Tuesday, May 31, 2011

MINGGU KE-24 KEHAMILAN - HB RENDAH

BERAT BADAN NAIK TETAPI HB (KEPEKATAN DARAH) RENDAH

Alhamdulillah... Yeayy... telah masuk ke pertengahan jalan.


Kehamilanku telah masuk ke usia 6 bulan. Terasa macam kejap je. Tapi perut tak adalah nampak besar pun. Biasa kalau pergi mana-mana orang mesti tegur.

Eeee... comelnya. Tak nampak, kecil je.

Kandungan kehamilan di usia 6 bulan. Ini bukan aku. Sekadar hiasan .
check up...
Temujanji bersama jururawat desa dijanlankan pada setiap bulan. Pada 24 Mei 2011, aku pergi temujanji di Hospital Bandar Putra selepas menghantar Mr Hubby ke tempat kerjanya. Jika ibu-ibu hamil yang lain ditemani oleh suami mereka, tapi aku lebih mudah pergi berseorangan atau ditemani ibuku. Aku tidak mahu membebani Mr Hubby yang mempunyai komitmen kerja yang menuntut perhatiannya.

Selepas menjalankan ujian air kencing, darahku diuji, dan tahap kepekatan darahku rendah hanya 10.0g/dl. Aku terus duduk di hadapan bilik rawatan. Pesakit pada hari itu amatlah ramai. Sempat juga aku kebosanan menunggu.

Pukul 10.30 pagi.

Aku masuk ke ruang rawatan. Aku diminta berdiri di atas penimbang. Jarum menunjukkan ke angka 51kg.

Terkejut juga aku.

Nurse pun seakan-akan tidak mempercayai setelah membandingkan dengan beratku pada bulan lepas, 45.5kg. Sekali lagi aku disuruh berdiri di atas alat penimbang dan keputusannya memang berat badanku naik 5.5kg. Seumur hidupku memang tak pernah beratku menjangkau sebegitu.

Mungkin kerna selera makanku bertambah mendadak. Nurse yang bertugas menunjukkan riak muak muka yang bimbang dengan tambahan berat badan yang mendadak hampir 1okg dalam masa 3 bulan dan paras hemoglobin(HB) ku yang rendah yang boleh menyebabkan anemia.


Aku terpaksa mengulangi timbangan berat badan dalam masa seminggu lagi di Klinik Desa berhampiran. Harapanku timbangan berat badanku tidak lagi mendadak naik. Aku akan cuba seimbangkan dietku.

PUNCA HB RENDAH
Peningkatan dalam isipadu darah
Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
Penurunan kadar HB normal
Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
Kekurangan asid folat
Pendarahan gastrointestinal
Kehilangan darah dari pendarahan buasir

RISIKO HB RENDAH
Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL

KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
- Hati Ayam: 1 ketul (setiap hari)
- Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
- Daging ayam: bahagian dada
- Kerang: 20 biji
- Ikan bilis

2. Pengambilan vitamin yang dibekalkan dari Klinik Kesihatan dimakan dengan cara yang betul dan berterusan
Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan

3. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin
- sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan

PERKEMBANGAN JANIN DI USIA 6 BULAN

Janin masih sangat kecil. Garis-garis sudah tampak pada telapak tangan dan ujung-ujung jarinya. Sistem pendengaran mulai berkembang walau belum sepenuhnya berfungsi. Proses pembentukan tulang terus berlanjut sehingga tulang janin semakin kuat. Panjang janin 33 cm dan beratnya 570 gram.
Janin sudah tidak bisa bergerak leluasa, karena seluruh ruangan dalam rahim telah terisi/penuh. Janin akan berada alam posisi meringkuk, dengan tangan didepan dagu dan kaki di depan dada. Walaupun sistem organ belum berfungsi sepenuhnya, namun janin mampu mendengarkan suara-suara dari luar, danmampu merasakan apa yang dirasakan ibu. Bila ibu merasa stress, cemas, kesal sedih atau bahagia,janin akan merasakan hal yang sama. Kondisi ini disebabkan hormon adrenalin yang diproduksi ibu dapat menembus plasenta sehingga mempengaruhi kondisi emosi bayi. 

