Tuesday, July 12, 2011

Minggu Ke-30 kehamilan - Air Ketuban, risiko?

Beberapa hari lepas, aku dikejarkan ke Hospital besar dengan ambulans dan ditahan di Wad 9 setelah membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan. Puncanya kerana ada sedikit tompokan air di kain batik yang aku pakai. Berwarna jernih tetapi hanyir seperti darah. 

Adakah ianya air ketuban?


Aku tidak punya pengalaman langsung mengenai air ketuban secara lanjut. Kerana rasa takut dan bimbang akan kesihatan janin yang ku kandung, aku rujuk di Klinik Kesihatan. Sebelum itu, aku ada call Klinik Desa, dan nurse ada beritahu sekiranya keluar lagi air, dengan segera terus ke hospital. Tapi baru pagi ini, aku tergerak hati untuk pergi. Tujuanku hanya untuk mengetahui air ketuban berkurang atau tidak.

Kerna setahu aku, sekiranya air ketuban berkurang, bayi akan lemas, kerana bayi memerlukan oksigen dari air ketuban untuk bernafas. Ya Allah, lindungilah bayiku dari berlaku sesuatu yang buruk.

Sampai di hospital, aku terus ditolak ke Dewan bersalin untuk menjalani scan dan membuat ujian menggunakan spekulum - mengambil sampel dari dalam rahim; untuk memastikan rahimku tidak bocor dan tidak berlaku jangkitan kuman. Ujian ini memang menguji ketahanan daya kesakitan aku. 

Spekulum
Inilah besi yang dinamakan spekulum. Ia digunakan untuk merenggangkan faraj sebelum sampel diambil. Cuba anda bayangkan seketika, spekulum ini berada di hadapan kemaluan anda, kemudian direnggangkan. Sangat ngilu dan perit. Hampir menitis air mata aku. Tetapi  memikirkan keadaan janinku, dengan tabah aku hadapi.

Fungsi spekulum
Setelah di'scan, kandungan air ketubanku masih mencukupi untuk bayiku terus bernafas, alhamdulillah. Ujian sampel jangkitan kuman hanya akan ku  ketahui keesokan harinya, harapanku semoga bayiku terhindar dari kuman. Amin.

FAKTA MENGENAI AIR KETUBAN

Jumlah air ketuban dalam rahim tidak boleh diketahui dengan tepat. Ia lebih kepada pandangan mata kasar dan pengalaman individu yang melakukan ultrasound itu. Ini bermakna jika ada dua orang yang melakukan ultrasound, mereka mungkin berbeza pendapat mengenai banyaknya air ketuban itu. Secara kasar, kami (pakar) mengukur jumlah air ketuban sama ada kurang atau banyak dengan mencampurkan ketinggian air ketuban (dalam sentimeter) pada 4 kuadran rahim. Pengiraan ini pula secara rambang dan tidaklah tepat.
 
Apa yang dimaksudkan di sini, kemungkinan penilaian ini adalah tidak tepat. Jumlah air ketuban maksimum pada usia kandungan hingga tujuh bulan (kira-kira 32 minggu). Jadi tidak hairanlah sekiranya air ketuban nampak banyak kerana ia adalah normal. Selepas 32 minggu, air ketuban akan nampak berkurangan kerana pembesaran bayi lebih ketara dengan jumlah air ketuban yang statik.

AIR KETUBAN BANYAK?

Masalah yang timbul sekiranya air ketuban banyak atau polihidramnios ialah: 

1. Kedudukan bayi tidak stabil. Ini bermaksud bayi akan selalu bertukar-tukar posisi seperti songsang, melintang dan kepala di bawah. 

2. Kandungan nampak terlalu besar, berat dan kesannya kepada tulang belakang amat ketara. Ini membuatkan kita berasa amat tidak selesa pada akhir-akhir kandungan. 

3. Risiko pramatang tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal. Anak pramatang mempunyai masalah masalahnya tersendiri. 

