Thursday, June 30, 2011

KIRIMAN CINTA DARIMU


Wow... Siapa yang telah mengirimkan kiriman CINTA buatku?

Cinta yang tak kesampaian... Hatiku Milikmu - Nera



Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini



Ada kisah yang tersirat dari lagu ini, pasti.... 1 hari nanti akan aku coretkan ke dalam cerekamaya 1001 malam...



Wednesday, June 29, 2011

Tuesday, June 28, 2011

Minggu Ke-28 kehamilan - Carta Pergerakan Bayi



Sejak temujanji last week, nurse ada titipkan tugasan baru dalam hidupku yang sememangnya aku tak pernah buat walaupun dah 24 tahun hidup di dunia.

Apa agaknye ek???

Sunday, June 26, 2011

Berjauhan dengan Suami

Huhu... Mengeluh lesu...
Bosannya, nak buat apa ye? Macam kehilangan teman, tapi memang pun. I'm Single & Double. Sunyi je...

Macam baru semalam lihat senyuman di wajahnya, dengar suaranya, jalan pimpin tangan dengannya. tapi kini, kami berlainan sempadan negeri dan kawasan. Dalam 1 malam, dia tiada di sisi. Sempat bersama hanya 5 jam. Aku kehilangan tempat bermanja dan berbual. Kekadang terdengar suara, U, Belai I. 

3D/4D Ultrasound My Little Ammar 6 Month

Just wanna share with my friends, family and all Malaysian. 
Presenting by My Little B in 27 weeks prenancy

Minggu Ke-28 kehamilan - Suntikan Kancing Gigi

Awal pagi 23 Jun lepas, selepas menghantar Mr Hubby, aku terus ke Klinik Desa untuk temujanji untuk minggu ke-28. Mr Hubby terpaksa pergi outstation ke luar daerah, so tak dapat menemaniku. 

Sampai di Klinik Desa, aku diminta untuk menimbang berat badan + ujian air kencing + check tekanan darah + check HB + check denyutan jantung bayi + check mata + check perut. Apa keputusannya??? Berat badanku naik lagi sebanyak 2.9kg, menjadikannya 54kg. Tetapi alhamdulillah, ujian air kencing masih biru, bermaksud aku tiada masalah kencing kotor. Ujian HB pula, masih kantoi, 10.0gdl. Nurse pun naik risau, segala dietku tiada penyerapan. Tekanan darah 110/60. Mata tak pucat, tapak tangan merah tanda banyak darah. Denyutan jantung bayi normal, seronok dpt dengar.

Thursday, June 23, 2011

Minggu Ke-27 kehamilan - 3D/4D Scan

Sangat mencabar. Itu yang mampu ku ucapkan untuk maintain berat badan supaya tidaklah meningkat lagi. Sepanjang minggu aku cuba mengurangkan pengambilan karbohidrat dan makanan berlemak. Aku mengikut nasihat jururawat untuk mengambil hati ayam dan kerang supanya HB aku meningkat. Harap HB aku tak bermasalah untuk temujanji akan datang. Biarpun aku alergik pada kerang tapi kerana My Little B, aku akan makan untuk kesihatannya dan juga diriku. 

Apa yang menarik untuk minggu ke-27 ini?

Wednesday, June 22, 2011

Senarai Barang Keperluan Bayi

Dalam usia kandungan yang makin bertambah pastinya bakal ibu mula sibuk memikirkan barangan keperluan untuk bayi yang akan dilahirkan. Dalam kesibukan mengikut Mr Hubby outstation ke merata tempat, sempat juga mengajak Mr Hubby singgah di butik bayi untuk meninjau barang-barang bayi kami yang pertama.

Tapi janganlah berbelanja tanpa membuat senarai barang-barang ya. Takut berlaku pembaziran pula kerana bakal ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata tidak tahu apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. So, di sini aku nak share la senarai barang-barang yang sempat aku buat.

Tuesday, June 21, 2011

Minggu Ke-26 Kehamilan - Sakit Abdomen

Masuk ke minggu 26 kehamilan, aku mengalami sakit abdomen bawah yang sangat teruk hingga menyebabkan aku sukar untuk bergerak.


Aku mulai risau. Adakah ianya normal atau keadaan ini sesuatu yang abnormal. Setiap kali bergerak bagaikan ada yang mencucuk-cucuk di sekitar atas ari-ari. Aku takut ada berlaku sesuatu pada My Little B. Naluri seorang Ibu, takut kehilangan bakal permata hidup. Dalam hati selalu berdoa, semoga tidak berlaku sesuatu yang buruk padaku dan dirinya.

Thursday, June 16, 2011

Menikmati Gerhana Bulan

Sebelum masuk tidur, aku dah set alarm HP pada pukul 2.30 pagi untuk buat solat sunat gerhana bulan. Tepat jam 2.30 pagi, HP berdering.


Fasa Gerhana Bulan Penuh
1.25 am - Bulan mula memasuki "Penumbra"
2.23 am - Bulan mula memasuki "Umbra"
3.23 am - Bulan mula mengalami fasa gerhana penuh
4.13 am - Gerhana Maksimum
5.03 am - Bulan mula keluar dari "Umbra"
6.02 am - Bulan keluar sepenuhnya dari "Umbra"
7.01 am - Bulan keluar sepenuhnya dari "Penumbra"

Aku terbaca di artikel semalam gerhana bulan bermula jam 1.25 pagi. Bangun dari tidur, aku duduk di birai katil. Memandangkan keadaan badan yang makin sarat. So, tak boleh nak bangun mengejut.

Wednesday, June 15, 2011

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Paling Gelap Dalam 11 Tahun

KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana bulan penuh dijangka berlaku Khamis ini iaitu gerhana paling gelap dalam tempoh 11 tahun apabila bulan melintasi umbra.

Posisi Matahari, Bumi dan Bulan ketika berlaku Gerhana Bulan Penuh
Ini akan berlaku bermula jam 1.24 pagi untuk selama 100 minit dan menjadi gelap sepenuhnya pada jam 3.22 pagi.  

Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata apa yang lebih menarik ialah fenomena itu berlaku sebanyak dua kali tahun ini, sekali lagi pada Disember nanti selepas kali terakhir berlaku pada 16 Julai 2000.

Katanya, gerhana penuh bulan yang cuma berlaku ketika fasa purnama ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia.

“Gerhana ini dikatakan paling gelap pernah berlaku kerana biasanya walaupun gerhana penuh, kita masih boleh melihat sedikit cahaya pada permukaan bulan. Keadaan ini disebabkan ketika fasa gerhana penuh itu, bulan melintasi bayang paling gelap bumi iaitu umbra. Permulaan gerhana penuh kali ini boleh dilihat penduduk di selatan Chile, timur Argentina dan timur Brazil.

“Di Malaysia, gerhana dapat dilihat ketika bulan terbit di langit timur pada awal pagi. Penghujung gerhana penuh dapat dilihat penduduk Thailand, Kemboja, Vietnam dan barat Australia. Bahagian barat Eropah pula akan melihat bulan terbit yang mengalami gerhana penuh. Mereka melihat bulan gelap terbit di timur yang kebiasaannya terang ketika fasa purnama. Kali ini bulan kelihatan seolah-olah hilang,” katanya.

Kejadian gerhana bulan hanya berlaku ketika fasa purnama dan apabila seluruh atau sebahagian bulan memasuki bayang bumi. Cahaya matahari yang jatuh ke atas bumi menyebabkan sebahagian bumi terang (siang) dan sebahagian lagi gelap (malam) serta menyebabkan bayang bumi mengunjur ke angkasa.

Beliau berkata, ada dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra, yang lebih gelap daripada bahagian luar, penumbra.

“Sekiranya bulan purnama, ia memasuki kawasan bayang akan mengakibatkan terjadinya gerhana. Jika seluruh bulan memasuki umbra, gerhana penuh akan berlaku. Jika hanya sebahagian bulan memasuki umbra, gerhana separa yang akan berlaku dan jika bulan hanya memasuki penumbra, gerhana penumbra yang akan terjadi.

“Bagaimanapun gerhana bulan tidak berlaku setiap bulan. Ini disebabkan satah orbit bulan condong sebesar lima darjah berbanding dengan satah orbit bumi. Gerhana hanya berlaku sekiranya bulan melalui satah orbit bumi,” katanya.

Pada 15 Jun ini, gerhana penuh terjadi disebabkan seluruh bulan memasuki umbra. Magnitud gerhana kali ini ialah 1.71, yang menunjukkan darjah kegelapan permukaan bulan. Nilai ini menunjukkan gerhana bulan kali ini adalah gelap.

