Sunday, June 26, 2011

Minggu Ke-28 kehamilan - Suntikan Kancing Gigi

Awal pagi 23 Jun lepas, selepas menghantar Mr Hubby, aku terus ke Klinik Desa untuk temujanji untuk minggu ke-28. Mr Hubby terpaksa pergi outstation ke luar daerah, so tak dapat menemaniku. 

Sampai di Klinik Desa, aku diminta untuk menimbang berat badan + ujian air kencing + check tekanan darah + check HB + check denyutan jantung bayi + check mata + check perut. Apa keputusannya??? Berat badanku naik lagi sebanyak 2.9kg, menjadikannya 54kg. Tetapi alhamdulillah, ujian air kencing masih biru, bermaksud aku tiada masalah kencing kotor. Ujian HB pula, masih kantoi, 10.0gdl. Nurse pun naik risau, segala dietku tiada penyerapan. Tekanan darah 110/60. Mata tak pucat, tapak tangan merah tanda banyak darah. Denyutan jantung bayi normal, seronok dpt dengar.


Dan untuk rawatan terakhir yang buat aku gerun memandangkan dah lama tak kena inject sejak sekolah. Fikiranku menerawang jauh. Apa fungsi suntikan kancing gigi? Apa kesan kepada diriku dan bayi? 


Tujuan diberikan adalah untuk ibu tersebut membentuk satu daya tahan untuk sebarang kemungkinan yang akan dihadapi akibat dari pendarahan yang akan terjadi kesan daripada bersalin. Oleh itu, ianya adalah merupakan satu langkah preventif untuk menghindar sesuatu perkara yang buruk terjadi kepada ibu dan kandungannya. Penggunaan ATT tidak akan menyebabkan kecederaan kepada janin. Ini adalah kerana vacin yang diberikan tidak dapat melalui placenta. 

Auw... Jeritku ketika nurse mencucuk jarum ke lenganku. Saja je buat nurse cuak. Tapi memang sakit sangat bila ubat mula masuk. Nurse ada pesan, sekiranya dalam masa seminggu ini, aku merasa pening, loya, rasa nak pitam, aku harus segera ke klinik atau menelefonnya. Kerna itu punca-punca sakit sawan. 

Selepas pemeriksaan di klinik Desa aku perlu dirujuk ke Klinik Kesihatan, memandangkan HB yang rendah, jadi perlu buat test darah pula. Darahku diambil 1 tabung, x sampai 10 minit keputusan keluar, HB 11.2gdl. Alhamdulillah. Masuk ke bilik rawatan, doktor lelaki sedang menunggu. Malu la plak if doktor ni check perut dan scan My Little B.

Nampak My Little B on screen, so sweet. Tak sabar nak tunggu lagi 2 bulan lebih lagi. Sangat seronok sampai lupa tadi kena injection.

PENANGAN SUNTIKAN



Loya, pening, rasa cam nak 'terbuek', badan menggigil dan hilang selera makan. Kenapa ya??? Adakah kesan ini normal atau sebaliknya. Risau betul aku. Untuk mengurangkan segala rasa yang kurang enak ini, aku pejamkan mata dan cuba untuk tidur. Hampir 3 jam aku tidur, alhamdulillah bangun dari tidur, aku rasa lebih lega. Aku cuba untuk makan dan minum air ribena tanpa gula.




2 minggu lagi kena inject lagi untuk 2nd dos. Huhu... Injection ini dapat 2 dos ketika kita hamil anak pertama sahaja. For u, My Baby.

No comments:

Post a Comment