Tuesday, June 21, 2011

Minggu Ke-26 Kehamilan - Sakit Abdomen

Masuk ke minggu 26 kehamilan, aku mengalami sakit abdomen bawah yang sangat teruk hingga menyebabkan aku sukar untuk bergerak.


Aku mulai risau. Adakah ianya normal atau keadaan ini sesuatu yang abnormal. Setiap kali bergerak bagaikan ada yang mencucuk-cucuk di sekitar atas ari-ari. Aku takut ada berlaku sesuatu pada My Little B. Naluri seorang Ibu, takut kehilangan bakal permata hidup. Dalam hati selalu berdoa, semoga tidak berlaku sesuatu yang buruk padaku dan dirinya.


Aku mencari-cari punca kesakitanku.

Mungkin aku terlalu banyak berjalan masa pergi JB. Sampai je ke JB pukul 9 pagi, aku terus ajak adikku berjalan di kawasan bandaraya JB, dari Skudai Parade -> Tampoi -> Kipmart. Dari pukul 11 pagi hinggalah jam 5 petang.

Maaf ye, Lil B. Mama awak ni teruja sangat berjalan.

Hampir 3 hari juga menanggung kesakitan yang kritikal. Mungkin penambahan berat badan aku dan bayi menyebabkan tekanan di bahagian bawah perut. Di samping itu, ketika terhentak ketika duduk di bahagian penumpang menjadi salah satu punca.

RAsa yang tak selesa menyebabkan aku menghubungi jururawat desa. Dan aku dinasihatkan untuk  meminta bantuan bidan kampung untuk berurut menaikkan kembali posisi bayi yang telah turun. Sangat sakit.

Sehari kemudian, baru la rasa selesa dan boleh bergerak dan menjalankan rutin seharianku  yang sibuk dengan perniagaan.

Adakah ia normal???

Sakit bahagian bawah abdomen

Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi, atau di perut adalah petanda beberapa keadaan. Anda mungkin mengalami ligamen terkoyak/tertarik atau mungkin ia:
tanda kehamilan ektopik,
keguguran;
pelahiran pramatang;
fibroid yang merosot dan berdarah atau koyakan plasenta.

Cara mengatasi:

Anda boleh membetulkan posisi bayi dengan:

Berenang – Amalan ini dapat menggalakkan bayi berada di kedudukan yang betul. Namun, elakkan posisi kuak lentang

Elak silang kaki - Jangan sesekali menyilang kaki. Pastikan kedudukan lutut berada lebih rendah daripada bahagian pinggul.

Temukan tangan dan lutut - Langkah sebegini dapat membantu bayi berada dalam kedudukan yang baik. Jadi, temukan tangan dan lutut setiap kali anda dalam keadaan duduk.

Duduk dengan kaki terbuka - Condongkan badan ke hadapan sambil memastikan kedua-dua belah kaki terbuka (seperti mengangkang).

Amalkan UFO - Ini bermaksud anda berkedudukan tegak, menghadap ke hadapan, dan bernafas dengan teknik yang betul. Pastikan anda praktikkan kaedah ini sebelum atau semasa proses bersalin.

Perkembangan Janin 26 Minggu


Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter. Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. 

Dia terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak. Oleh sebab bayi anda membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan sarat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang dan beras ceruh mengandung banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit.



No comments:

Post a Comment