Si ibu dapat merasakan bagian-bagian tubuh janin yang berlainan dengan menyentuh dinding perutnya. Otot rahim ibu meregang dan kadang ibu merasakan sakit di bagian perut.

Monday, May 30, 2011

Dadali - Di Saat Aku Menyintaimu



Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............

Aku suka dengan lirik lagu ni... Melodinye pun best... Macam sedang didodoikan...

Birthday Game: Treasure Hunter

Bulan Mei tiba lagi...

Jika bulan lepas sempena kelahiranku Mr Hubby membawaku pergi bercuti, tapi utk ulangtahun kelahirannya aku hanya buat surprise games untuknya. Idea yang datang secara tiba-tiba, mencari hadiah birthday ala-ala Treasure hunter.

Untuk buat permainan seperti ini memerlukan beberapa hadiah. Bajet aku pun ciput je. Takdalah banyak mana pun memandangkan aku yang tidak bekerja. So, aku menyediakan 5 jenis barang. Yang pasti aku cuba buat sesuatu yang mungkin akan Mr Hubby ingati sampai bila-bila pun dan buat Mr Hubby teruja.

Belum sempat untuk aku menyediakan barang-barang untuk permainan mencari hadiah untuknya, Mr Hubby pulang awal dari kerja. Rosak programku.

Petang itu, Mr Hubby mengajakku keluar. So kami lepak la di kedai kek baru, Bread 9 di Bandar Utama. Mr Hubby teringin untuk makan kek. Aku melayan kehendak Mr Hubby. Aku nyanyikan lagu 'Happy Birthday' untuknya.

excited nak tiup lilin...
sambutan birthday Mr Hubby 2011... chocolate cake, cappucinno  n coffee latte
Lewat petang kami tiba di rumah orang tuaku selepas menyambut hari lahirnya dengan sederhana. 

Hadiah untuknya belum sempat ku bungkus, kadnya belum sempat ku tulis, CD belum sempat diburn. Jadi atau tidak rancanganku. Alhamdulillah, sampai di rumah, Mr Hubby terus merebahkan diri. Letih kerana bekerja berat untuk hari ini. 

Peluang yang ada tidak aku lepaskan. Segalanya mengikut perancangan. Aku sediakan apa yang diperlukan untuk permainan ini. Mr Hubby menganggap aku tidak menyediakan sebarang hadiah untuknya tetapi aku sebagai isteri masih mengingati dan masih mampu untuk membelikan sesuatu untuknya.

Azan maghrib berkumandang.

Aku mengejutkan Mr Hubby dari lenanya. Bangun dari pembaringan, Mr Hubby terus ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat bersujud kepada Yang Maha Esa. Usai solat, Mr Hubby mengangkat tangan bermunajat kepada-Nya tanpa menyedari aku melekatkan sesuatu di dinding hadapannya.

Kad ucapan... Klu: Sila cari sesuatu yang tersimpan di almari. Benda bernyawa.
Sedang asyik baca kad sambil tersenyum lebar.
Mencari sesuatu yang bernyawa.
Segala tempat dicari, hingga tercabut pintu almari. Aku letakkan barang seterusnya amat mudah. Kerna keadaanku tidak mengizinkan untuk aku panjat memanjat. Hampir 15 minit juga Mr Hubby mencari. Dan akhirnya...
mmuaahh...
Siapa kata perempuan tidak boleh bagi lelaki bunga ros. Ros merah gitu. Lambang cinta. Mr Hubby memang menyukai bunga ros. Tidak kiralah apa warnanya. Dan bersama bunga ros, ada klu untuk hadiah seterusnya.
Klu kedua - Bunga ros merah lambang cinta kita... Bunga sireh junjung lambang adat...
Bunga sireh junjung ketika majlis perkahwinan kami

Mana ye hadiah ni???

Thanks, Sayang. Bila U buat semua ini? I tak nampak pun...
Aku hanya tersenyum melihat muka Mr Hubby yang sangat happy. 
Yeayyy... berjaya.

CD Kisah Kami
Mission completed.

