Sunday, May 29, 2011

Diari Kehamilan : MINGGU KE-3 -> MINGGU KE-18

ALAHAN TERUK

Bermula dari minggu ketiga hinggalah awal minggu ke-16, aku masih mengalami alahan yang amat teruk. Berat badanku dari 46kg mendadak turun ke 41.5kg sahaja. Inilah penangan alahan. Aku bersyukur mempunyai suami yang penyabar melayan setiap kerenah aku yang tidak mahu makan dan minum. Setiap apa yang masuk ke rongga tekakku, tidak sampai 5 minit akan keluar balik.

Bukan aku sengaja untuk mengada-ngada atau meminta lebih perhatian tapi inilah yang dikatakan ragam ibu mengandung. Terseksa jugalah jiwa dan ragaku. Dua kali aku dimasukkan ke hospital gara-gara alahan yang amat teruk ini dan hampir 20 botol air dimasukkan ke dalam badanku yang tinggal tulang disebabkan gejala 'Hyperemesis Gravidarum'. 

'Hyperemesis Gravidarum' ialah keadaan dimana terjadi kekurangan bendalir dan mineral badan yang teruk yang boleh menyebabkan komplikasi serius. Dehidrasi dan kekurangan zat yang teruk badan akibat muntah dikaitkan dengan kecacatan janin dan kelahiran pra-matang. Sekiranya anda mengalami mual, terdapat ubat yang selamat yang boleh dimakan untuk mengurangkan muntah dan dapatkan nasihat tentang pemakanan yang boleh dihindari.

TIPS UNTUK MENGURANGKAN RASA MUAL

1. Banyakkan rehat
2.Makan sedikit-sedikit tetapi kerap - 1 jam sekali ambil makanan yang ringan-ringan
*seperti roti, biskut kering
3. Elakkan makanan berempah, berminyak dan berlemak
4. Elakkan minum air teh, kopi, berkarbonat dan bersusu

No comments:

Post a Comment