Sunday, May 29, 2011

Hari Ibu... Haramkah???

Emak, Ibu, Mama, Umi, Mami...



Panggilan buat insan penting yang melahirkan kita ke dunia. Yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan kita dengan jerih perih.

Pada bulan Mei setiap tahun, Hari Ibu disambut dengan meriahnya tetapi baru-baru ini dinyatakan sambutan HARI IBU ini HARAM. Benarkah kenyataaan ini?

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day
Hari ibu merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada salahnya mengadakan sambutan Hari Ibu, atau hari2 lain selagi tidak bercanggah dengan syarak:

1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik2 sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibu ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.



Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia


Sekadar hiasan. Teringat masa mak menoreh getah sambil menggendongku. Besar sungguh pengorbananmu, Emak. I Love You...
Setiap orang punya hak untuk menyuarakan pendapat, namun, aku sebagai anak amat menghormati dan menghargai Ibu. Masa aku menemani Mr Hubby buat kerja di satu site, kami sempat singgah di Nursery Jalan ke Muazam. Sebab sebelum ke site, aku ternampak di nursery di tepi jalan tu banyak menjual bunga orkid.

Mak memang amat suka menanam bunga orkid. Sebagai tanda penghargaan aku belikan mak sepasu bunga orkid.

Bunga orkid jenis ini yang aku hadiahkan buat emak tersayang
Sampai sahaja di rumah, aku panggil mak, Mak, sini kejap...

Ada apa?

Tu hah, SELAMAT HARI IBU, kataku...

Oh... terima kasih....

ada tinta jernih bergenang di matanya yang sayup...

Gembira tambah bahagia aku lihat cahaya yang terpancar di wajah tua itu...

Gambar-gambar bunga orkid yang sempat aku snap2 di nursery










No comments:

Post a Comment