Sunday, May 29, 2011

MINGGU KE-20 -> MINGGU KE-23 KEHAMILAN: UJIAN MGTT

MGTT OH MGTT

Kehamilanku menjangkau ke usia 5 bulan. Satu perkara yang membuatku rasa terseksa dan tidak mahu melaluinya dalam kehidupanku.

UJIAN MGTT

Mendengarkan perkataan itu dari mulut jururawat bertugas membuatkan aku cuak. 

MGTT atau nama panjangnya Modified Glucose Tolerance Test ialah ujian yang dilakukan untuk mengenalpasti sama ada anda mengidap penyakit kencing manis semasa hamil. Lazimnya ia dilakukan pada wanita yang berisiko tinggi. Ia boleh dilakukan walaupun pada trimester pertama. Anda akan dinasihatkan berpuasa selama 10 jam dari malam sebelumnya. Di pagi hari keesokannya darah anda akan diambil. Anda akan diberi minuman glukos dan selang 2 jam darah anda akan diambil semula. Selepas itu barulah anda boleh makan ataupun minum.

Pada pagi 27 April 2011, aku pergi ke hospital ditemani ibu untuk menjalani ujian MGTT. Sampai di kaunter Makmal, badanku semakin dingin.

Staff makmal menghulurkan 200ml air glukos (mengandungi 70gm glukos) yang sangat pekat kepadaku. Dan menyuruhku menghabiskannya dalam masa 5 minit sebelum menunggu untuk membuat ujian darah. Mahu tidak mahu terpaksalah minum.

Rasa mual dan pening semasa dan selepas meminum air glukos itu. Tekakku terasa perit. Muka pun berkerut. Ibu yang setia menemani menghulurkan sebotol air masak yang dibawa dari rumah. Aku tidak minum kerana takut hasil keputusan akan terjejas.

Jam 11 pagi, keputusan ujian MGTT dikeluarkan. Alhamdulillah, aku tidak menghidap kencing manis ketika hamil. Namun begitu, aku harus pengawal pengambilan gula dalam pemakanan. 

Paras glukosa darah selepas berpuasa bagi orang yang tidak menghidapi penyakit kencing manis adalah di antara 4 dan 6.6 mmol glukosa per liter. Walau bagaimanapun, paras sehingga 7.8 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras glukosa darah pos-prandial (selepas makan) sehingga 10 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras di bawah 4 mmol/L menunjukkan paras glukosa darah yang rendah. Dengan nilai yang begitu rendah, biasanya simptom hipoglisemia hadir pada orang itu.

TIPS 20 MINGGU KEHAMILAN

1. Makan makanan yang seimbang
2. Minum susu tepung 2 - 3 gelas sehari
3. Lebihkan pengambilan air masak 6 - 8 gelas sehari
4. Teruskan pengambilan vitamin
5. Tingkat pengambilan makanan yang tinggi kalori
6. Elakkan makanan laut yang boleh menyebabkan alergi (gatal-gatal)
7. Elakkan urut kandungan 
8. rehat secukupnya
9. Jaga kebersihan kawasan intim
10. Datang ke klinik mengikut tarikh

Info: Diabetis ketika hamil: risiko dan rawatan: http://www.biovco.com/infoterkini.php?id=5


Selera makanku bertambah. Semenjak dua menjak ini kembali tinggal bersama orang tuaku kerana Mr Hubby ada menjaga projek di kawasan Segamat. Masa makanku juga teratur, sarapan pagi, makanan tengah hari, makan petang dan makan malam.


Macam duduk di hotel. 4 kali sehari lengkap. Seronok betul ada orang yang sudi melayaniku. Rezeki juga tidak pernah putus, Alhamdulillah. Ada sahaja yang membelikan barang-barang dan makanan untukku.


Apa yang terfikir di minda, dan apabila diluahkan pada si Ibu yang penyayang, pasti akan disediakan. Terima kasih, Ibu.


Macam mana la janji temu akan datang dengan jururawat desa. Pastinya mereka akan bising lagi sekiranya berat badanku bertambah seperti bulan lepas.

No comments:

Post a Comment