Tuesday, July 12, 2011

Minggu Ke-29 kehamilan - Puting Tenggelam?

Puting tenggelam? Pasti sukar untuk menyusukan bayi untuk kali pertama. Untuk ibu yang baru kali pertama menimang cahaya mata, pastinya kekok dan tidak tahu cara untuk menaikkan puting susu. Dalam kelas nutrisi beberapa minggu lepas, ibu hamil diajar cara-cara untuk menaikkan puting susu yang tenggelam atau leper.



 Perlu diingat bahawa apabila menyusu, bayi melekap pada areola dan bukan puting semata-mata. Oleh itu, jika bayi berjaya melekap dengan betul dan melekap pada sebahagian besar areola, masalah puting tenggelam atau leper tidak menjadi masalah untuk puan meneruskan penyusuan. 


Ibu hamil sulung mungkin tertanya-tanya apakah perbezaan antara puting tenggelam dengan puting leper? Ibu-ibu hamil boleh memastikan sama ada mengalami puting tenggelam atau leper dengan memicit areola. Jika puting timbul dan bergerak ke hadapan, ia normal. Jika tidak timbul atau tegang dan tidak juga masuk ke dalam, ia dianggap leper. Jika puting berkeadaan songsang, masuk ke dalam tisu kulit atau melekuk, ia dianggap sebagai tenggelam.

Struktur Payudara


Puting tenggelam atau leper tidak akan tegang apabila dirangsang atau ketika cuaca sejuk. Jika puting tidak timbul ketika dirangsang seperti yang dinyatakan di atas, ia bukannya tenggelam dan tidak memerlukan rawatan khusus untuk membolehkan puan menyusu dengan selesa.

Bagaimana menentukan keadaan puting adalah normal, leper atau tenggelam?

Caranya: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting. 

Puting yang normal akan tertonjol apabila dikenakan tekanan pada areola. Tetapi puting leper tidak tertonjol keluar manakala puting tenggelam akan tertarik ke dalam.

Cara untuk menaikkan Puting

Peralatan yang diperlukan: Picagari bersaiz besar yang telah dipotong bahagian depan untuk memuatkan ke kawasan puting


Picagari


Letakkan picagari masuk ke kawasan puting dan tarik perlahan-lahan.Ulang hingga 5 kali dalam 1 sesi. 

Susuilah bayi anda hingga cukup 2 tahun. Penyusuan eksklusif untuk 6 bulan pertama memberi banyak kelebihan kepada ibu dan bayi anda. Selamat mencuba... 

INFO PENTING: PASANGAN TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MEMBERI RANGSANGAN TERHADAP PUTING IBU HAMIL 7 BULAN KE ATAS, KERANA HAL INI BOLEH MENYEBABKAN RANGSANGAN KEPADA PERUT, IA AKAN MENGERAS (CONTRACTION) DAN BOLEH MENYEBABKAN BERSALIN AWAL (PRAMATANG)

More info:

No comments:

Post a Comment