Wednesday, June 22, 2011

Senarai Barang Keperluan Bayi

Dalam usia kandungan yang makin bertambah pastinya bakal ibu mula sibuk memikirkan barangan keperluan untuk bayi yang akan dilahirkan. Dalam kesibukan mengikut Mr Hubby outstation ke merata tempat, sempat juga mengajak Mr Hubby singgah di butik bayi untuk meninjau barang-barang bayi kami yang pertama.

Tapi janganlah berbelanja tanpa membuat senarai barang-barang ya. Takut berlaku pembaziran pula kerana bakal ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata tidak tahu apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. So, di sini aku nak share la senarai barang-barang yang sempat aku buat.

PAKAIAN DAN PERALATAN

Baju lengan panjang dan pendek: 4 - 5 helai untuk saiz Newborn
Seluar panjang dan pendek: 4 - 5 helai size Newborn
* selebihnya banyakkan beli untuk 3 - 6 bulan
Sarung tangan dan kaki: 5 pasang atau lebih
Lampin kain / pampers
Topi
Tuala mandi
Selimut bertopi
Barut Bayi
Bedung bayi: 7 helai
Bakul pakaian 
Beg pakaian
Tikar getah bayi 

MANDIAN

Sabun mandian bayi
Bedak
Losyen
Syampu
Minyak rambut / kulit
Bekas mandian 
Bakul alat mandian

* sebaiknya beli produk mandian dalam set percubaan, kerana kadangkala si Kecil sensitif dan tidak sesuai dengan sesuatu produk.

PENYUSUAN

Sebaiknya Ibu menyusukan bayi mereka dengan susu ibu kerana ia kaya dengan antibodi. Namun begitu, anda juga perlu menyediakan peralatan penyusuan. Selain susu badan, air masak juga penting untuk metabolisme bayi anda.

Botol susu 
Puting
Berus
Bekas simpanan susu
Alat pam manual / elektrik

TIDUR

Tilam
Bantal / bantal peluk
Katil

LAIN-LAIN

Minyak kembung perut
Pemotong kuku
Putik kapas
Pembersih hidung
Tungku bayi
Wet tissue

Selamat membeli belah untuk bayi anda.
Silalah komen di bawah untuk berkongsi pengalaman membeli barang si Kecil anda.

No comments:

Post a Comment