Tuesday, June 28, 2011

Minggu Ke-28 kehamilan - Carta Pergerakan Bayi



Sejak temujanji last week, nurse ada titipkan tugasan baru dalam hidupku yang sememangnya aku tak pernah buat walaupun dah 24 tahun hidup di dunia.

Apa agaknye ek???


CARTA PERGERAKAN BAYI


Inilah tugasan baru untukku. Dalam setiap buku pink yang diberi telah dilampirkan carta pergerakan bayi dalam bentuk jadual.


 Daripada pesanan nurse, carta ini membantu si ibu memahami pola gerakan bayi.

CARA MENENTUKAN KIRAAN

Kiraan pergerakan dikira 1 apabila bayi bergerak kemudian berhenti dalam jangka masa yang agak lama. Jika bayi anda bergerak, kemudian berhenti selama beberapa saat, dan bergerak kembali, itu masih dikira 1. 

Pada minggu ke-28, kebiasaannya, bayi semakin aktif dan akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750 ml (26 fl oz) yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan. 

Carta kiraan pergerakkan janin ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 8.00 malam (12 jam). 

Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya

My Little B pun semakin aktif menendang dan berpusing. Dapat rasa gelombang di perut, mungkin dia semakin kurang tidur berbanding minggu-minggu sebelumnya. Rasa cam seronok sangat setiap kali melihat dan gerakannya. Bila aku sentuh dan usap di kawasan tempat yang ditendang atau yang berbonggol, dia akan memberikan respon. 

Untuk mencapai kiraan hingga 10 tak mengambil masa yang lama tetapi haruslah mengikut tips yang diberikan, bukan mencatat mengikut berapa banyak kali gerakan dalam 1 masa.

No comments:

Post a Comment