Sunday, June 12, 2011

3D/4D Ultrasound, Ada Kesan Pada Bayi?

Setiap pasangan yang bakal menjadi mama dan papa, pastinya macam tertanya-tanya bila ada insan kecil yang bernyawa sedang membesar. Aku teringin nak tengok apa yg My Little B buat kat dlm my tummy. Dan yang paling utama, nak lihat fizikalnya. Adakah ia berkembang baik? Adakah beratnya mengikut tempoh kandunganku? Selain itu, nak tengok sgt muka My Little B ni. Ikut muka sapa? Muka aku ke atau muka Mr Hubby. 


Setiap pagi, bangun je dari tidur, ayat-ayat yang keluar dari bibirku mahupun My Hubby,


Assalammualaikum Baby. Selamat pagi...


Baby Mama/Papa sihat ke?


Baby Mama/Papa dah bangun?


Jom solat subuh dengan Mama/Papa.


Sungguh Teruja dan bahagia...


Alhamdulillah, terima kasih Allah atas kurniaan-MU.

Ada juga aku usha-usha beberapa klinik yang ada offer ujian ultrasound 3D dan 4D. Tapi kebanyakkan klinik berada di kawasan Selangor dan KL. X sure lagi bila balik Puchong. Memang teringin nak buat. Kalau boleh nak buat yang 4D video. Boleh tengok pergerakkan baby dalam perut.
Syhhh... jangan kacau saya nak tidur...
PERSOALAN yang sering bermain di benak wanita yang pertama kali hamil ialah adakah mesin pengimbas (ultrasound) selamat untuk kandungan? Adakah perkembangan bayi dalam kandungan boleh terencat disebabkan mesin pengimbas itu?

Sebelum nak buat, its better cari info dulu bout test ni. So aku nak share la sikit pasal 


UJIAN IMBASAN ULTRASOUND.

Imbasan ultrasound sangat berguna untuk memantau pergerakan bayi melalui imej dinamik yang digambarkan pada skrin monitor. Gelombang bunyi berfrekuensi sangat tinggi antara 3.5-7.0 megahertz (iaitu 3.5 ke 7.0 juta pusingan per saat) lazimnya digunakan. Gelombang ini dipancarkan dari transduser yang diletakkan di abdomen wanita dan digerakkan untuk melihat (menyuluh seperti lampu picit) kandungan rahim.

Selamatkah Menjalani Ujian Imbasan Ultrasound ketika Hamil?

Imbasan ultrasound kini dianggap sebagai kaedah yang selamat, 'non invasive', tepat dan menguntungkan. Ia boleh menentukan usia kandungan, saiz dan tumbesaran bayi yang dikandung.

Masa yang Sesuai untuk Menjalani Ujian

Imbasan biasanya dijalankan lebih kurang pada minggu ke tujuh kehamilan untuk mengesahkan kehamilan, kehamilan kembar, menyingkirkan kemungkinan kehamilan ektopi atau molar, mengesahkan denyutan jantung dan mengukur panjang kepalapunggung dari hujung ke hujung untuk menentukan tarikh kelahiran.

Adakah imbasan ultrasound selamat untuk bayi saya?

Imbasan ultrasound telah digunakan sejak 35 tahun yang lalu (bermula pada akhir 1950an) ke atas wanita hamil. Berbeza dengan X-ray, pengionan tidak berlaku dan kesan toksik terhadap embrio akibat radiasi adalah tidak relevan dalam hal ini. Penggunaan imbasan ultrasound berintensiti tinggi dikaitkan dengan kesan peronggaan dan pemanasan yang boleh terjadi akibat pengionan yang berpanjangan dalam eksperimen makmal. Bagaimanapun banyak kajian klinikal mengenai penggunaannya untuk diagnosis yang telah diterbitkan dalam jurnal perubatan tidak menunjukkan kesan merbahaya ke atas sel-sel haiwan ujikaji atau manusia. Penemuan dalam satu kajian yang melaporkan bayi yang terdedah kepada imbasan ultrasound mempunyai berat badan lahir yang rendah tidak menunjukkan kebolehberulangan. Namun persetujuan umum menyatakan imbasan ultrasound baik digunakan apabila perlu.

Sejak diperkenalkan, teknologi ultrasound sentiasa dipertingkatkan. Jika dulu ultrasound membabitkan 2D, tetapi kebelakangan ini ultrasound 3D dan 4D cukup popular.Teknik imbasan 3D juga dikatakan mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak sebelum dia dilahirkan. Begitupun, tidak semua pakar perbidanan menganggap ultrasound 3D atau 4D ini ‘mandatori’ dan bakal mengambilalih imbasan konvensional 2D. Ada sesetengah diagnosis masih boleh dibuat menerusi 2D. Mungkin kebanyakan orang berpendapat, ultrasound hanya digunakan untuk mengetahui jantina anak.


Sebenarnya fungsi ultrasound lebih daripada itu. Ia digunakan pada awal kehamilan untuk menentukan viabiliti (memastikan bayi berada dalam rahim dan pergerakan jantungnya normal).



Harapanku supaya impianku tertunai untuk lihat My Little B. Insya Allah...


sumber: KESAN KECACATAN JANINULTRASOUND


Untuk mengetahui klinik yang menjalankan 3D/4D scan sila klik di SINI.

No comments:

Post a Comment