Sunday, May 29, 2011

MINGGU KE-19 KEHAMILAN - PERGERAKAN BAYI KALI PERTAMA

KEJUTAN TERINDAH

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi, alahanku mulai kurang. Benar kata ibu, masuk 4 bulan, segala alahan muntah dan pening akan hilang sedikit demi sedikit. Aku mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suri rumahtangga. Alhamdulillah. Berat badan pun dah meningkat 45.5kg. 

Appointment setiap bulan tidak pernah aku lupa. Ini adalah untuk kepentingan diriku dan janin yang aku kandung. 

Malam itu, sedang bersantai dengan Mr. Hubby, aku buka aplikasi muzik dari telefon bimbit yang sedang mendendangkan alunan al-Quran, Surah Yusuf dari qari terkenal, . Dan aku pasangkan headphone di perutku yg masih belum kelihatan.

Tiba-tiba…

Ni bukan perut aku... hanya sekadar hiasan... x sabar  menantikan saat  macam ni...
Aku rasakan pergerakan aneh dari dalam perutku. Seperti rama-rama sedang mengepakkan kepaknya perlahan-lahan… Geli rasanya. Aku diam menikmati keindahan itu. Agak lama pergerakan itu.

Dalam hati seorang ibu, aku rasa sungguh bahagia. Inilah pertama kali aku merasakan gerakannya.

Aku nak share surah-surah yang boleh diamalkan:

1. Surah Al-fatihah dan ayat kursi
2. Surah Yassin
3. Surah At-Taubah
4. Surah Yusuf 
5. Surah Luqman
6. Surah Maryam
7. Surah An-Nahl
8. Surah Al-A'raf ayat 189

Firman Allah,

"Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumudalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur"

Perkembangan janin minggu ke-19
Anda sudah berada di pertengahan jalan! Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram. 

Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh. 

Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandungan anda itu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta. 


Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit. Tidak lama lagi, pasangan dua akan menjadi tiga dan banyak perubahan akan berlaku, jadi lihatlah bahagian seks dan perhubungan kami. 


No comments:

Post a Comment