Sunday, May 29, 2011

Kehamilan

Saat indah buat pasangan suami isteri yang menantikan cahaya mata dari ikatan suci yang terjalin. Tidak kira yang telah lama mendirikan rumahtangga atau yang baru melangsungkan perkahwinan. 

Selepas 2 minggu mendirikan rumahtangga, aku mula terasa kelainan pada diri. Bila tengah hari menjengah, aku mula pening-pening, tapi aku biarkan sahaja. Aku suarakan kepada Mr Hubby penyakitku ini,, tp Mr Hubby menyuruhku rehat. Bila keadaan peningku bertambah berat, aku pun meminta Mr. Hubby membawaku ke hospital kerajaan berhampiran.

Menurut hasil laporan doktor dan ujian air kencing yang dijalankan, aku mungkin kepenatan. Hasil ujian negatif. Ini membawa maksud aku masih tiada tanda-tanda hamil.

Aku tidaklah terlalu berharap. Takut juga kecewa bila mengharapkan sesuatu. Aku percaya pasti Tuhan akan memberikan kami rezeki.

Haid lewat 2 minggu

Pada kebiasaannya, tempoh haid ku akan datang pada minggu kedua awal bulan. Masuk 2 minggu lewat, aku dah mula risau. Kekerapan pening-pening pun semakin bertambah. Ya Allah, adakah ini petanda aku akan mendapat khabar gembira. 

Aku taklah terlalu excited untuk mengetahuinya atau mengajak Mr Hubby untuk ke klinik atau hospital.


Jadi ku biarkan sahaja...


Ada satu hari Mr Hubby ajak pergi farmasi beli pregnant test. Buat ujian sendiri. 


TIPS MENDAPATKAN KEPUTUSAN YANG TEPAT MELAKUKAN UJIAN KEHAMILAN


Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.

Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.
Cuba kurangkan minum air sebelum ujian dan gunakan air kencing pertama waktu pagi sebaik bangun dari tidur untuk ujian kehamilan. Dapatkan strip ujian yang lebih sensitif.

No comments:

Post a Comment