menerima setiap pemberiannya yang terbaik untuk kita.
     
2. Tabah menghadapi kritik masyarakat
    Pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga dan keluarga pasangan harus tabah menghadapi kritikan masyarakat setempat yang mudah memandang serong jika salah seorang pasangan mempunyai umur yang lebih berusia. Kita lebih mengenali pasangan kita. Kerana cinta yang telah wujud, kita harus kuat menghadapi sebarang cemuhan dan kritikan dari jiran tetangga dan masyarakat.

3. Tahajud 
    Di samping itu, kita haruslah bertahajud meminta restu dari Allah SWT supaya hubungan yang terjalin dirahmatinya. Bangun pada sepertiga malam bermunajat kepadaNya.

4.Tolak ansur
   Tolak ansur amat penting supaya jalinan hubungan yang terbina senantiasa harmoni. Tidak boleh berkira dan harus bekerjasama. Tidak hanya mengharapkan sebelah pihak yang  menjaga keutuhan rumahtangga. Pasangan haruslah melakukan kerja-kerja rumah bersama supaya rumahtangga lebih utuh dan bahagia.

5. Tambat hati
    Setiap pasangan harus mencuba tambat hati pasangan, mertua, jiran tetangga supaya mereka menerima kita dan pasangan. Jalinkan ikatan silaturrahim yang baik.

Sedap sungguh makan ABC, bila dah kawin tu cuba-cubalah serasi

No comments:

Post a Comment