4. Risiko pembedahan caesarean adalah tinggi kerana kedudukan bayi yang tidak tetap dan tali pusat bayi terjulur keluar sebelum bayi dilahirkan. 

5. Polihidramnios dikaitkan dengan bayi yang mempunyai kecacatan. Ini boleh dikesan dengan ultrasound. 

Diabetes juga menyebabkan air ketuban banyak dan ini memerlukan ujian darah. Ini adalah beberapa masalah yang boleh timbul sekiranya air ketuban banyak. Air ketuban tidak dapat dikurangkan ketika hamil. Ada sekali sekala air ketuban terlalu banyak sehingga menyukarkan ibu bernafas, berjalan dan sebagainya. Maka air ketuban dikeluarkan daripada rahim dengan jarum seperti mengambil darah.

AIR KETUBAN KURANG?

Kekurangan air ketuban dinamakan oligohidramnios. Isi padu air ketuban sukar diukur sewaktu kehamilan berlangsung. Suatu teknik mengukur indeks air ketuban dapat membantu mengenalpasti masalah berkaitan.

Air ketuban penting dalam kehamilan. Ia mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim, untuk membantu menyerap kesan hentakan luar (seperti trauma dalam kemalangan), himpitan (contohnya jika berlaku pengecutan rahim dan seumpamanya) serta menstabilkan suhu persekitarannya.

Bersama selaput ketuban (membrane amnion), ia juga bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dari luar. Air ketuban dihasilkan oleh kedua-dua ibu dan kandungannya. Pada trimester ketiga kehamilan, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban, kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin.

Jumlah isi padu air ketuban ini diimbangi oleh penghasilan dan pembuangannya (melalui proses janin menelan dan serapan usus janin ke dalam aliran darah kembali ke ibu). Jika kehilangan air ketuban melebihi penghasilannya, berlakulah oligohidramnios.

PUNCA KEKURANGAN AIR KETUBAN

Kebocoran selaput ketuban mengakibatkan lelehan air ketuban secara berterusan sedikit demi sedikit, boleh berlaku tanpa disedari dan disangka lelehan lendir faraj.

Kurang penghasilan air ketuban akibat masalah buah pinggang serta paru-paru janin. Kelainan kromosom janin juga boleh menyebabkan kurang penghasilan air ketuban ini.

Masalah pertumbuhan janin (intra uterine growth restriction atau IUGR).

RISIKO KEBOCORAN AIR KETUBAN & JANGKITAN KUMAN

Jangkitan kuman (chorioamnionitis) akibat kebocoran selaput ketuban pula dapat disahkan secara ujian persampelan lendir atau cecair faraj serta ujian darah termasuk ujian protin C-reaktif.

 Kesannya membabitkan janin lemas akibat tali pusat terhimpit sehingga mengganggu aliran darah beroksigen daripada ibu kepada janin, aspirasi najis janin ke dalam ruang pernafasannya, kelahiran pramatang, kematian dan seumpamanya.

Penyempitan ruang dalam rahim memberi kesan kepada janin, termasuk mengganggu pembentukan paru-paru (hipoplasia paru-paru), menyebabkan kecacatan pada anggota kaki yang terperenyuk (talipes kongenital, ini lazimnya dapat diperbetulkan) serta kedudukan janin tidak normal (songsang atau melintang atau menyerong).

Kelahiran pramatang. Di Malaysia, peluang bayi pra-matang untuk hidup agak tinggi. Sekiranya lahir pada usia 30 minggu, peluangnya amat cerah dengan kadar 75-80%. Walau bagaimanapun, kadar untuk hidup semakin kurang apabila bayi 28-30 iaitu pada kadar 60% dan sekiranya kurang dari 26-28 minggu, pelunag untuk hidup adalah 20-40% sahaja.

CARA MENGATASI KEKURANGAN AIR KETUBAN

Minum air masak dengan jumlah yang banyak

MORE INFO:

No comments:

Post a Comment