Friday, July 1, 2011

KESABARAN YANG SEMAKIN SIRNA

Dah lama aku nak masukkan entry ni tapi dah banyak kali aku hold sebab memikirkan hidup orang lain, pintu rezeki orang dan taknak busukkan nama orang [tu pakai font warna merah]. Tapi hidup aku yang jadi tertekan. Nak kata bengang, memang aku sangat BENGANG + TERASA HATI + HILANG PERCAYA dan segala perasaan NEGATIF kepada golongan ini. Huh. 




Kemarahanku telah mencapai tahap dewa. Aku dah kehilangan kata-kata nak describe pasal insan-insan yang buat aku, Mr Hubby dan keseluruhan kaum kerabat serta kawan-kawan aku tertunggu-tunggu hampir 6 bulan lamanya. Dari badanku slim sekarang dah naik bulat, dan tunggu masa 2 bulan lagi utk bersalin.


Masa nak tarik perhatian kami berjanji macam2, kalau dapat raih bintang, di langit pun sanggup, tapi bila dah diberi kelebihan dan kepercayaan, hilang, senyap sunyi, takda respon langsung. Kira mereka la paling HEBAT dengan servis terbaik dengan hasil kerja yang MELETOP la. Menyesalnya... Rasa nak gigit2 je orang tu. [macam semut merah kecil].


Telefon langsung x berangkat, mesej langsung tak dibalas. Tiada jalan lain, aku terus pergi serang pejabat tempat mereka bekerja, hanya itu saje cara yang aku rasa mudah untuk berjumpa dengan manusia yang x berhati perut ini. 


Lisan atau lidah manusia memang gemar membuat janji, tetapi seringkali pula jiwa tidak ingin menepati janji yang dibuat oleh lisan tadi. Maka dengan itu jadilah janjinya bohong atau janji yang dimungkiri. Itu adalah tanda-tanda adanya sifat nifaq pada orang itu.

Allah telah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.” (al-Maidah:1)

Sabda Rasulullah s.a.w. pula:

Janji itu adalah pemberian.” 



Agaknya apa ek perasaan diorang ini? Sebab aku dapat tahu dah ramai gak orang yang senasib dengan aku.  Aku pulak yang nak kena jaga hati mereka, datang jumpa mereka dengan muka manis, bertanya bila boleh siapkan. Adush... 


Apalah nasib...


 Menepati janji itu kan wajib, maka hendaklah ia menepati janji itu, kecuali la jika mereka ni ditimpa malang atau keuzuran. Setiap kali aku jumpa, mereka sihat walafiat. Boleh bekerja dan menjalankan rutin seharian seperti biasa.


Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya, maka ia dicap munafik, sekalipun ia puasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim, iaitu;



Bila berbicara ia bohong, bila berjanji ia mungkiri, dan bila menerima amanat ia khianat.” 


Langkah terakhirku, jika benar mereka masih tidak menunaikan tanggungjawab mereka, hanyalah mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka. Aku akan gunakan hak aku sebagai pengguna dengan cara yang betul kerana salah seorang daripada mereka pernah mengeluarkan kata-kata seakan mencabar ketika aku menyatakan untuk membuat laporan di Tribunal Tuntutan Pengguna.


"Kalo nak report ke ape terpulang aku la"


Agak-agak apa akan korang balas if korang di tempat aku???


Ikuti perbualan kami di Facebook peribadi aku, klik utk besarkan.



Janji demi janji... Album kahwin punyer ceghita

Jenis-Jenis Tuntutan Yang Boleh Dikemukakan Ke Tribunal.
(a) Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu dan amalan tak saksama, iaitu:
i. perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses pengilangan, kesesuaian, kualiti dan kuantiti;
ii. gambaran yang mengelirukan mengenai harga;
iii. tawaran pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak mengadakannya;
iv. tuntutan-tuntutan lain mengelirukan seperti:-selagi stok masih ada;-barang-barang adalah terhad; dan sebagainya.
v. menerima bayaran tanpa niat untuk membekal barang atau perkhidmatan;
iv. kontrak perkhidmatan hadapan bagi perkhidmatan yang akan diadakan atas dasar berterusan.

untuk maklumat tambahan, klik di SINI


Dan segala perbuatan mereka, biarlah undang-undang dan ALLAH SWT membalasnya. Dan kepada masyarakat di luar sana, jangan mudah mempercayai orang yang menjanjikan macam -macam setinggi gunung.


Minta penjelasan sikit wahai ENCIK A&A BERDUA YANG TELAH BERTANGGUNGJAWAB. JANGAN ASYIK NAK LARI_LARI.

No comments:

Post a Comment