Friday, June 10, 2011

MINGGU KE-25 KEHAMILAN - BERAT BADANKU

BERAT BADAN NAIK LAGI

Apa lagi yang perlu dibuat?
 Hampir ketandusan idea...

Pemakanan seimbang telah diambil. Mengurangkan pengambilan karbohidrat juga telah dibuat. Dan setiap kali selepas makan, pastinya aku mengambil air yang ditambah dengan perahan limau kasturi.

Tapi berat tetap naik. Terbaru aku timbang, 52kg.
 Berat badan meningkat hampir 11kg sejak hamil. Aku semakin bimbang sekiranya peningkatan ini tak selaras dengan temph kehamilanku. Memandangkan aku hamil baru 6 bulan.

Malam sebelum tidur, aku sudah mula menyapu minyak panas di betis. Mungkin peningkatan berat badan menyebabkan tekanan tertumpu di kaki.


Mr Hubby selalu berpesan kepada My Baby, Jangan Noty2 ya. Kesian kat Mama. Terasa kurang sikit tekanan di jiwa kerna ada insan yang boleh berbahagi.

PERKEMBANGAN FETUS MINGGU KE-25

Berat bayi anda sekarang hampir 1.5 paun / 660 gram dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35 sentimeter. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. Pada 26 minggu, skan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi.

Jari tangan anda, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas. Terowong karpus pada pergelangan tangan telah menjadi bengkak, sama seperti lain-lain tisu dalam badan anda. Saraf-saraf yang merentasi terowong itu sudah tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit menyucuk atau membakar. Memakai pendakap boleh melegakan, begitu juga mengambil vitamin B6. 

No comments:

Post a Comment