Sunday, June 26, 2011

Berjauhan dengan Suami

Huhu... Mengeluh lesu...
Bosannya, nak buat apa ye? Macam kehilangan teman, tapi memang pun. I'm Single & Double. Sunyi je...

Macam baru semalam lihat senyuman di wajahnya, dengar suaranya, jalan pimpin tangan dengannya. tapi kini, kami berlainan sempadan negeri dan kawasan. Dalam 1 malam, dia tiada di sisi. Sempat bersama hanya 5 jam. Aku kehilangan tempat bermanja dan berbual. Kekadang terdengar suara, U, Belai I. 


U, mana U ni??? Tertanya2 di dalam hati bila terjaga dari tidur.

Hello...

U buat apa? Baru bangun ke?

Hanya dapat mendengar suara di kejauhan. Rasa sayu je hati ini. Nasib baik ada peneman yang ditinggalkan untukku. Dengannya ku berbual, bertanya, mengusap dan tertawa sendiri bila Si Dia memberi respon. Tendangan halus dari dalam perutku.

Hutang rindu masih belum terlunas, sekali lagi terpaksa berjauhan. 

Tidak Allah berikan dugaan yang tidak dapat ditanggung oleh hambaNYA .. Kerana sifat DIA yang Maha Bijaksana, sesungguhnya terselindung seribu hikmah dan nikmat di sebalik setiap dugaan dan ujian yang kita lalui.

Masih terlalu jauh perjalanan kita ini, sayang. Kataku pada Si Kecil yang kian berkembang di rahimku. Kita baru sahaja belajar mendaki bukit. Tolong Mama ye, Sayang. Hari ini Mama nak buat barut untuk Sayang. Ku cuba pujuk hati yang seakan merajuk.

Pastinya semua ibu hamil di luar sana mengharapkan kehadiran seorang suami yang menjadi peneman setiap kali emosi tertanggu. Bagiku, cuba memahami kerja-kerja suami akan meringankan beban yang ditanggung. Untuk menghilangkan rasa sunyi, aku lakukan pelbagai aktiviti antaranya buat bisnes online, jadi aku mula sibuk dengan produk dan penghantaran. So, aku jadi lupa dengan bebanan jiwa.


Aku cuba menyelami hati seorang suami, aku tahu dia juga sepertiku. Biarpun kami tidak pernah berbahas mengenai perkara2 seperti ini, jauh di sudut hatinya dia ingin sentiasa di sampingku. Aku ingin jadi isteri yang menyenangkan dan tidak merungut.

Setiap saat berada di samping isteri adalah idaman setiap suami. Betapa tidak, selalu berada dekat isteri, selain segala keperluan sehari-hari akan dilayani. Benar sabda Nabi yang menyatakan bahwa isteri yang solehah adalah ia yang bila dipandang menyenangkan, bila didekati menenangkan. Hati yang sedang resah dan gelisah, pikiran yang lagi kusut, akan sembuh bila telah dicurahkan kepada isteri.

Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Salah satu keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya(mas kahwin)."






dikeheningan malam,
termenungku berseorang
tak lena mata dipejam
terdengar suara terngiang
suara merdu yg di sayang
bagai kau didepan mata
ku capai tapi tak kena
sukarnya memendam rasa
ingin ku luahkan kata

bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi segala hati ini

jauh angan ku lena,ku rasa kita bersama,kau bawaku ke sana
ke alam kisah yg lama,kenangan di dlm jiwa..
bila tersedar semula,disisiku kau tiada
sukarnya ku pendam rasa,ingin ku luahkan semua oo...

bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu, sentuhan mu ku terasa sayu
inginkan jiwamu selubungi, jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini

sesunguhnya kita mestilah
wujudkan sefahaman dan hormat
menghormati, ikhlas, kasih,
sabar, insya-allah
kita akan bertemu semula

aura yg memecah semesta
menyampaikan pesan kesunyian kanda sendiri
kesepian yg menyelubungi hari hari ku
disajikan doa2 ku kerana rindu
yg menanti kau dtg dan pergi seperti mimpi2 ku, fantasiku,
bukan dongeng lagi sayup kedengaran
disisi cuping,disetiap corong,lorong,yg lohong
benar!ku tak bohong,bila hati menyanyi..

bila rindu, terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam
ooohhohhoo
aku rindu, sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwa selubungi,jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini

oh bila rindu, terkenang mu sayang, ku terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu, sentuhan mu ku rasa sayu
(ku rindukan sentuhanmu)inginkan jiwamu selubungi, jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini

No comments:

Post a Comment