Thursday, June 16, 2011

Menikmati Gerhana Bulan

Sebelum masuk tidur, aku dah set alarm HP pada pukul 2.30 pagi untuk buat solat sunat gerhana bulan. Tepat jam 2.30 pagi, HP berdering.


Fasa Gerhana Bulan Penuh
1.25 am - Bulan mula memasuki "Penumbra"
2.23 am - Bulan mula memasuki "Umbra"
3.23 am - Bulan mula mengalami fasa gerhana penuh
4.13 am - Gerhana Maksimum
5.03 am - Bulan mula keluar dari "Umbra"
6.02 am - Bulan keluar sepenuhnya dari "Umbra"
7.01 am - Bulan keluar sepenuhnya dari "Penumbra"

Aku terbaca di artikel semalam gerhana bulan bermula jam 1.25 pagi. Bangun dari tidur, aku duduk di birai katil. Memandangkan keadaan badan yang makin sarat. So, tak boleh nak bangun mengejut.


15 minit kemudian, baru aku ke bilik air untuk mengangkat wuduk. Pertama kali menyentuh air, sejuknya. Dengan lampu bilik air yang terbakar. Memang gelap je suasana malam ini. Semacam.

Seram... Meremang bulu tengkuk...

Nasib baik aku pergi bilik air dengan Mr Hubby. Kembali masuk ke bilik untuk tunaikan solat Isyak sebelum buat solat sunat gerhana. Inilah pertama kali dalam hidup aku tunaikan solat sunat gerhana. Malam tadi sebelum tidur sempat usha-usha kat laman web Jabatan Agama Islam mencari info pasal panduan solat sunat gerhana bulan.

Alhamdulillah, selesai sudah ibadah sunat ku jalani. Suasana masih suram dan senyap sunyi.

U, jom pergi luar tengok gerhana. 

Aku ajak Mr Hubby temankan aku nak tengok gerhana. Jam menunjukkan pukul 3.04 pagi. Dalam takut masih excited nak tengok. Suami penyayang ni pun pergi la menemankan isterinya ni yang banyak songeh melepak di tengah halaman rumah.

Sempat la snap beberapa gambar masa gerhana hampir penuh. 

3.04 pagi Gerhana bulan yang hampir penuh
3.20 pagi Gerhana Bulan yang penuh

Fenomena alam macam ini memang jarang dapat dilihat. Mungkin pada bulan Disember nanti akan berlaku tapi tak tentu lagi sampai ke masanya untuk kita melihat. So, aku pun tidak melepaskan peluang yang ada. Kira dah tak kempunan la. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment