Sunday, June 12, 2011

6 BULAN YANG INDAH

Masa terus berlalu tanpa henti...
Diam tak diam, perkahwinanku dengannya masuk 6 bulan...
Terasa cam baru je jumpa masa kerja di tempat tu. Baru je mula nak kenal hati budi masing-masing. 

Pandang-pandang? Aku cuba elak setiap kali mata kami bertentang.

Dating? Jauh sekali. Kalau berjumpa pun ditemani mak dan kawan. Itu pun hanya sekali.

Selepas merisik dan bertunang, barulah kami keluar bersama mencari peralatan untuk majlis perkahwinan.

Bercinta???

No... No... Memang tidak berkesempatan.

Kami tawen bukan atas dasar CINTA. Tapi atas rasa percaya pada JODOH yang TUHAN aturkan untuk KAMI.


Bila kadi dan saksi menyatakan SAH ketika majlis pernikahan, dalam hati aku mengucap kesyukuran.

Alhamdulillah, kami disatukan dengan ikatan yang sah di sisi Agama Islam dan direstui oleh Mak Ayah dan keluarga kedua-dua belah pihak. 

Dan kini, kehidupan kami bahagia bersama. Setakat ini, tiada pertelingkahan yang timbul. Kerna kami amalkan hidup berumahtangga tanpa rahsia dan melakukan perkara-perkara yang tidak disukai pasangan.

Dan, inilah percintaan kami dalam alam rumahtangga. Kehidupan yang sederhana kami terapkan. Tak lama lagi kami akan dikurniakan CAHAYA MATA yang kami amat nanti-nantikan. Insya Allah, bulan 9 kami akan dianugerahkan PERMATA HATI oleh Allah Yang Maha Mengetahui.

Biarpun Mr Hubby jarang ada masa dengan aku dan My Little B, aku memahami kerjayanya. Mr Hubby bekerja mencari nafkah untuk kami. Aku hidup berdikari. Dan sejak Mr Hubby outstation, aku masih ditemani ibu. Hampir 2 bulan aku duduk di kampung halaman. Aku lebih selesa di sini. Perhubunganku dengan Mr Hubby juga harmoni, biarpun kadangkala berjauhan, kami sentiasa berhubung melalui HP. So tak terasa sangat ketiadaannya di sisi.

Kalau dia balik je dari outstation, aku layani seperti raja. Apa yang diingininya aku tunaikan seikhlasnya dengan penuh kasih sayang. Tuhan telah mengurniakannya untukku, jadi aku akan jaga sebaiknya.

Check up My Little B pun aku tumpang di Klinik Desa di sini. Setakat ini takda masalah. Mungkin My Little B juga memahami kerjaya dan keadaan papanya. Semoga baby sihat dan jgn noty2 kat dalam perut mummy. 

Dalam rumahtangga, aku berpegang kepada KEPERCAYAAN, KEIKHLASAN, KASIH SAYANG, MEMAHAMI.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, biarlah kebahagiaan ini menjadi milik Kami selamanya. Amin.

1 comment:

  1. wah...kena belajar ni..semoga selamat melahirkan zuriat yang comel....

    ReplyDelete