Thursday, June 23, 2011

Minggu Ke-27 kehamilan - 3D/4D Scan

Sangat mencabar. Itu yang mampu ku ucapkan untuk maintain berat badan supaya tidaklah meningkat lagi. Sepanjang minggu aku cuba mengurangkan pengambilan karbohidrat dan makanan berlemak. Aku mengikut nasihat jururawat untuk mengambil hati ayam dan kerang supanya HB aku meningkat. Harap HB aku tak bermasalah untuk temujanji akan datang. Biarpun aku alergik pada kerang tapi kerana My Little B, aku akan makan untuk kesihatannya dan juga diriku. 

Apa yang menarik untuk minggu ke-27 ini?

Pada 18 Jun 2011, seawal jam 9 pagi kami telah keluar dari rumah, terus menuju ke Miharja untuk mengambil foto konvo aku pada dua bulan lepas. Lepas itu, kami terus ke Pasar Pudu untuk melihat sesuatu yang orang kirimkan. Tetapi harga  untuk barang itu telah naik harga. 

Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari, kami terus bergerak ke lebuhraya Damansara - Puchong (LDP)
kerna aku buat temujanji dengan pakar sonografi, Jezzlyn, di Pakar Wanita PJ yang terletak di SS2, Petaling Jaya. Sebelum nak datang untuk scan 3D/4D seharusnya membuat temujanji melalui telefon memandangkan aku baru tiba dari Johor semalam.

Jam hampir ke 3 petang, aku dan Mr Hubby tiba di Pakar Wanita PJ. Memang sukar untuk  mendapatkan parking. Kami terpaksa pusing di kawasan yang sama lebih 5 kali dalam keadaan yang jammed. Dan menghabiskan masa selama 2 jam dalam kereta. Alhamdulillah, nasib baik Mr Hubby seorang yang penyabar. Jika orang lain aku tak pasti mereka akan sabar melayani kehendak si isteri. Mr Hubby juga mungkin teruja utk melihat wajah Little B. Dalam kesesakan dan kepanasan, masih mampu tersenyum bila ku renung dalam ke matanya.

Sangat berterima kasih dan menghargai dengan pengorbanan Mr Hubby kerna kami sama-sama dalam keadaan yang lapar kerna belum sempat makan tengah hari. 

Sekali lagi kami terpaksa menunggu selama 30 minit kerana ramai orang yang datang untuk menjalankan scan 3D/4D ini. Sebelum aku, ada 3 orang yang masih menunggu. Mr Hubby yang kelaparan mencari makanan di kedai serbaneka 7-eleven. 

Sebelum masuk untuk menjalani scan, aku harus  mendaftar di kaunter dan membaca segala terma dan syarat yang ditetapkan serta membayar wang sebanyak RM100.

Namaku dipanggil...

Wah... dalam gembira, aku cuak + takut, rasa gemuruh cam nak ditemuduga. Aku diminta berbaring di katil yang disediakan. Mr Hubby duduk disebelahku, dan tersenyum.

U sudah sedia?

Aku hanya mampu tersenyum.

Nampak tak U punya baby? Sedang tidur. Dia duduk di kawasan bawah abdomen, kaki dia di atas kawasan pusat U. Aku menjeling ke arah Mr Hubby. Dalam hati terdetik, aku masih tidak faham apa yang dipaparkan.

Ku amati skrin kecil itu, akhirnya aku memahami objek yang dipaprkan.

Aku nampak tangan dan jari-jemarinya yang halus...Ya Allah, indahnya ciptaan-MU. Sukar dipercayai ada manusia yang sedang berkembang di dalam rahimku. Ku lihat Mr Hubby tersenyum-senyum bila pakar sonografi itu bercerita itu dan ini mengenai perkembangan Little B.

Paling aku teruja, apabila Little B memandang ke arah kamera dan melakukan pelbagai aksi seperti menghisap jari, menguap, senyum, membuka mata, mengeliat dan membuat memek muka seperti tidak puas hati bila tidurnya diganggu. Kerna ketika scan dijalankan, Little B sedang enak tidur dengan lengan di atas dahi macam memikirkan masalah negara. Pakar sonografi menggoncang2 lembut perutku supaya Little B memberikan reaksi.

Aku juga sempat mengira jari-jemari tangan dan kaki, melihat bentuk mulut, hidung dan mata untuk memastikan Little B cukup sifatnya. Setelah hampir 20 minit berada di dalam bilik gelap itu, aku dan Mr Hubby amat berpuas hati dengan layanan pakar sonografi yang peramah. Di samping itu, tujuan aku nak sangat buat scan 3D/4D ini adalah untuk mengetahui perkembangan dan tumbesaran Little B. Setiap ukuran kepala, badan, lengan, paha dan betis boleh dikira.

Kami keluar dengan senyuman. Kami dibekalkan dengan CD yang mengandungi gambar-gambar dan video reaksi Little B yang sempat dirakam. Video biarlah menjadi simpanan abadi kami yang terindah.

kadar degupan jantung
Panjang tapak kaki
Panjang lengan
Ukuran badan
Ukuran kepala
Little B


Pakar Sonografi 3D/4D - Jezzlyn 017 620 2933


PJ Women Specialist and Family Clinic
177 Jalan SS 2/24 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Click HERE to see Map


My Little B VIDEO


No comments:

Post a Comment