Di Malaysia, fasa gerhana kali ini bermula apabila bulan menyentuh penumbra pada jam 1.24 pagi waktu tempatan, 16 Jun 2011. Ketika fasa gerhana ini bermula, bulan berada di langit barat. Ketika berada dalam bayang penumbra, cahaya bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar.

“Fasa penuh bermula apabila bulan mula menyentuh umbra pada jam 3.22 pagi. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03.22 pagi dan di tengah-tengah fasa penuh pada jam 04.13. Tempoh bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit.

“Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasuki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 5.02 pagi. Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh sejam kemudian dan kembali normal pada 07:02 pagi. Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu menggunakan penapis,” katanya.

Lunar Eclipse: Fenomena Gerhana Bulan Penuh 16 JUN 2011

Lunar Eclipse
Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada Khamis ini (16 Jun).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf berserta khutbah gerhana.

"Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Othman berkata, masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.

Fenomena gerhana tersebut pada 16 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra (P1) pada pukul 1.25 pagi. Menurut Angkasa lagi, gerhana akan jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) bermula pukul 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum pada 4.13 pagi.


"Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap," tambahnya.
- sumber dari Bernama



Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

AMALAN-AMALAN SUNAT GERHANA BULAN

Solat dan berdoa
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.

Berzikir dan beristighfar 
Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.

Berlindung daripada azab kubur 
Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”

Bersedekah
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”


PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN


Waktunya
Waktu bagi solat gerhana bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana

sehinggalah selesai.

Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA


Berniat


Lafaz niat untuk gerhana bulan


أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah 
Ta’ala”.


Secara ringkasnya seperti berikut :

1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4.       Membaca surah al-Fatihah.
5.       Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.

b.   Rakaat kedua.

1.       Membaca surah al-Fatihah.
2.       Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah       
          atau mana-mana surah.
5.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.


Dalam solat ini, bagi orang biasa bacalah surah yang senang dan lancar. Sebaliknya, jika anda hafal surah-surah berikut, silalah baca:

Surah as-Syams pada qiam (berdiri pertama rakaat 1)
Surah al-Lail pada qiam (berdiri kedua rakaat 1)
Surah Qul Hu (al-Ikhlas) pada qiam (berdiri ketiga rakaat 2)
Surah Qul A'uzu birabbil falaq (al-Falaq) pada qiam (berdiri keempat rakaat 2)



*  Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Monday, June 13, 2011

Rahsia Mengenai Ibu Hamil -> Isu Berat Badan Naik Mendadak


Beratnya... Macam mana ni? 
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
Berat bayi : 2.5 – 3 kg
Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Kuranglah kebimbanganku mengenai isu peningkatan berat badan yang mendadak. 

Cara & Amalan Kesihatan Untuk Mengelak Bayi Cacat


Cacat atau tidak janin yang anda kandung sememangnya  ketentuan Tuhan, namun begitu anda sebenarnya masih boleh berusaha untuk mengelakkannya. Sekiranya anda inginkan kehamilan yang sihat dan janin yang dikandung sempurna bila dilahirkan kelak, ada beberapa perkara yang perlu diusahakan. Sebaiknya lakukan hal di bawah ini sebelum anda merancang kehamilan sehinggalah anda benar-benar hamil.
Berhenti Merokok
Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya anda berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang anda kandung lahir dengan berat badan yang kurang.
Berhentilah merokok, wahai Ibu
Makan Makanan Sihat
Makanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh tubuh. Setiap hari anda perlu mengambil makanan berupa gandum, sayuran, susu, produk yang mengandungi susu, daging dan protein.
Piramid makanan untuk Ibu Hamil
Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan
Elakkan Alkohol
Alkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkohol atau kafein yang selamat untuk diambil oleh wanita ketika hamil. Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda dan coklat juga harus dikurangkan. Hasil kajian terbaru Pusat Penelitian Nutrisi (RCHN) di Prancis menemukan, ibu hamil yang gemar meminum alkohol meningkatkan risiko acute myeloid leukemia (AML) atau leukimia pada anak.
Mampu merosakkan otak bayi di dalam kandungan
Nasihat Doktor
Jangan mengambit ubat-ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.
Ambil Asid Folik
Ia penting diambil oleh wanita yang baru hamil. Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang hingga 80 peratus.