Birthday Trip: Pangkor Island Beach Resort

Ini merupakan tahun pertama aku dan dia menyambut hari lahir bersama.

Bulan April lepas masa ulangtahun kelahiranku, aku dapat trip percutian ke Pangkor Island Beach Resort. Kira hadiah bulan madu la 3 hari 2 malam. Tapi yang berbezanya, kami bertiga. Aku, Mr Hubby dan My Baby in belly.

Gambar-gambar yang sempat di'snap:

Preggy mommy 5 month
Me, Mr Hubby n Baby
Bilik yang dikhaskan untuk kami... Ala honeymoon...




Really thanks to Mr Hubby for this trip. Love you.

Sunday, May 29, 2011

Hari Ibu... Haramkah???

Emak, Ibu, Mama, Umi, Mami...



Panggilan buat insan penting yang melahirkan kita ke dunia. Yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan kita dengan jerih perih.

Pada bulan Mei setiap tahun, Hari Ibu disambut dengan meriahnya tetapi baru-baru ini dinyatakan sambutan HARI IBU ini HARAM. Benarkah kenyataaan ini?

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day
Hari ibu merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada salahnya mengadakan sambutan Hari Ibu, atau hari2 lain selagi tidak bercanggah dengan syarak:

1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik2 sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibu ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.



Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia


Sekadar hiasan. Teringat masa mak menoreh getah sambil menggendongku. Besar sungguh pengorbananmu, Emak. I Love You...
Setiap orang punya hak untuk menyuarakan pendapat, namun, aku sebagai anak amat menghormati dan menghargai Ibu. Masa aku menemani Mr Hubby buat kerja di satu site, kami sempat singgah di Nursery Jalan ke Muazam. Sebab sebelum ke site, aku ternampak di nursery di tepi jalan tu banyak menjual bunga orkid.

Mak memang amat suka menanam bunga orkid. Sebagai tanda penghargaan aku belikan mak sepasu bunga orkid.

Bunga orkid jenis ini yang aku hadiahkan buat emak tersayang
Sampai sahaja di rumah, aku panggil mak, Mak, sini kejap...

Ada apa?

Tu hah, SELAMAT HARI IBU, kataku...

Oh... terima kasih....

ada tinta jernih bergenang di matanya yang sayup...

Gembira tambah bahagia aku lihat cahaya yang terpancar di wajah tua itu...

Gambar-gambar bunga orkid yang sempat aku snap2 di nursery










MINGGU KE-20 -> MINGGU KE-23 KEHAMILAN: UJIAN MGTT

MGTT OH MGTT

Kehamilanku menjangkau ke usia 5 bulan. Satu perkara yang membuatku rasa terseksa dan tidak mahu melaluinya dalam kehidupanku.

UJIAN MGTT

Mendengarkan perkataan itu dari mulut jururawat bertugas membuatkan aku cuak. 

MGTT atau nama panjangnya Modified Glucose Tolerance Test ialah ujian yang dilakukan untuk mengenalpasti sama ada anda mengidap penyakit kencing manis semasa hamil. Lazimnya ia dilakukan pada wanita yang berisiko tinggi. Ia boleh dilakukan walaupun pada trimester pertama. Anda akan dinasihatkan berpuasa selama 10 jam dari malam sebelumnya. Di pagi hari keesokannya darah anda akan diambil. Anda akan diberi minuman glukos dan selang 2 jam darah anda akan diambil semula. Selepas itu barulah anda boleh makan ataupun minum.

Pada pagi 27 April 2011, aku pergi ke hospital ditemani ibu untuk menjalani ujian MGTT. Sampai di kaunter Makmal, badanku semakin dingin.

Staff makmal menghulurkan 200ml air glukos (mengandungi 70gm glukos) yang sangat pekat kepadaku. Dan menyuruhku menghabiskannya dalam masa 5 minit sebelum menunggu untuk membuat ujian darah. Mahu tidak mahu terpaksalah minum.

Rasa mual dan pening semasa dan selepas meminum air glukos itu. Tekakku terasa perit. Muka pun berkerut. Ibu yang setia menemani menghulurkan sebotol air masak yang dibawa dari rumah. Aku tidak minum kerana takut hasil keputusan akan terjejas.

