Tuesday, July 12, 2011

Minggu Ke-29 Kehamilan: Kelas Nutrisi Ibu Hamil - Keperluan Vitamin

Jumaat lepas, Klinik Desa di kawassan aku ada mengadakan kelas khas untuk ibu-ibu mengandung yang ditaja oleh Dumex bermula pukul 3 petang. Aku bergerak dari rumah pada pukul 2.57 petang memandang jarak rumah ke klinik mengambil masa 3 minit dengan menaiki kereta.

Ingatkan aku orang terakhir yang tiba, rupanya, ada 3 orang lagi belum sampai. Terdapat 10 orang yang menyertai kelas ini, ibu yang mengandungkan anak pertama, kedua dan ketiga. Bersama aku, ada 3 orang kawan yang sama kelas denganku ketika darjah 1. Aku excited untuk ikuti kelas ini, kerna sememangnya aku tiada pengalaman untuk berhadapan situasi akan datang seperti melahirkan dan menyusukan bayi.



SESI PERTAMA - PENGAMBILAN PEMAKANAN IBU HAMIL

Untuk sesi pertama, kami diterangkan mengenai pengambilan ibu hamil dari trimester pertama hingga selepas melahirkan anak. Pelbagai tips berguna diberikan mengenai vitamin-vitamin, ubatan dan apa yang diperlukan.

Vitamin memang sangat diperlukan setiap orang agar kesihatannya tetap terjaga. Begitu juga dengan ibu hamil, wanita yang sedang hamil biasanya akan mengalami sedikit masalah kesihatan. Oleh itu, mineral dan vitamin sangat diperlukan agar kesihatan si Ibu dan janin tetap terjaga. Selain baik untuk kesihatan si Ibu dan perkembangan janin, pengambilan vitamin ketika hamil boleh mengurangkan risiko komplikasi dan cacat fasa lahir. Dan berikut ini adalah beberapa vitamin yang boleh diambil oleh ibu hamil.


Vitamin C @ Ascorbic Acid
Vitamin C sangat diperlukan oleh ibu hamil, biasanya keperluan vitamin C pada saat hamil akan lebih banyak. Pengambilan vitamin ini adalah untuk menjaga kulit ibu dan bayi yang dikandung. Oleh itu, ibu hamil disarankan untuk mengambil 5mg suplemen dan 25 mg vitamin C/hari. Dan makanan atau sayuran yang diambil untuk mencukupi keperluan vitamin C.
Contoh: brokoli, lobak, parsley, betik

Vitamin D
Pada masa kehamilan keperluan vitamin D meningkat. Makanan yang membantu mencukupi keperluan vitamin D adalah susu atau makanan laut.

Vitamin K
Seringkali atau bahkan hampir semua ibu hamil mengalami mual dan muntah selama kehamilan. 
 Anda bisa mengambil bayam, tomato ,kuning telur dan strawberi

 Vitamin A
Diperlukan untuk pertumbuhan sel, mencegah terjadinya penyakit keturunan, pertumbuhan tulang,
menjaga fungsi rahim, dan sebagainya. Vitamin A ada pada buah – buahan dan sayuran berwarna
hijau atau kuning, mentega, susu, kuning telur, dan lainnya.


Vitamin B
Terbahagi kepada beberapa vitamin, seperti B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B6 (piridoksin), B12 (kobalamin), dan sebagainya. Tugas vitamin B cukup banyak juga, seperti untuk metabolisme karbohidrat, metabolisme protein, menjaga fungsi sel dan jaringan, pembentukan sel darah merah, pertumbuhan janin, dan sebagainya. Makanan apa yang kaya vitamin ini? Daging, telur, susu, keju, kacang-kacangan, biji - bijian, bayam, tomato, pisang, avokadoo, beras merah, dan lain - lain lagi.


Vitamin E
Banyak juga manfaatnya, iaitu mencegah kerosakan enzim dan sel, sebagai antioksidan, mencegah
terjadinya keguguran, dan lain-lain. Terdapat pada kacang soya, jagung, ikan, telur, dan sebagainya.

Selesai sesi pertama selesai, bermula pula sesi kedua mengenai pemberian susu ibu.


Seronok dapat jumpa kawan2 masa skolah rendah dulu. Hehe... Masing2 bawa perut...










No comments:

Post a Comment