Jam 11 pagi, keputusan ujian MGTT dikeluarkan. Alhamdulillah, aku tidak menghidap kencing manis ketika hamil. Namun begitu, aku harus pengawal pengambilan gula dalam pemakanan. 

Paras glukosa darah selepas berpuasa bagi orang yang tidak menghidapi penyakit kencing manis adalah di antara 4 dan 6.6 mmol glukosa per liter. Walau bagaimanapun, paras sehingga 7.8 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras glukosa darah pos-prandial (selepas makan) sehingga 10 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras di bawah 4 mmol/L menunjukkan paras glukosa darah yang rendah. Dengan nilai yang begitu rendah, biasanya simptom hipoglisemia hadir pada orang itu.

TIPS 20 MINGGU KEHAMILAN

1. Makan makanan yang seimbang
2. Minum susu tepung 2 - 3 gelas sehari
3. Lebihkan pengambilan air masak 6 - 8 gelas sehari
4. Teruskan pengambilan vitamin
5. Tingkat pengambilan makanan yang tinggi kalori
6. Elakkan makanan laut yang boleh menyebabkan alergi (gatal-gatal)
7. Elakkan urut kandungan 
8. rehat secukupnya
9. Jaga kebersihan kawasan intim
10. Datang ke klinik mengikut tarikh

Info: Diabetis ketika hamil: risiko dan rawatan: http://www.biovco.com/infoterkini.php?id=5


Selera makanku bertambah. Semenjak dua menjak ini kembali tinggal bersama orang tuaku kerana Mr Hubby ada menjaga projek di kawasan Segamat. Masa makanku juga teratur, sarapan pagi, makanan tengah hari, makan petang dan makan malam.


Macam duduk di hotel. 4 kali sehari lengkap. Seronok betul ada orang yang sudi melayaniku. Rezeki juga tidak pernah putus, Alhamdulillah. Ada sahaja yang membelikan barang-barang dan makanan untukku.


Apa yang terfikir di minda, dan apabila diluahkan pada si Ibu yang penyayang, pasti akan disediakan. Terima kasih, Ibu.


Macam mana la janji temu akan datang dengan jururawat desa. Pastinya mereka akan bising lagi sekiranya berat badanku bertambah seperti bulan lepas.

MINGGU KE-19 KEHAMILAN - PERGERAKAN BAYI KALI PERTAMA

KEJUTAN TERINDAH

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi, alahanku mulai kurang. Benar kata ibu, masuk 4 bulan, segala alahan muntah dan pening akan hilang sedikit demi sedikit. Aku mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suri rumahtangga. Alhamdulillah. Berat badan pun dah meningkat 45.5kg. 

Appointment setiap bulan tidak pernah aku lupa. Ini adalah untuk kepentingan diriku dan janin yang aku kandung. 

Malam itu, sedang bersantai dengan Mr. Hubby, aku buka aplikasi muzik dari telefon bimbit yang sedang mendendangkan alunan al-Quran, Surah Yusuf dari qari terkenal, . Dan aku pasangkan headphone di perutku yg masih belum kelihatan.

Tiba-tiba…

Ni bukan perut aku... hanya sekadar hiasan... x sabar  menantikan saat  macam ni...
Aku rasakan pergerakan aneh dari dalam perutku. Seperti rama-rama sedang mengepakkan kepaknya perlahan-lahan… Geli rasanya. Aku diam menikmati keindahan itu. Agak lama pergerakan itu.

Dalam hati seorang ibu, aku rasa sungguh bahagia. Inilah pertama kali aku merasakan gerakannya.

Aku nak share surah-surah yang boleh diamalkan:

1. Surah Al-fatihah dan ayat kursi
2. Surah Yassin
3. Surah At-Taubah
4. Surah Yusuf 
5. Surah Luqman
6. Surah Maryam
7. Surah An-Nahl
8. Surah Al-A'raf ayat 189

Firman Allah,

"Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumudalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur"

Perkembangan janin minggu ke-19
Anda sudah berada di pertengahan jalan! Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram. 

Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh. 

Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandungan anda itu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta. 


Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit. Tidak lama lagi, pasangan dua akan menjadi tiga dan banyak perubahan akan berlaku, jadi lihatlah bahagian seks dan perhubungan kami. 


Diari Kehamilan : MINGGU KE-3 -> MINGGU KE-18

ALAHAN TERUK

Bermula dari minggu ketiga hinggalah awal minggu ke-16, aku masih mengalami alahan yang amat teruk. Berat badanku dari 46kg mendadak turun ke 41.5kg sahaja. Inilah penangan alahan. Aku bersyukur mempunyai suami yang penyabar melayan setiap kerenah aku yang tidak mahu makan dan minum. Setiap apa yang masuk ke rongga tekakku, tidak sampai 5 minit akan keluar balik.

Bukan aku sengaja untuk mengada-ngada atau meminta lebih perhatian tapi inilah yang dikatakan ragam ibu mengandung. Terseksa jugalah jiwa dan ragaku. Dua kali aku dimasukkan ke hospital gara-gara alahan yang amat teruk ini dan hampir 20 botol air dimasukkan ke dalam badanku yang tinggal tulang disebabkan gejala 'Hyperemesis Gravidarum'. 

'Hyperemesis Gravidarum' ialah keadaan dimana terjadi kekurangan bendalir dan mineral badan yang teruk yang boleh menyebabkan komplikasi serius. Dehidrasi dan kekurangan zat yang teruk badan akibat muntah dikaitkan dengan kecacatan janin dan kelahiran pra-matang. Sekiranya anda mengalami mual, terdapat ubat yang selamat yang boleh dimakan untuk mengurangkan muntah dan dapatkan nasihat tentang pemakanan yang boleh dihindari.

TIPS UNTUK MENGURANGKAN RASA MUAL

1. Banyakkan rehat
2.Makan sedikit-sedikit tetapi kerap - 1 jam sekali ambil makanan yang ringan-ringan
*seperti roti, biskut kering
3. Elakkan makanan berempah, berminyak dan berlemak
4. Elakkan minum air teh, kopi, berkarbonat dan bersusu

Kehamilan

Saat indah buat pasangan suami isteri yang menantikan cahaya mata dari ikatan suci yang terjalin. Tidak kira yang telah lama mendirikan rumahtangga atau yang baru melangsungkan perkahwinan. 

Selepas 2 minggu mendirikan rumahtangga, aku mula terasa kelainan pada diri. Bila tengah hari menjengah, aku mula pening-pening, tapi aku biarkan sahaja. Aku suarakan kepada Mr Hubby penyakitku ini,, tp Mr Hubby menyuruhku rehat. Bila keadaan peningku bertambah berat, aku pun meminta Mr. Hubby membawaku ke hospital kerajaan berhampiran.

Menurut hasil laporan doktor dan ujian air kencing yang dijalankan, aku mungkin kepenatan. Hasil ujian negatif. Ini membawa maksud aku masih tiada tanda-tanda hamil.

Aku tidaklah terlalu berharap. Takut juga kecewa bila mengharapkan sesuatu. Aku percaya pasti Tuhan akan memberikan kami rezeki.

Haid lewat 2 minggu

Pada kebiasaannya, tempoh haid ku akan datang pada minggu kedua awal bulan. Masuk 2 minggu lewat, aku dah mula risau. Kekerapan pening-pening pun semakin bertambah. Ya Allah, adakah ini petanda aku akan mendapat khabar gembira. 

Aku taklah terlalu excited untuk mengetahuinya atau mengajak Mr Hubby untuk ke klinik atau hospital.


Jadi ku biarkan sahaja...


Ada satu hari Mr Hubby ajak pergi farmasi beli pregnant test. Buat ujian sendiri. 


TIPS MENDAPATKAN KEPUTUSAN YANG TEPAT MELAKUKAN UJIAN KEHAMILAN


Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.

Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.
Cuba kurangkan minum air sebelum ujian dan gunakan air kencing pertama waktu pagi sebaik bangun dari tidur untuk ujian kehamilan. Dapatkan strip ujian yang lebih sensitif.